Factorymobile.com.my

Realme 16 dan 16T tiba di Malaysia

Kalau anda selalu mengadu telefon cepat habis bateri, pelancaran terbaru daripada realme ini mungkin menarik perhatian.

realme Malaysia kini secara rasmi memperkenalkan dua model baharu iaitu realme 16 dan realme 16T. Apa yang paling mencuri perhatian adalah kapasiti bateri yang sangat besar sehingga 8000mAh, sesuatu yang jarang ditemui dalam kategori harga ini.

Lebih menarik, kedua-dua peranti turut hadir dengan spesifikasi yang agak seimbang untuk penggunaan harian, gaming ringan dan fotografi.

Jom tengok apa yang ditawarkan.


Realme 16: Rekaan Nipis Dengan Bateri 7000mAh

Walaupun hadir dengan bateri besar 7000mAh, realme 16 masih mengekalkan rekaan yang nipis.

Peranti ini hanya setebal 8.1mm dengan berat sekitar 183 gram, menjadikannya selesa digunakan sepanjang hari.

Skrin AMOLED 120Hz Yang Cerah

Realme 16 menggunakan:

  • Skrin AMOLED 6.57 inci
  • Kadar segar semula 120Hz
  • Kecerahan puncak sehingga 4200 nits

Paparan lebih lancar ketika scrolling, warna lebih hidup dan skrin kekal jelas digunakan walaupun di bawah cahaya matahari yang terang.


Prestasi Dengan Dimensity 6400 Turbo

Di bahagian prestasi, realme 16 dijana oleh:

  • MediaTek Dimensity 6400 Turbo
  • RAM 12GB
  • Storan sehingga 256GB

Prestasi harian terasa lancar, multitasking menjadi lebih baik dan ruang simpanan sehingga 256GB mencukupi untuk menyimpan pelbagai aplikasi, gambar serta video.


Kamera 50MP Dengan Bantuan AI

Untuk fotografi, realme 16 hadir dengan:

  • Kamera utama 50MP
  • Sensor kedalaman 2MP
  • Kamera swafoto 50MP

Kehadiran fungsi AI Edit Genie dan Vibe Master Mode membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih menarik dengan suntingan yang lebih mudah serta efek fotografi yang lebih kreatif.


Bateri 7000mAh Dengan Pengecasan 60W

Inilah tarikan utama realme 16.

Spesifikasi bateri:

  • Kapasiti 7000mAh
  • Pengecasan pantas 60W

Bateri 7000mAh membolehkan telefon digunakan sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas, manakala sokongan pengecasan pantas 60W membantu mengurangkan masa menunggu ketika mengecas.


Realme 16T: Bateri 8000mAh Yang Boleh Tahan Sehingga 3 Hari

Jika anda mahukan ketahanan bateri yang lebih ekstrem, realme 16T mungkin pilihan lebih menarik.

Menurut realme, peranti ini mampu bertahan sehingga tiga hari dengan satu pengecasan.


Skrin 144Hz Untuk Pengalaman Lebih Lancar

realme 16T hadir dengan:

  • Skrin LCD 6.8 inci
  • Resolusi HD+
  • Refresh rate 144Hz
  • Kecerahan puncak 1200 nits

Paparan 144Hz memberikan pengalaman scrolling yang sangat lancar, manakala skrin bersaiz 6.8 inci menawarkan ruang tontonan yang lebih luas untuk menonton video, bermain game dan menikmati hiburan harian.


Prestasi Dengan Dimensity 6300

Peranti ini dikuasakan oleh:

  • MediaTek Dimensity 6300
  • RAM sehingga 8GB
  • Storan sehingga 256GB
  • Slot microSD sehingga 2TB

Storan boleh ditambah sehingga 2TB menggunakan kad microSD, manakala cip Dimensity 6300 cukup lancar untuk kegunaan harian seperti media sosial, menonton video dan bermain game ringan.


Kamera Sony 50MP Dengan AI Portrait Glow

Untuk fotografi, realme 16T menawarkan:

  • Kamera utama Sony IMX852 50MP
  • Sensor monokrom 2MP
  • Kamera swafoto 16MP

Kehadiran AI Portrait Glow dan pelbagai fungsi AI fotografi membantu menghasilkan gambar potret yang lebih cantik, terang dan menarik dengan lebih mudah.


Ketahanan Yang Sangat Lengkap

Satu perkara yang jarang ditemui pada harga ini ialah tahap ketahanan yang ditawarkan.

realme 16T menyokong:

  • IP66
  • IP68
  • IP69
  • IP69K
  • IP69 Pro

Turut hadir dengan:

  • Sistem penyejukan
  • Pengimbas cap jari pada butang kuasa
  • Reverse charging 15W

Berbaloi Ke Beli realme 16 atau realme 16T?

Jika tengok secara keseluruhan, kedua-dua model ini mempunyai kelebihan masing-masing.

Pilih realme 16 jika anda:

  • Mahukan skrin AMOLED
  • Mahukan kamera selfie lebih baik
  • Inginkan rekaan lebih nipis dan ringan

Pilih realme 16T jika anda:

  • Mahukan bateri paling besar
  • Perlukan ketahanan lasak
  • Mahukan fungsi reverse charging

Ramai customer yang datang ke kedai Factory Mobile sekarang memang mencari telefon dengan bateri tahan lama. Dalam aspek ini, Realme nampaknya berjaya menawarkan sesuatu yang menarik pada harga yang masih mampu milik.

Jom beli terus di website kami factorymobile.my atau datang je mana-mana 13 cawangan Factory Mobile hari ni.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top