Beli iPhone Secara Ansuran di Factory Mobile

Berminat untuk beli iPhone secara ansuran? Di Factory Mobile kami menawarkan 3 pilihan pembayaran iphone secara ansuran dengan Shopee Pay Later, Grab Pay Later dan Kad Kredit kepada pelanggan.

Dengan adanya kaedah pembayaran ansuran atau Buy Now Pay Later ini, anda boleh beli iPhone secara installment dan buat pilihan jadual pembayaran yang anda selesa tanpa membayar harga penuh sekaligus.

Apa itu konsep BNPL?

Tahukah anda apa itu konsep Buy Now Pay Later (BNPL)? Konsep Buy Now Pay Later atau secara singkatannya “BNPL” ini adalah suatu kaedah pembayaran dimana anda, sebagai pengguna boleh membuat pembelian barang-barang dengan segera tanpa perlu membayar jumlah penuh pada masa yang sama atau membeli secara instalment tanpa kad kredit. 

Kemudahan BNPL ini membolehkan anda membeli iPhone ansuran tanpa perlu membayar jumlah penuh sekaligus. Sebaliknya, anda boleh memilih untuk membayar jumlah pembelian anda dalam ansuran bulanan yang lebih kecil bermula seminimum 3 bulan hingga semaksimum 36 bulan.

Di Factory Mobile, kami menyediakan 3 cara pembayaran BNPL ini, iaitu ansuran Grab Pay Later dan Shopee Pay Later. Setiap cara pembayaran tersebut mempunyai limit tempoh ansuran berbeza yang kami bandingkan seperti berikut:

Beli iPhone Secara Ansuran di kedai factory mobile
Method of PaymentPeriod Limit (maksimum)
Grab Pay Later4 bulan
Shopee Pay Later12 bulan
Credit Card36 bulan

Pilihan tempoh pembayaran iPhone bergantung kepada pilihan dan kemampuan kewangan semasa masing-masing. Berikut adalah contoh-contoh pelan ansuran bulanan beserta contoh harga untuk pembelian iPhone 15 Pro:

  • Harga Penuh: RM5,999

Perbezaan Cara Pembayaran Ansuran

Mesti anda tertanya-tanya, apa yang membezakan cara bayaran secara ansuran menggunakan kad kredit, Grab Pay Later atau Shopee Pay Later dalam membeli iPhone ansuran di Factory Mobile? Untuk lebih pencerahan mengenai perbezaan cara pembayaran tersebut, perbandingan tersebut dibuat dalam jadual berikut:

Credit CardGrab Pay LaterShopee Pay Later
In-stores or Online storesIn-stores ONLYIn-stores &Online storesOnline stores ONLY
Documentation VerificationTerms and Conditions by the Bank / Financial InstitutionIn-app verification process
*Verified Grab User Account
In-app verification process
MyKadMyKad / MyPR
Must be a Platinum, Gold, or Silver Grab Rewards tier memberFace Verification
QR Code 
RewardsGrab RewardsShopee Coins Cashback
Interest & FeesTerms and Conditions by the Bank / Financial InstitutionRM10 admin fee upon late repayment1.25% processing fee per month upon initial order amount
1.5% late payment fee per month upon overdue amount

Kad Kredit: 

  • Pembelian dan pembayaran ansuran Kad kredit (maksimum 36 bulan ansuran) hanya boleh dilakukan secara fizikal sahaja di mana-mana cawangan Factory Mobile berdekatan.
  • Anda hanya perlu menyemak kelayakan dan mengunjungi mana-mana bank berdekatan bagi mengesahkan permohonan kad kredit anda.
  • Kadar faedah, tempoh dan jumlah ansuran adalah bergantung kepada terma dan syarat bank masing-masing. Jadi anda boleh menghubungi dan berunding secara terus dengan pihak bank anda untuk dapatkan kepastian serta maklumat lanjut.
ProsCons
– Tempoh dan jumlah pembayaran balik bulanan adalah fleksibel dan boleh berunding dengan pihak bank.- Lebih untung untuk pembelian dalam amaun yang besar seperti perkakas elektrik dan perabot.- Tiada faedah dikenakan jika anda membayar penuh setiap bulan.- Proses pengesahan untuk dapatkan kad kredit adalah cepat.– Kadar faedah yang tinggi boleh menambahkan beban hutang jika tidak berhati-hati untuk membayar balik tepat pada masa yang ditetapkan.- Mudah terdedah dengan penipuan scammers dan hackers.– Proses pengesahan untuk dapatkan kad kredit hanya boleh dibuat di kaunter cawangan bank dan perlu beratur atau menempah slot bergantung pada kesibukan waktu operasi pihak bank.

