Ramai sekarang cari cara beli iPhone secara ansuran sebab harga smartphone makin tinggi, tapi tak semua orang nak bayar sekaligus. Berita baiknya, di Factory Mobile anda boleh beli iPhone secara installment menggunakan beberapa kaedah mudah seperti Shopee PayLater, Grab PayLater, AhaPay dan kad kredit.
Artikel ini akan terangkan cara beli iPhone ansuran step by step, siapa yang layak mohon, serta pilihan lain termasuk smartphone Android yang juga boleh dibeli secara ansuran.
Dengan pelan ansuran ini, anda boleh miliki iPhone sekarang dan bayar secara berperingkat tanpa perlu keluarkan jumlah besar sekaligus.

Apa Itu Konsep Buy Now Pay Later (BNPL)?
Buy Now Pay Later atau ringkasnya BNPL ialah kaedah pembayaran yang membolehkan anda:
- Beli barang sekarang
- Bayar kemudian secara ansuran bulanan
- Tak perlu kad kredit
BNPL sangat sesuai untuk pembelian smartphone seperti iPhone kerana anda boleh kawal aliran tunai dan pilih tempoh bayaran yang paling selesa, biasanya antara 3 hingga 12 bulan, bergantung kepada platform.
Pilihan Ansuran iPhone di Factory Mobile (2026)
Berikut ialah senarai terkini kaedah pembayaran ansuran yang disediakan:
| Kaedah Pembayaran | Tempoh Ansuran Maksimum |
|---|---|
| Grab Pay Later | 12 bulan |
| Shopee Pay Later | 12 bulan / 24 bulan (Bergantung akaun individu) |
| AhaPay (Baharu) | 7 bulan |
| Kad Kredit | 36 bulan |
Pilihan tempoh ini bergantung sepenuhnya kepada kelayakan dan keselesaan kewangan masing-masing.
Contoh Harga Ansuran iPhone
(Contoh: iPhone 17 Pro)
Harga Penuh: RM5,999
Dengan BNPL atau ansuran, anda boleh pecahkan bayaran kepada jumlah lebih kecil mengikut tempoh yang dipilih tanpa perlu bayar penuh di awal pembelian.

Perbezaan Cara Pembayaran Ansuran
Ramai yang keliru, apa beza Kad Kredit, Grab Pay Later, Shopee Pay Later dan AhaPay?
Jadual di bawah ringkaskan perbezaannya:
| Perkara | Kad Kredit | Grab Pay Later | Shopee Pay Later | AhaPay |
|---|---|---|---|---|
| Pembelian | In-store | In-store & Online | In-store & Online | In-store & Online |
| Pengesahan | Bank | Akaun Grab disahkan | MyKad & Face ID | MyKad, Face ID dan Kad Debit |
| QR Code | ❌ | ✅ | ✅ | ✅ |
| Ganjaran | ❌ | Grab Rewards | Shopee Coins | ❌ |
| Tempoh | Hingga 36 bulan | Hingga 12 bulan | Hingga 12 bulan | 3, 4, 7 bulan |
Kad Kredit
Ansuran kad kredit hanya boleh dibuat secara fizikal di cawangan Factory Mobile.
Kadar faedah, tempoh dan jumlah ansuran bergantung kepada bank masing-masing. Sesuai untuk pembelian besar dan tempoh panjang.

Kelebihan
- Tempoh paling panjang (hingga 36 bulan)
- Fleksibel ikut bank
- Tiada faedah jika bayar penuh setiap bulan
Kekurangan
- Risiko faedah tinggi jika lewat bayar
- Perlu mohon kad kredit terlebih dahulu
Baca: Cara guna Kad Kredit di Factory Mobile
Grab Pay Later

Grab Pay Later membolehkan pembelian iPhone secara ansuran sehingga 12 bulan, sama ada online atau walk-in.
Syarat utama:
- Akaun Grab disahkan
- Grab Rewards Silver, Gold atau Platinum
Kelebihan
- Dapat Grab Rewards
- Tiada faedah jika bayar tepat masa
- Mudah guna QR code
Kekurangan
- Tempoh pendek
- Denda RM10 jika lewat bayar
Baca: Cara guna Grab Paylater di Factory Mobile
Shopee Pay Later (SPay Later)

