Cara Beli Smartphone Ansuran Shopee Pay Later / Shopee Pay Installment

Kini anda boleh beli smartphone secara ansuran dengan Shopee Pay Later di semua cawangan Factory Mobile seluruh Malaysia.

Assalamualaikum para penggemar teknologi Factory Mobile! Tahukah anda apa itu Buy Now Pay Later (BNPL)? Dan bagaimana anda boleh beli Smartphone ansuran Shopee Pay Later je? Harini kami nak kongsikan cara pembelian handphone secara ansuran bersama Factory Mobile menggunakan Shopee Pay Later (SPay Later).

Apa itu Shopee Pay Later (SPay Later)?

Konsep Buy Now Pay Later atau secara singkatannya “BNPL” ini adalah satu kaedah pembayaran dimana anda, sebagai pengguna boleh membuat pembelian barang-barang dengan segera tanpa perlu membayar jumlah penuh pada masa yang sama. 

Ansuran Shopee Pay Later adalah khidmat pembayaran yang membolehkan pengguna Shopee untuk melakukan pembelian secara ansuran. Dalam erti kata lain, anda dapat membeli barang dan membayar dalam beberapa pecahan bayaran secara ansuran.

Dengan instalment Shopee Pay Later, anda boleh membeli produk tanpa perlu membayar jumlah penuh sekaligus. Sebaliknya, anda boleh memilih untuk membayar jumlah pembelian anda dalam ansuran bulanan yang lebih kecil dan efisien.

Sebagai contoh, sekiranya anda membeli iPhone 15 Pro Max dengan Factory Mobile pada harga RM5,999.00, anda tidak perlu bayar jumlah kesemuanya pada hari yang sama. Anda hanya perlu bayar RMx selama .

Shopee Pay Later juga memberikan pelbagau ganjaran Shopee rewards seperti Shopee Cashback discounts atau Shopee Coins yang boleh anda redeem untuk pembelian seterusnya.

Kelayakan SPay Later

Untuk menggunakan kemudahan Shopee Pay Later, ada beberapa syarat kelayakan yang perlu pengguna Shopee perlu penuhi:

  • Umur: Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan keatas.
  • Identity Verification: Mempunyai MyKad atau MyPR (Malaysia with Permanent Resident status) yang valid untuk verifikasi.

Cara Mengaktifkan Shopee Pay Installment

Jika anda memenuhi kelayakan untuk aktifkan SPay Later, anda perlulah mengaktifkan SPay Later pada akaun Shopee anda terlebih dahulu:

Langkah 1. Masuk ke Account Shopee Anda

Buka aplikasi Shopee di device anda dan masuk ke akaun Shopee anda, kemudian pilih setting SPay Later pada e-Wallet Shopee Pay anda.

Langkah 2. Klik Activate

Seterusnya, tekan ‘Activate Now’ pada Shopee Pay Later untuk mengaktifkan kemudahan ini. Anda akan diberikan kod OTP (One-Time Password) secara SMS atau Whatsapp untuk proses verification.

Langkah 3. Masukkan OTP

Setelah kod OTP dihantar dan diterima, anda perlu memasukkan kod tersebut dan menekan ‘Continue’ sebelum ke langkah seterusnya.

Langkah 4. Upload / Muat naik MyKad atau MyPR

Pada langkah ini, anda dikehendaki memuat naik gambar MyKad atau MyPR anda dengan jelas. Pastikan maklumat pada dokumen MyKad atau MyPR anda dipaparkan secara jelas dan terang.

Langkah 5. Facial Recognition

Anda hampir selesai! Kini anda diminta untuk menangkap gambar anda secara live untuk tujuan verifikasi identiti. Tekan ‘Start Facial Verification’ untuk memulakan proses dan bergerak ke langkah seterusnya.

Langkah 6. Selesai!

Setelah verifikasi identiti anda di Shopee selesai, anda kini dapat menikmati kemudahan pembelian secara ansuran SPay Later.

Beli Smartphone Ansuran Shopee Pay Later

Beli Smartphone Ansuran Shopee Pay Later

Jika anda sudah aktifkan Shopee Pay Later di akaun anda, anda boleh membeli iPhone secara ansuran atau Infinix Note 30 Pro secara installment di Factory Mobile!

beli handphone Shopee Pay Installment spaylater

Pada aplikasi Shopee anda, anda boleh dapatkan pelbagai tawaran istimewa smartphone, dari pelbagai iPhone dan Android, serta gajet-gajet terkini dengan mengunjungi Kedai Shopee Factory Mobile

Di sini, anda boleh memilih dari pelbagai pilihan peranti dan aksesori yang kami tawarkan secara ansuran dengan pembayaran ansuran Shopee Pay Later.

Cara Beli Handphone Shopee Pay Installment

Berikut adalah panduan pembelian phone menggunakan Shopee Pay instalment dengan Factory Mobile.

Langkah 1. Pilih Cara Pembayaran

Sila pastikan anda menyemak butiran pembelian anda sebelum ke langkah seterusnya. Pada langkah checkout ini, anda perlu memilih cara pembayaran menggunakan SPay Later di ‘Payment Option’. 

Langkah 2. Pilih Pelan Ansuran

Seterusnya, pilih pelan ansuran untuk pembelian instalment anda. Shopee Pay Later menawarkan pelbagai pelan instalment merangkumi 1 hingga 12 bayaran ansuran bulanan. Jadi anda boleh memilih pelan manakah yang bersesuaian dengan keselesaan anda.

Langkah 3. Confirm Pembayaran

Anda kini hampir selesai dengan proses pembayaran anda. Pada langkah ini, anda dikehendaki memasukkan Nombor PIN Shopee Pay anda dan setelah selesai, anda akan mendapat confirmation pembayaran daripada Shopee. Kini selesailah proses beli smartphone ansuran Shopee Pay Later.

Langkah 4. Pastikan Baki Akaun Shopee

Pastikan baki balance dalam akaun Shopee pay anda mencukupi setiap bulan untuk membuat pembayaran ansuran ini jika tidak anda akan didenda (fee). *

Bayar ansuran bulanan ini akan dipaparkan di aplikasi Shopee anda. Shopee Pay Later akan menghantar anda penyata bulanan dengan tarikh ansuran dan jumlah ansuran anda. Anda boleh membayar ansuran bulanan anda menggunakan pelbagai kaedah pembayaran, termasuk online bank in transfer, kad debit, kad kredit, atau secara tunai di kedai-kedai 7 Eleven berdekatan anda.

Mudah bukan membeli instalment phone menggunakan Shopee Pay Later? Anda kena beringat, walaupun SPay Later ini tidak mengenakan sebarang caj atau faedah untuk bayaran bulanan, anda masih perlu membayar bill SPay Later anda pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

Selain Shopee Pay Later, anda juga boleh membeli smartphone secara ansuran dengan kredit kad atau Grab Pay Later di Factory Mobile.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau kekeliruan mengenai cara pembayaran di Factory Mobile, anda boleh menghubungi kami atau mengunjungi cawangan Factory Mobile kami yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Comment