10 Tanda Bateri iPhone Rosak dan Perlu Ditukar Baru

(Kemas kini 2025)

Bateri iPhone memang tahan lama, tapi tak kekal selamanya. Selepas satu atau dua tahun penggunaan, prestasinya akan mula menurun.

Bateri cepat habis, telefon panas, atau tiba-tiba terpadam walaupun peratus bateri masih tinggi.

Sebagai pusat servis, kami di Factory Mobile kerap terima kes bateri iPhone lemah atau rosak.

Kalau anda mula rasa iPhone anda semakin ‘lain macam’, ini 10 tanda paling ketara bateri mungkin sudah sampai masa untuk ditukar.

10 Tanda Bateri iPhone Rosak & Perlu Ditukar (Kemas Kini 2025)

1. Bateri Cepat Habis & Tak Bertahan Walaupun Penggunaan Biasa

Kalau anda baru saja cas penuh pagi, tapi tengah hari tinggal 40% walaupun hanya guna WhatsApp atau scroll media sosial, itu petanda awal bateri sudah lemah.

Lagi ketara bila cas sampai 100%, tapi baru buka TikTok 30 minit dah tinggal 60%.

Ini berlaku bila kapasiti sebenar bateri dah banyak kurang, walaupun sistem masih tunjuk peratusan tinggi.


2. iPhone Panas Waktu Cas atau Guna Aplikasi Ringan

iPhone memang akan rasa sedikit panas bila dicas atau guna aplikasi berat.

Tapi kalau terasa sangat panas walaupun hanya buka Notes atau Facebook, itu bukan lagi sesuatu yang normal.

Kebiasaannya, ini berlaku bila bateri tak stabil, dan ia boleh merosakkan komponen lain seperti skrin atau motherboard jika dibiarkan berterusan.


3. Battery Health Di Bawah 80%

Untuk semak kesihatan bateri (Battery Health):

Settings > Battery > Battery Health & Charging

Kalau peratus kesihatan bawah 80%, atau keluar status “Service”, itu isyarat rasmi dari sistem iOS yang bateri anda dah tak efisien.

iPhone akan mula kurangkan prestasi bagi elak shutdown tiba-tiba.


4. Telefon Tiba-tiba Mati Walaupun Masih Ada Bateri

Jika iPhone anda tiba-tiba mati walaupun bateri masih 20–30%, dan hidup semula lepas dicas.

Ini tanda bateri tak mampu bekalkan tenaga dengan stabil. Masalah ni biasa berlaku bila sel bateri dah uzur.


5. Cas Lambat, Tak Sampai 100%, atau Tak Masuk Langsung

Kalau anda cas lebih 2 jam tapi bateri stuck dekat 86%, atau kadang-kadang sambung kabel tapi langsung tak naik.

Sebelum apa-apa, cek dulu samada charger atau kabel yang rosak. Kalau dua-dua ni tak ada masalah…

Besar kemungkinan bateri dah tak boleh terima tenaga secara normal.

Boleh juga jadi peratusan naik-turun sendiri (contoh: dari 91% turun ke 88%, lepas tu naik semula).

Tanda-tanda ini menunjukkan sistem pengecasan dah tak stabil.


6. iPhone Tak Boleh Hidup Tanpa Sambung Pengecas

Ini antara tahap paling kritikal. Kalau iPhone hanya boleh hidup bila disambung ke charger.

Maknanya bateri dah gagal berfungsi langsung. Ia tak lagi mampu simpan tenaga, dan hanya bergantung pada kuasa terus dari pengecas.


7. Skrin Terangkat atau Body Menggelembung

Kalau anda perasan skrin mula terangkat, body jadi ‘buncit’ atau tak rata bila diletak atas meja, itu tanda bateri mula kembang dari dalam.

Bateri yang menggelembung sangat berbahaya. Selain boleh rosakkan LCD, ia juga boleh menyebabkan telefon meletup kalau terus digunakan.


8. Pengecasan Jadi Tak Konsisten Lepas Update iOS

Ramai pengguna iPhone model lama seperti XR, 11 dan 12 alami masalah pengecasan pelik selepas update ke iOS terbaru. Contohnya:

  • Cas jadi lambat
  • Bateri drop lebih cepat
  • Peratus naik-turun sendiri

Kadang-kadang bukan sebab update tu rosak, tapi kerana bateri dah tak sesuai dengan sistem terbaru yang lebih berat.


9. Prestasi iPhone Tiba-Tiba Jadi Lemah

Kalau telefon anda rasa perlahan, buka apps pun loading lama, dan cepat lag, besar kemungkinan sistem sedang kurangkan prestasi untuk jaga bateri.

Apple panggil fungsi ni sebagai “performance throttling”, dan ia berlaku bila sistem kesan bateri dah tak stabil.


10. Battery Cycle Count Dah Melebihi 800

Untuk pengguna iOS 17 ke atas, anda boleh semak jumlah kitaran pengecasan bateri:

Settings > General > About > Battery

Bateri iPhone biasanya mula merosot bila cycle count melepasi 800.

Walaupun Battery Health masih nampak tinggi, kapasiti sebenar mungkin dah menurun banyak.


Bila Masa Sesuai Untuk Tukar Bateri?

Kalau anda alami tiga atau lebih tanda daripada senarai di atas, itu petanda kuat bateri anda dah lemah dan perlu ditukar.

Kenapa kena tukar awal?

  • Elak kerosakan pada skrin dan papan induk
  • Elakkan shutdown mengejut
  • Elak risiko keselamatan (bateri kembung)
  • Pulihkan prestasi telefon macam baru
  • Lebih jimat berbanding tukar telefon terus

Tukar Bateri iPhone di Factory Mobile

Kami sediakan servis tukar bateri Genuine Apple part dan original OEM, siap dengan jaminan dan pemasangan profesional.

Di Factory Mobile kami berikan servis:

  • Siap pasang sepantas 15 minit
  • Jaminan di mana-mana cawangan Factory Mobile
  • Harga bajet-friendly, pelbagai pilihan gred sparepart kami ada
  • Cek bateri percuma sebelum tukar

Boleh terus ke cawangan Factory Mobile terdekat atau WhatsApp team kami untuk semak model dan harga.

Tambahan lagi sekarang ni ada promo diskaun sehingga RM60 untuk baiki. Promo ni sehingga 30 Jun 2025 sahaja, hanya untuk 20 orang terawal setiap hari!


Jangan Tunggu Sampai Terlambat

Bateri lemah bukan saja menyusahkan, malah boleh jadi bahaya kalau dibiarkan.

Kalau anda perasan iPhone anda tunjuk mana-mana tanda pelik, datang je ke Factory Mobile.

Kami akan cek bateri anda secara percuma dulu, tak perlu terus tukar kalau belum perlu.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

3 thoughts on “10 Tanda Bateri iPhone Rosak dan Perlu Ditukar Baru”

    • masih boleh guna, tapi bateri iphone memang akan cepat habis. dan akan tunjukkan simtom2 bateri dah nk kong. kadang2 iphone akan restart tiba2 bila bateri dah kong

      Reply

Leave a Comment