Grab Pay Later: 

  • Pembelian iPhone ansuran menggunakan Grab Pay Later (maksimum 4 bulan ansuran) boleh dilakukan sama ada online di FM mall atau secara fizikal di mana-mana cawangan Factory Mobile menggunakan QR code yang dipamerkan.
  • Untuk menikmati cara pembayaran Grab Pay Later ini, anda perlulah mempunyai akaun Grab yang disahkan menggunakan MyKad dan anda mesti mempunyai Grab Rewards membership sama ada Platinum, Gold ataupun Silver.
  • Kelebihan apabila anda menggunakan Grab Pay Later untuk pembelian adalah anda akan mendapat ganjaran Grab Rewards yang boleh ditebus pada pembelian seterusnya menggunakan servis Grab.
  • Hanya denda sebanyak RM10 admin fee akan dikenakan bagi menghidupkan balik akaun Grab Pay Later setiap kali anda lewat membayar balik baki ansuran bulanan Grab Pay Later.
ProsCons
– Mendapat ganjaran Grab Rewards dengan pembelian- Pengguna boleh membeli iPhone atau barangan terus dan boleh membayar kemudian dalam tempoh 4 ansuran bulanan.-Tiada denda, tiada faedah bila anda membayar balik tepat pada waktu.- Kemudahan yang fleksibel untuk pembayaran balik.– Tempoh ansuran hanya maksimum 4 bulan sahaja.- Caj tambahan untuk memproses bayaran dikenakan untuk pilihan pelan ansuran 8 hingga 12 bulan.- Denda RM10 admin fee dikenakan apabila anda lewat dalam pembayaran balik amaun tertunggak.- Perlulah mengesahkan akaun Grab terlebih dahulu dan proses verify boleh memakan masa 2 hingga 3 hari bekerja.

Shopee Pay Later (SPay Later): 

  • Pembelian dan pembayaran ansuran Shopee Pay Later (maksimum 12 bulan ansuran) hanya boleh dilakukan online di Shopee Factory Mobile sahaja.
  • Untuk verifikasi akaun Shopee, anda hanya perlu snap gambar MyKad dan lakukan facial verification dalam aplikasi Shopee anda.
  • Kelebihan apabila anda menggunakan Shopee Pay Later untuk pembelian adalah anda akan mendapat ganjaran Shopee Coins Cashback yang boleh ditebus balik pada pembelian seterusnya menggunakan servis Shopee atau Shopee Pay.
  • Interest sebanyak 1.25% akan dikenakan tiap-tiap bulan bayaran ansuran bagi memproses pembayaran.
  • Denda 1.5% akan dikenakan bagi setiap kelewatan bayaran balik ansuran bulanan.
ProsCons
– Pembelian dan proses verify boleh dilakukan secara online– Pembelian boleh menggunakan voucher dan menebus ganjaran Shopee Coins Cashback– Pengguna boleh membuat pembelian yang banyak dan membuat pinjaman daripada Shopee- Baki pinjaman boleh dibayar balik apabila mampu- Tiada caj tambahan, tiada faedah selagi anda membayar balik pinjaman tepat pada waktu. – proses verifikasi memakan masa 2 hingga 3 hari bekerja- Jika anda terlambat membayar balik amaun pinjaman, caj denda akan dikenakan untuk menghidupkan balik akaun SPay Later anda yang digantung.

Tips Pembayaran Balik Ansuran

Jika anda merancang untuk membeli iPhone ansuran atau membeli iPhone tanpa kad kredit, kami sarankan beberapa tip tambahan apabila membuat pembayaran balik pembelian ansuran anda:

  • Pastikan anda membuat pembelian barangan yang dalam kemampuan kewangan anda agar anda mampu membayar baki ansuran secara full pada tempoh yang ditetapkan dalam pelan ansuran anda.
  • Tetapkan reminder untuk membuat bayaran balik ansuran bulanan anda tepat pada masanya.
  • Jika anda mempunyai pelan ansuran yang banyak, anda boleh pertimbangkan untuk menggabungkan pembayaran pada hujung bulan menjadi satu untuk memudahkan pengurusan pembayaran anda.
  • Jika anda menghadapi masalah atau kekangan kewangan untuk membuat ansuran bulanan anda, hubungi khidmat pelanggan atau customer support platform pembayaran anda untuk membincangkan pilihan seperti menangguh pembayaran baki ke bulan seterusnya.

Kesimpulan

Macam mana? Sudah tahu cara pembayaran manakah yang sesuai dengan keselesaan anda? Jika anda lebih selesa membeli secara online, maka alternatif cara pembayaran BNPL sama ada Grab Pay Later atau Shopee Pay Later amatlah sesuai untuk anda berbelanja secara ansuran walaupun di mana sahaja anda berada.

Sekarang, anda sudah tahu perbezaan cara membeli iPhone ansuran sama ada dengan kad kredit ataupun menggunakan platform BNPL tanpa kad kredit. Dengan menggunakan method pembayaran BNPL mahupun kad kredit, anda dapat menikmati fleksibiliti dalam pembelian dengan membahagikan amaun pembelian dalam amaun kecil secara  ansuran bulanan . 

Namun, jika anda tidak ingin memikirkan tentang jadual bayaran balik bulanan dan ingin mengelakkan dikenakan caj denda apabila terlupa atau lewat membayar balik pinjaman on-time, maka kami sarankan anda untuk membeli secara cash atau kad debit. 

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau inginkan maklumat dan nasihat lebih lanjut mengenai cara pembayaran dan pembelian iPhone di Factory Mobile, anda boleh menghubungi kami atau mengunjungi cawangan Factory Mobile kami yang berdekatan. 

Selamat berbelanja dengan bijak pastikan anda membeli secara ansuran dengan berhemat!

2 thoughts on “Beli iPhone Secara Ansuran di Factory Mobile”

    • Waalaikumussalam encik maaf lambat reply, dan maaf sekali lagi, kami dah stop Aeon Credit. Encik boleh buat ansuran menggunakan ShopeePay Later, GrabPay Later dan juga Kad Kredit.

      Reply

Leave a Comment