Harga Bateri iPhone di Factory Mobile 

Ada plan nak tukar bateri iPhone atau gantikan bateri iPhone anda kepada yang baru? Inilah antara harga bateri iPhone di Factory Mobile.

Anda mempunyai masalah dengan bateri iPhone kembung, iPhone cepat panas dan battery health tidak sampai 80%? Pasti anda ingin menggantikan bateri fon pada iPhone tersebut kan? Hari ini, kami akan berkongsi antara harga bateri iPhone di Factory Mobile yang dijual.

Baca: 10 Tanda Bateri iPhone Rosak dan Perlu Ditukar Baru

Harga-harga Bateri iPhone 

Penggunaan iPhone yang berterusan lambat laun boleh menjejaskan prestasi dan keadaan bateri iPhone anda. Justeru, pentingnya untuk menggantikan bateri iPhone tersebut supaya smartphone anda mampu berfungsi seperti sedia kala. 

Barikut adalah antara harga bateri iPhone bagi beberapa model iPhone:

Model Fon Harga Bateri (RM)
iPhone 7RM120
iPhone 7+RM130
iPhone 8RM130
iPhone 8+RM150
iPhone XRM230
iPhone XSRM250
iPhone XRRM250
iPhone XS MaxRM280
iPhone 11RM270
iPhone 11 ProRM300
iPhone 11 Pro MaxRM330
iPhone 15 ProRM600

Perubahan Harga Bateri iPhone

Harga bagi bateri iPhone atau harga bateri smartphone tidak statik dan akan berubah mengikut harga pasaran model iPhone bateri, dan bilangan stock bateri iPhone sedia ada. Jika anda mempunyai model fon yang sukar untuk mendapatkan stock spare-part bateri, sudah pasti harga bateri tersebut lebih mahal.

Sebagai contoh, harga bateri iPhone 7, iPhone X, iPhone XS, iPhone 11 iPhone 12 dan sebagainya adalah lebih murah berbanding harga bateri iPhone 15 Pro yang paling terkini.

Tukar Bateri iPhone di Factory Mobile

  • Harga Bateri Berpatutan: Harga bateri iPhone 7 hingga model harga bateri iPhone 15 Pro yang terkini, harga bateri telefon dan servis tukar bateri adalah dalam lingkungan harga bermula RM120 hingga RM600.

    Manakala, harga servis penggantian bateri bagi smartphone android mid-range pula adalah dalam lingkungan RM120 hingga RM200.
  • Servis Tukar Bateri Percuma: Harga servis adalah termasuk dengan harga bateri smartphone. Anda boleh memilih untuk mendapatkan servis kami secara percuma ataupun secara berasingan dengan pembelian bateri iPhone tersebut. 

    Sekiranya anda sudah pun mempunyai bateri telefon spare tersendiri dan hanya inginkan servis tukar bateri smartphone sahaja, harga servis akan dikira berasingan dengan harga pembelian bateri fon.
  • Jaminan Kualiti: Anda bukan sahaja boleh mendapatkan bateri iPhone pada harga berpatutan, malah anda turut boleh mendapatkan servis tukar ganti bateri secara percuma dalam tempoh warranty seandainya terdapat kerosakan.
  • Ganti Bateri Sepantas 15 Minit: Kini, anda tidak perlu menunggu lama kerana servis tukar bateri di Factory Mobile hanya memakan masa 15 minit sahaja. Ianya dijamin mudah, cepat, pantas dan berbaloi!

Berhati-hati Dengan Bateri Tiruan | Bateri Fake

Sekiranya anda ingin membeli bateri iPhone, kami nasihatkan supaya anda berhati-hati dan berjaga-jaga daripada membeli iPhone bateri ciplak atau bateri fake. Terdapat beberapa risiko jika anda membeli dan menggunakan iPhone bateri fake antaranya:

  • Kualiti Rendah: Kebanyakan bateri fake atau bateri replika di pasaran dihasilkan menggunakan material berkualiti rendah, bateri terpakai, malah ada juga yang damaged. Ciri-ciri kualiti yang rendah pada bateri ini boleh mengakibatkan pelbagai isu seperti masalah prestasi dan mudah untuk cepat panas.
  • Jangka Hayat Bateri Rendah: Bateri tiruan yang digunakan selalunya tidak akan bertahan lama sepertimana bateri ori iPhone yang baru. Ini boleh menyebabkan masalah bateri kepada fon seperti iPhone cepat crash.
  • Membahayakan Keselamatan: Jika menggunakan bateri ciplak atau tiruan, terdapat risiko yang boleh membahayakan keselamatan anda. Dalam kes-kes tertentu, pengguna yang menggunakan bateri yang fake ini boleh tercedera disebabkan bateri fon yang mudah meletup.
  • Tiada Waranti Sah: Sekiranya anda membeli dan menggantikan bateri iPhone anda kepada bateri tiruan, anda tidak lagi dapat waranti yang sah sama ada daripada pihak penjual spare-part tersebut mahupun Apple untuk sebarang servis penggantian bateri secara percuma.

Walaupun bateri tiruan dipasarkan pada harga yang lebih rendah dan murah daripada kebiasaan harga bateri iPhone baharu yang ori, akan tetapi, ianya boleh mendatangkan dengan pelbagai risiko malah boleh membahayakan keselamatan anda sebagai pengguna. 

Oleh itu, kami sarankan anda untuk mendapatkan bateri ori Factory Mobile. Bukan sahaja ditawarkan pada harga yang berbaloi, malah ianya bateri original yang dijamin sah mempunyai part number set LL (manufacturer US).

Kesimpulan

Kini kami telah jelaskan antara harga-harga bateri iPhone di Factory Mobile dan servis tukar bateri yang turut kami sediakan.

Anda mempunyai tanda-tanda bateri iPhone rosak? Jangan biarkan bateri anda meletup dan segera dapatkan servis repair iPhone terbaik dan pantas di Factory Mobile. Jika tidak ingin tukar bateri, anda boleh juga terus trade-in dan membeli handphone baharu juga di Factory Mobile kami.

Kami jamin harga bateri iPhone yang kami tawarkan adalah berbaloi, berpatutan dan berkualiti ori.

Leave a Comment