Factorymobile.com.my

2 Minggu Guna Google Pixel 11 Pro Fold, Best Ke?

Google Pixel 11 Pro Fold dah rasmi berada di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM7,999. Mahal, memang mahal. Lagi-lagi bila sekarang pilihan foldable dekat pasaran dah semakin banyak dan ada model lain yang lebih nipis atau lebih agresif dari segi hardware.

Tapi lepas hampir dua minggu Abe guna sendiri Pixel 11 Pro Fold ni, ada beberapa benda yang Google buat memang kena dengan cara Abe guna phone setiap hari.

Jadi persoalannya, apa sebenarnya yang best dekat Google Pixel 11 Pro Fold ni dan berbaloi ke bayar RM7,999?

Jom Abe cerita berdasarkan pengalaman guna sendiri.

Pixel 11 Pro Fold

Rekaan Pixel 11 Pro Fold Rasa Lebih Matang

First sekali bila Abe pegang Pixel 11 Pro Fold, benda yang paling cepat Abe perasan ialah phone ni tak rasa terlalu pelik untuk sebuah foldable.

Bila dilipat, ketebalannya sekitar 10.1mm dengan berat rasmi 239 gram.

239 gram memang bukan ringan kalau dibandingkan dengan smartphone biasa. Tapi untuk phone yang boleh dibuka menjadi skrin 8 inci, berat dia masih rasa reasonable dekat tangan.

Sepanjang Abe guna, berat tu tak sampai tahap rasa terbeban sangat bila pegang lama-lama. Masuk poket memang boleh rasa ada phone besar dekat situ, tapi bukan jenis berat sampai rasa malas nak bawa.

Binaan keseluruhan pun rasa solid. Bahagian hinge rasa kemas bila buka dan tutup, dan bila phone dibuka penuh, badan dia tak rasa terlalu fragile.

Pixel 11 Pro Fold turut hadir dengan penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap debu dan air.

Untuk foldable, benda macam ni penting sebab phone jenis lipat mempunyai lebih banyak bahagian bergerak berbanding smartphone biasa.

Apa Abe suka:

  • Berat 239g masih selesa untuk kategori foldable
  • Ketebalan 10.1mm bila ditutup tak rasa terlalu tebal
  • Binaan nampak dan rasa solid
  • Ada IP68 untuk perlindungan tambahan

Apa yang Abe kurang suka:

  • Kamera bar belakang masih agak menonjol
  • Bila dibanding dengan sesetengah foldable lain, masih ada ruang untuk Google buat badan lebih nipis

Skrin Luar 6.5 Inci Ni Antara Benda Paling Abe Suka

Salah satu masalah yang Abe selalu rasa dekat sesetengah foldable ialah skrin luar dia.

Ada yang terlalu panjang. Ada yang terlalu sempit. Nak taip pun kadang-kadang rasa pelik.

Pixel 11 Pro Fold lain sikit.

Google gunakan skrin luar Super Actua bersaiz 6.5 inci dengan refresh rate sehingga 120Hz dan peak brightness sehingga 3,600 nits.

Apa yang penting bukan sekadar nombor.

Bila Abe guna WhatsApp, scroll Facebook, buka Google Maps atau balas mesej, skrin luar ni rasa macam guna smartphone biasa.

Ini sebenarnya penting sebab bukan setiap masa kita nak buka phone.

Nak reply WhatsApp sekejap, check notification atau tangkap gambar, Abe boleh buat semuanya dari cover screen tanpa rasa macam tengah guna skrin sekunder.

Brightness pun memang kuat.

Abe sempat guna dekat kawasan terang dan tulisan dekat skrin masih senang nak nampak. Warna pun nampak punchy tanpa terlalu keterlaluan.

Apa Abe suka:

  • Saiz 6.5 inci rasa natural
  • 120Hz buat scrolling nampak smooth
  • Brightness tinggi membantu bila guna di kawasan terang
  • Tak perlu buka phone setiap kali nak buat benda ringkas

Apa yang Abe kurang suka:

  • Bila dah biasa dengan skrin luar ni, kadang-kadang Abe sendiri kurang buka skrin dalam
  • Bezel masih boleh dikecilkan lagi untuk generasi seterusnya

Bila Buka, Terus Dapat Skrin 8 Inci

Bila Pixel 11 Pro Fold dibuka, barulah keluar kelebihan sebenar sebuah foldable.