Shopee Pay Later boleh digunakan di setiap Cawangan Factory Mobile secara Walk In ataupun pembelian Online di www.fmmall.my.
Kelebihan
- Boleh guna voucher & Shopee Coins
- Boleh bayar di kedai dengan scan QR Code atau beli di website
Kekurangan
- Caj 1.25% sebulan ( Ansuran 3 bulan biasanya 0% )
- Denda 1.5% jika lewat bayar
Baca: Cara guna Shopee Paylater di Factory Mobile
AhaPay (Pilihan Ansuran Baharu)
AhaPay kini ditawarkan di Factory Mobile sebagai alternatif BNPL tanpa kad kredit.

Tempoh ansuran AhaPay
- 3 bulan
- 4 bulan
- 7 bulan
Sesuai untuk pelanggan yang:
- Tak mahu tempoh terlalu panjang
- Mahu ansuran sederhana dan terkawal
Kelebihan AhaPay
- Proses ringkas
- Ansuran fleksibel
- Sesuai untuk walk-in customer
Kekurangan AhaPay
- Hanya terpakai untuk pembelian smartphone & tablet yang mempunyai sim card sahaja
- Peranti akan disekat jika tidak bayar setiap bulan
- Phone atau tablet tak boleh di reset selagi pembayaran belum selesai. Jika reset, perlu jelaskan pembayaran penuh kepada AhaPay
Baca: Cara guna Ahapay di Factory Mobile
Tips Bayar Ansuran Dengan Bijak
Kalau anda bercadang beli iPhone secara ansuran, ikut tips ni:
- Pastikan ansuran bulanan dalam kemampuan
- Set reminder bayaran setiap bulan
- Elakkan terlalu banyak pelan ansuran serentak
- Jika ada masalah kewangan, hubungi pihak penyedia lebih awal
Boleh ke beli phone selain iPhone secara ansuran?
Ya, bukan iPhone sahaja. Di Factory Mobile anda juga boleh beli smartphone Android secara ansuran seperti:
- Samsung Galaxy series
- Redmi & Xiaomi
- HONOR
- Vivo
- OPPO
- Dan banyak lagi jenama-jenama android yang ada di pasaran.
Baca: 5 Smartphone Kamera Cantik Bawah RM1,500 (Pilihan Terbaik 2026)
Cara beli iPhone secara ansuran di Factory Mobile
- Datang ke cawangan Factory Mobile atau hubungi team kami.
- Pilih model iPhone yang anda nak.
- Pilih kaedah ansuran (Shopee, Grab, AhaPay atau kad kredit).
- Buat permohonan terus melalui phone.
- Approval berjaya, terus bawa balik phone anda.
Simple, cepat dan tak perlu proses rumit.
Soalan Lazim Tentang Ansuran iPhone
Bergantung pada platform ansuran dan model phone yang dipilih.
Kebiasaannya beberapa minit sahaja jika maklumat lengkap.
Bergantung pada kelulusan platform ansuran.
Boleh. Anda boleh guna pilihan BNPL seperti Shopee PayLater, Grab PayLater atau AhaPay.
Kesimpulan
Sekarang anda dah tahu semua pilihan beli iPhone ansuran di Factory Mobile, termasuk AhaPay yang terbaru.
Kalau:
- Nak cepat & ringkas → Shopee Pay Later, Grab Pay Later atau AhaPay
- Nak tempoh panjang → Kad Kredit
Pilih ikut keperluan dan kemampuan supaya pembelian kekal selesa tanpa membebankan kewangan.
Nak beli iPhone secara ansuran tapi tak pasti plan mana paling sesuai? Datang terus ke cawangan Factory Mobile dan team kami akan bantu pilih plan ansuran paling mudah ikut bajet anda. Boleh juga layari www.factorymobile.com.my untuk semak model iPhone terbaru dan promosi semasa.
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI
Salam. Mcm mana nak apply beli phone guna Aeon credit?
Waalaikumussalam encik maaf lambat reply. Encik boleh datang ke cawangan kami untuk apply AEON credit. Nanti smartphone advisor kami akan guide cik