ROG Phone 8 siri smartphone gaming terbaik

Seperti yang diketahui ASUS telah melancarkan Siri ROG Phone 8 yang terbaru dan ROG Phone 8 telah pun masuk ke pasaran Malaysia beberapa minggu yang lalu. Jadi kalini, saya akan kongsikan serba sedikit berkaitan Siri terbaru ROG yang terdiri daripada ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro untuk rujukan anda semua.

Lazimnya, Asus telah membawa kelainan kepada siri ROG Phone 8 dengan mempertingkatkan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih padu berbanding siri ROG yang pernah dikeluarkan sebelum ni dengan mengekalkan fungsi Gaming sebagai watak utamanya.

Mari kita lihat untuk setiap ciri dan spesifikasi yang diketengahkan ke Siri ROG Phone 8 dan Siri ROG Phone 8 Pro.

Siri ROG Phone 8

Menurut ASUS ROG, smartphone terbaharu ini adalah 15% lebih nipis daripada generasi ROG sebelumnya. Seperti yang dijangkakan, siri ROG Phone 8 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 CPU Qualcomm SM8650-AB yang disokong oleh storan 12GB RAM, 256GB ROM.

Siri ROG Phone 8 direka bentuk semula untuk kelihatan lebih premium, nipis, ringan dan bezel yang lebih nipis berbanding dengan semua siri ROG pendahulunya.

Berikut adalah infografik yang memaparkan spesifikasi lengkap berkaitan Siri ROG Phone 8 :

Sejurus selepas pelancaran Siri ROG Phone 8, Factory Mobile terus mendapatkan demo set ROG Phone 8 bagi merealisasikan permintaan anda semua untuk run test smartphone yang dikatakan revolusi gaming terbaik antara siri smartphone gaming yang pernah berada di pasaran Malaysia.

Hasilnya, Factory Mobile berjaya memuatnaik video unboxing ROG Phone 8 beberapa minggu yang lepas untuk tatapan peminat ROG Phone yang menantikan kemunculan revolusi 2024 design Siri ROG Phone 8 yang kelihatan lebih premium dan nipis standing dengan spesifikasi yang telah diupgradekan oleh ASUS.

Jadi, jom kita explore apa yang premiumnya tentang siri ROG Phone 8 Pro yang dibawa oleh ASUS kalini.

Design & Display

Reka bentuk ROG Phone 8 Pro kali ni betul-betul memukau para peminat siri ROG kerana design yang ergonomik memberi keselesaan ketika memegang smartphone dalam kedudukan landskap dan sangat sesuai untuk mereka yang suka gaming.

Bukan itu Sahaja, kombinasi aluminium premium dan kaca Corning Gorilla Glass memberi impak kepada ROG Phone 8 Pro menjadi lebih tahan lasak dan rasa premium. Selain daripada itu ROG Phone 8 Pro ini juga hadir dengan sistem penyejukan inovatif, dengan pengaliran udara yang lebih efisien untuk mengurangkan tahap panas semasa bermain “game” yang intensif seperti PUBG dan Mobile Legends yang kebiasaannya memerlukan masa hampir 30 minit bagi satu sesi.  

Tambahan lagi, untuk mereka yang inginkan paparan yang clear dan besar, ROG Phone 8 Pro ini didatangkan dengan paparan skrin AMOLED 6.8inci dengan resolusi Quad HD+ (1440 X 3200 pixel) untuk ketajaman visual yang luar biasa.

Ciri Tambahan Utama

Untuk Siri ROG Phone 8 Pro kali ni ASUS datangkan ciri tambahan yang disesuaikan untuk meningkatkan pengalaman gaming dengan penyokong RGB yang boleh disesuaikan di sekitar belakang SIRI ROG Phone 8 bagi menambahkan lagi suasana gaming.

Prestasi

ROG Phone 8 Pro dikhabarkan mempunyai prestasi yang luar biasa untuk memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan pengalaman gaming terbaik.

Apa yang boleh dikatakan disini, ROG Phone 8 Pro ini menggunakan chipset yang latest dan tercanggih khas untuk gaming yang dioptimumkan untuk prestasi yang tertinggi iaitu Snapdragon 8 Gen 3 CPU Qualcomm SM8650-AB yang disokong oleh storan 12GB RAM, 256GB ROM.

Bateri dan charging

Sama seperti siri rog phone yang sebelum ni, Asus Rog Phone 8 Pro menggunakan dua palam pengecasan USB yang menyokong pengecasan pantas PD 3.0 dan QC 5.0 65W dengan kuasa bateri 5500mAh yang memberikan daya tahan lebih lama semasa gaming atau bila guna aplikasi yang memerlukan banyak bateri.

Kamera

Untuk ASUS ROG Phone 8, ia memperlihatkan penaiktarafan dari segi sensor yang digunakan. Selain daripada smartphone gaming terbaik ia juga tampil dengan sensor Sony IMX 890 pada kamera utama 50MP yang menjadikan Rog Phone 8 ini sekaligus smartphone terbaik bagi yang suka ambil gambar.

Kesimpulan

Apa yang boleh saya katakan disini adalah revolusi Siri ROG Phone 8 ini sedikit sebanyak seakan hilang daripada Siri Rog Phone yang pernah dikeluarkan oleh ASUS sebelum ini.

Namun, tidak dinafikan bahawa ROG Phone 8 masih kekal dengan DNA gaming dari segi prestasi dalaman yang digabungkan dengan paparan AMOLED yang menawan reka bentuk yang agak unik untuk keluaran kali ini.

Leave a Comment