Skrin utama dekat bahagian dalam berukuran 8 inci.

Untuk baca website, tengok video, buka gambar ataupun multitasking, beza berbanding phone biasa memang ketara.

Abe paling suka bila buka dua benda dalam satu masa.

Contohnya buka browser sambil rujuk benda lain, ataupun buka gambar sambil buat kerja dekat aplikasi lain. Ruang tambahan tu memang terasa berguna, bukan sekadar gimmick.

Untuk baca artikel panjang pun sedap sebab lebih banyak content boleh dipaparkan dalam satu skrin.

Refresh rate 120Hz turut membantu sebab pergerakan dekat skrin terasa lancar.

Cuma macam semua foldable, ada satu soalan yang orang mesti tanya.

Crease macam mana?

Garisan Crease Masih Ada, Tapi…

Abe tak nak cakap crease Pixel 11 Pro Fold ni hilang terus sebab jelas nampak.

Crease masih ada.

Kalau korang tengok dari sisi dan cahaya terkena pada sudut tertentu, memang boleh nampak garis lipatan dekat bahagian tengah skrin.

Kalau lalu jari dekat tengah skrin pun boleh rasa.

Tapi yang menariknya, bila Abe pandang skrin secara terus dari depan, crease tu nampak kurang ketara.

Bila dah buka YouTube, website, gambar atau aplikasi, mata Abe lama-lama tak fokus langsung dekat bahagian lipatan tu.

Ini benda yang susah nak explain melalui gambar.

Dekat gambar produk, crease mungkin nampak ketara disebabkan pantulan cahaya. Bila guna sendiri beberapa hari, otak kita macam automatik abaikan benda tu.

Tensor G6: Multitasking Memang Smooth

Untuk bahagian prestasi, Pixel 11 Pro Fold menggunakan cip Google Tensor G6.

Sepanjang Abe guna untuk buka banyak aplikasi, tukar-tukar antara app dan menggunakan dua aplikasi dekat skrin besar, pengalaman dia memang smooth.

Abe rasa dekat sinilah Tensor G6 lebih masuk akal.

Bukan semata-mata nak kejar benchmark.

Google banyak fokus bagaimana chipset ni bekerja dengan Android, Gemini dan fungsi AI dalam Pixel.

Dalam penggunaan biasa, Abe tak ada masalah dari segi responsiveness. Buka kamera cepat, buka aplikasi cepat dan animation pun nampak lancar.

Untuk phone foldable, performance yang konsisten macam ni penting sebab kita lebih cenderung menggunakan banyak aplikasi serentak bila skrin besar.

Kamera 5x Antara Benda Paling Seronok Abe Test

Bahagian kamera belakang menggunakan tiga kamera.

Ada kamera utama 48MP, ultrawide 10.5MP dan telephoto 10.8MP dengan 5x optical zoom.

Sepanjang Abe test kamera ni, kamera utama memang deliver apa yang Abe jangka daripada Pixel.

Point, tekan shutter dan kebanyakan masa gambar yang keluar terus nampak elok tanpa perlu edit banyak.

Tapi part yang paling Abe suka cuba ialah telephoto 5x.

Bila nak ambil subjek dari jauh, 5x masih boleh bagi framing yang berguna tanpa perlu berjalan rapat ke arah subjek.

Lepas gambar diambil, fungsi pemprosesan dan AI Google pula boleh digunakan untuk membantu enhance detail gambar.

Yang ni memang seronok nak main.

Bukan bermaksud semua gambar zoom automatik jadi sempurna. Kalau cahaya kurang atau zoom terlalu jauh, limit hardware tetap ada.

Tapi kombinasi optical zoom dengan computational photography Google buat kamera Pixel 11 Pro Fold ni terasa lebih versatil.

