Tentang Factory Mobile Sdn Bhd

Exclusive Factory Mobile Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai kedai dan syarikat pemborong yang menjual telefon pintar. Pengasas Factory Mobile, Tuan Ahmad Faizal bin Fauzi percaya bahawa setiap orang boleh memiliki telefon pintar. Oleh sebab itu, Factory Mobile menjual pelbagai jenis telefon pintar bermula dari telefon baharu (new phone) ke telefon terpakai (second-hand phone) yang mempunyai spesifikasi serta kualiti yang tinggi.

Sehingga pada tahun 2024, kami mempunyai 90 kakitangan dan 10 cawangan di serata pelosok negara yang membawa nama Factory Mobile. 

Kami juga memiliki Xiaomi Concept Store yang mana dapat memastikan lebih ramai pelanggan untuk menggunakan khidmat kami.

Kelantan

  1. Factory Mobile Kota Bharu
  2. Factory Mobile Wakaf Siku
  3. Factory Mobile Tanah Merah
  4. Factory Mobile Pasir Puteh
  5. Factory Mobile Pasir Tumboh
  6. Factory Mobile Gua Musang

Terengganu

  1. Factory Mobile Jerteh
  2. Factory Mobile Kuala Terengganu
  3. Factory Mobile Dataran Austin

Selangor

  1. Factory Mobile Shah Alam

Servis Kami

Antara servis yang kami sediakan di kedai kami adalah:

  1. Menjual telefon Apple dan Android yang baharu dan terpakai 
  2. Servis baikpulih – perkakasan & perisian (hardware & software) 
  3. Menjual tablet Apple dan Android yang baharu dan terpakai 
  4. Menjual peranti pintar dan peranti kelengkapan rumah
  5. Bayaran secara ansuran dari 3 hingga 24 bulan
  6. Menerima tukar beli (trade-in) produk Apple, Android dan Tablet (mengikut terma dan syarat) 

Kami turut menyediakan servis baikpulih telefon pintar dan komputer riba yang mana juruteknik kami mempunyai pengalaman untuk membaikpulih lebih dari beribu peranti pada setiap bulan. Sebagai syarikat telefon pintar, kami berusaha untuk memastikan kami menjadi carian nombor 1 pelanggan untuk diberikan kepercayaan dan kami juga percaya pelanggan yang bagus akan diberikan layanan yang terbaik oleh para pekerja kami.

Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Lebih dari 100,000 pelanggan yang berpuas hati dengan servis kami sejak Factory Mobile mula ditubuhkan sehingga ke tahun ini. Juga terdapat lebih dari 7,000 pelanggan yang berpuas hati dengan servis kami di serata cawangan serta memberikan rating 5 bintang di Google.