Factorymobile.com.my

Infinix GT50 Pro Phone Gaming Paling Cool Tahun 2026?

Infinix GT50 Pro Phone Gaming Paling Cool Tahun 2026?

Ramai gamer mobile sekarang bukan cari phone paling lawa. Diorang nak phone yang boleh maintain main smooth bila push rank lama-lama.

Sebab benda paling annoying bila tengah seronok main game, tiba-tiba phone mula panas, FPS drop dan touch jadi delay.

Itulah yang Infinix cuba solve dekat GT50 Pro.

Dengan liquid cooling terbesar dalam industri, support 144FPS dan GT Trigger ala console, phone ni memang serius nak jadi antara phone gaming paling padu tahun 2026.


Infinix GT50 Pro Memang Dibina Untuk Gamer

Kalau tengok design sampai hardware, memang jelas GT50 Pro ni bukan phone biasa-biasa.

Dia memang dibina khas untuk gamer mobile yang nak performance stabil.

Infinix gunakan:

  • HydroFlow Liquid Cooling Architecture
  • Micro-pump liquid cooling system
  • Full coverage cooling atas chipset

Maksud mudah dia?

Phone ni cuba kekalkan suhu lebih stabil walaupun gaming lama.

Ramai gamer complaint benda sama bila main game dalam jangka masa panjang:

  • Main ML dalam waktu yang lama phone jadi panas
  • PUBG mula frame drop, nak chicken dinner pun tak best
  • COD Mobile jadi lag masa team fight
  • Touch delay bila phone dah panas

GT50 Pro ni mungkin solusi untuk masalah – masalah tersebut.


Liquid Cooling Dia Memang Serious “Cool”

Ini antara feature paling menarik pada GT50 Pro.

Infinix claim cooling system dia paling besar dalam industri smartphone.

Dan benda paling rare,

Dekat belakang phone tu boleh nampak visual liquid flow dalam pipeline cooling dia.

Memang ‘cool’ habis! (Pun intended hehe).

Yang penting bukan sekadar lawa. Cooling ni membantu phone maintain performance lebih lama bila main game yang berat.

Kelebihan

  • Kurang panas masa gaming
  • FPS lebih stabil
  • Kurang thermal throttling
  • Best untuk gaming lama

Sesuai Untuk Siapa

  • Gamer hardcore
  • Kaki push rank MLBB
  • COD Mobile player
  • User yang selalu gaming berjam-jam

144FPS Gaming Memang Smooth

Satu lagi benda yang buat ramai gamer suka ialah support sehingga 144FPS.

GT50 Pro support beberapa game popular macam:

  • Mobile Legends
  • Free Fire
  • Call of Duty Mobile
  • Bloodstrike
  • Arena Breakout
  • Standoff 2

Bila FPS tinggi, gameplay memang rasa lebih smooth.

Especially masa team fight atau fast movement.


GT Trigger Memang Syok Untuk FPS Gamer

Ini satu feature yang Abe rasa ramai juga gamer suka.

GT50 Pro datang dengan dual GT Trigger.

Lebih kurang macam shoulder button dekat console.

Untuk game FPS memang best sebab boleh assign:

  • Aim
  • Shoot
  • Scope
  • Reload

Bila dah biasa guna, memang susah nak patah balik dekat control biasa.

Lagi menarik,

Trigger ni bukan untuk gaming je.

Boleh guna untuk:

  • Screenshot
  • Record screen
  • Launch apps
  • Quick shortcut

Ini memang bukan gaming phone semata-mata, ini juga phone daily driver.


Display Gaming

Gaming phone tak cukup gaming kalau screen biasa-biasa.

GT50 Pro guna:

  • AMOLED 144Hz
  • 1.5K resolution
  • Peak brightness tinggi
  • Stereo speaker Dolby Atmos

Bila main game memang nampak cantik dan smooth.

Touch response pun terasa lebih responsif.

Speaker stereo dia pun kuat dan jelas.

Tak wajib pakai earphone kalau casual gaming.


Kapasiti Bateri

GT50 Pro datang dengan battery besar sehingga 6500mAh.

Untuk gamer memang penting.

Tak syok kalau tengah rank tiba-tiba kena charge.

Dia juga support:

  • 45W fast charging
  • Wireless charging
  • Bypass charging untuk gaming

Bypass charging ni memang berguna sebab kurang panas bila main sambil charge.

Feature ni jarang dapat dekat gaming phone midrange.

Kelebihan

  • Battery tahan lama
  • Kurang panas masa charging sambil gaming
  • Ada wireless charging

Kekurangan

  • Charging bukan paling laju dalam kategori dia

Berbaloi Untuk Gamer Ke?

Kalau Abe tengok secara keseluruhan..

GT50 Pro memang antara phone gaming paling menarik untuk 2026 setakat ni.

Dia bukan sekadar letak RGB lepas tu claim gaming phone.

Dia cuba solve masalah sebenar gamer:

  • Panas
  • FPS drop
  • Lag bila gaming lama
  • Battery cepat habis

Memang nampak Infinix target gamer mobile yang serius kali ni.

Especially untuk gamer MLBB dan COD Mobile.

Kalau korang nak beli phone ni korang boleh datang 12 cawangan Factory Mobile atau beli terus di website fmmall.my.

Kalau tak pasti dengan keputusan korang, Smartphone Advisor kami akan suggest phone yang terbaik untuk korang.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top