HiLight: Kecil, Tapi Menarik

Satu lagi benda yang mudah terlepas pandang dekat Pixel 11 Pro Fold ialah HiLight.

Dekat kawasan camera bar terdapat sistem lampu LED yang boleh memberikan visual cue tanpa perlu kita sentiasa tengok skrin.

Contohnya bila menggunakan Gemini secara hands-free, HiLight boleh memberikan isyarat visual ketika Gemini sedang mendengar, berfikir atau memberikan respons.

Ia juga boleh digunakan untuk panggilan daripada favourite contacts dengan warna tertentu apabila phone diletakkan face down.

Adakah benda ni feature yang akan buat Abe beli phone RM7,999?

Tak.

Tapi sebagai tambahan kepada pengalaman Pixel, Abe rasa menarik.

Cuma sekarang kegunaan dia masih agak terhad. Kalau Google tambah lebih banyak fungsi kemudian hari, HiLight mungkin jadi jauh lebih berguna.

Harga Google Pixel 11 Pro Fold Malaysia

Dekat Malaysia, Google Pixel 11 Pro Fold ditawarkan dalam dua pilihan storan.

  • 256GB: RM7,999
  • 512GB: RM8,599

Harga rasmi memang meletakkan phone ni terus dalam kategori premium.

Pada RM7,999, memang tak boleh nilai Pixel 11 Pro Fold macam kita nilai smartphone RM2,000 atau RM3,000.

Kita bayar lebih untuk format foldable, skrin besar, hardware hinge, pengalaman software Google serta ekosistem Pixel.

Sebab tu bahagian paling penting akhirnya ialah satu soalan.

Google Pixel 11 Pro Fold Berbaloi Ke?

Selepas hampir dua minggu Abe guna Pixel 11 Pro Fold, dua perkara yang paling melekat dekat Abe sebenarnya bukan AI ataupun spesifikasi atas kertas.

Pertama, skrin luar.

Google berjaya buat cover screen yang Abe boleh gunakan seperti smartphone biasa. Abe tak rasa dipaksa untuk membuka phone setiap kali nak buat benda simple.

Kedua, berat dan saiz.

239 gram masih ada berat, tapi sepanjang Abe guna, ia tak rasa keterlaluan untuk sebuah phone dengan skrin dalaman 8 inci.

Crease pula memang wujud.

Tapi daripada pengalaman Abe sendiri, bila pandang skrin terus dari depan dan dah mula gunakan aplikasi, benda tu tak mengganggu sangat.

Kamera pula masih membawa karakter Pixel yang senang digunakan. Point, shoot dan kebanyakan masa terus dapat gambar yang sedap dipandang. Telephoto 5x pula memang antara kamera yang paling Abe suka main sepanjang test phone ni.

Cuma RM7,999 tetap RM7,999.

Kalau Google boleh turunkan lagi berat, nipiskan badan dan push sistem kamera lebih jauh, pakej ni boleh jadi jauh lebih menarik.

Tapi kalau tengok Pixel 11 Pro Fold sebagai keseluruhan, Abe rasa Google dah sampai satu tahap di mana foldable mereka tak rasa macam produk eksperimen.

Dia rasa macam smartphone Pixel yang kebetulan boleh dibuka menjadi tablet kecil.

Dan bagi Abe, itu sebenarnya pujian paling besar untuk phone ni.

Nak Cuba Sendiri Pixel 11 Pro Fold?

Spec atas kertas satu cerita.

Phone foldable ni Abe memang lagi galakkan korang pegang sendiri.

Cuba skrin luar dia. Buka skrin 8 inci. Tengok crease dari depan dan dari tepi. Pegang beberapa minit untuk rasa sendiri berat 239 gram tu.

Kalau nak cuba sendiri, boleh walk-in ke mana-mana cawangan Factory Mobile.

Nak beli smartphone baru tapi bajet belum cukup?

Datang terus ke cawangan Factory Mobile dan guna Shopee Pay Later, Grab Paylater, Atome, Ahapay atau Aeon Credit. Scan QR, pilih ansuran, terus bawa balik.

Boleh juga layari www.factorymobile.my untuk semak model dan promosi terbaru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top