10 Tips Bateri iPhone Tahan Lama

Bilakah kali terakhir anda check battery health iPhone anda? Inginkan bateri iPhone anda tahan lebih lama? Jom terokai tips elak bateri iPhone cepat drain.

Selamat datang pembaca blog Factory Mobile! Adakah anda risau jika bateri iPhone cepat drain? Nasib baik dalam penulisan hari ini, kami akan menerangkan bagaimana anda boleh kenalpasti battery health anda dan tips bagaimana anda boleh jaga dan elak bateri iPhone cepat drain. 

Apa itu battery health?

Apakah yang dimaksudkan dengan battery health atau kesihatan bateri ini? Tahukah anda tentang feature battery health yang ada pada iPhone anda? Battery health atau kesihatan bateri, dalam erti kata mudah merupakan jangka hayat bateri. Ia merujuk kepada status keadaan semasa bateri anda. 

Bateri Health iPhone anda boleh berkurangan setiap kali smartphone anda digunakan.

Jika anda mengalami permasalahan dengan bateri iPhone atau bateri iPhone rosak dan perlu ditukar, Factory Mobile menyediakan servis untuk penyelenggaraan bateri iPhone dari pelbagai model fon, seperti model iPhone 7 hingga model iPhone 15 Pro yang terkini bermula RM120 hingga RM600. 

Harga bateri iPhone ini adalah termasuk dengan servis penggantian bateri tersebut akan tetapi ianya tidak termasuk dengan servis transfer reben bateri iPhone tersebut. Sebaliknya, harga servis penggantian bateri bagi smartphone android midrange pula adalah dalam lingkungan RM120 hingga RM200.

Check Battery Health iPhone Anda

Kesihatan bateri boleh merosot dengan penggunaan dan cas yang kerap. Mengetahui keadaan kesihatan bateri adalah penting, lebih-lebih lagi dalam menentukan sama ada perlunya untuk penyelenggaraan fon atau menukar perisian dalaman bateri fon. Bagi user Apple, cara untuk anda check atau kenalpasti battery health iPhone adalah pada setting iPhone anda:

Settings > Battery > Battery Health > Lihat paparan Maximum Capacity 

Kebiasaannya, peratus Maximum Capacity antara 80% hingga 100% menandakan keadaan bateri yang masih berfungsi dengan sihat.

Namun, sebaliknya jika peratus yang dipaparkan adalah 79% dan ke bawah, ianya bermaksud keadaan serta kesihatan bateri iPhone anda sudah terjejas dan sudah tiba waktunya untuk anda menyelenggara atau menggantikan bateri iPhone tersebut.

Baca: 10 Tanda Bateri iPhone Rosak dan Perlu Ditukar Baru 

Jika anda menggunakan device Android, technician di Factory Mobile kami turut menyarankan yang anda boleh check Battery Health peranti Android dengan memuat naik atau download aplikasi AccuBattery atau aplikasi Battery Life.

10 Tips Elak Bateri iPhone Cepat Drain

Sebelum nyawa bateri anda semakin nazak, inilah 10 tips atau Do’s and Don’ts untuk elak bateri iPhone cepat drain dan kekal bertahan lebih lama.

  1. Jangan Overcharge

Seeloknya apabila anda mengecas handphone,kami tidak menyarankan anda membiarkan charger terpasang lama walaupun bateri sudah penuh 100%. Situasi ini dipanggil overcharging fon dan ianya boleh mengakibatkan fon anda menerima arus elektrik berlebihan.

Jika dibiarkan begitu lama dan berlarutan, bateri anda akan mudah rosak dalam jangka masa yang singkat.Seandainya ingin menyambungkan telefon pada charger, seeloknya sebelum sambung ke cas, biarkan iPhone anda drain atau gunakan iPhone anda terlebih dahulu sehingga peratus bateri fon mencecah 40% – 20%.

Ini bagi memastikan anda menggunakan fon seoptimum yang boleh sebelum memasukkan kepada charger bagi pengaliran cas arus elektrik sehingga penuh.

  1. Elakkan guna fon sambil mengecas

Selain itu, tips seterusnya bagaimana cara elak bateri iPhone cepat drain adalah dengan mengelakkan bermain atau menggunakan handphone ketika charging. Kami tidak menyarankan anda bermain fon sambil cas ini jika anda ingin mengekalkan prestasi iPhone untuk bertahan lebih lama.

Penggunaan fon ketika cas ini akan mengakibatkan arus elektrik terus mengalir tanpa henti untuk anda menggunakan fon, dan boleh menyebabkan kerosakan pada bateri serta motherboard telefon.

  1. Elakkan guna wireless charger

Tahukah anda bahawa ciri wireless charging yang ada pada iPhone mempunyai kekurangan? Penggunaan wireless charging ini boleh menyebabkan iPhone anda overheating setiap kali penggunaannya. Dalam jangka masa panjang, kesan overheating yang kerap ini boleh menyebabkan permasalahan pada motherboard telefon.

Oleh itu, elakkan lah menggunakan wireless charging untuk fon anda jika ingin kekalkan prestasi yang baik jangka masa yang panjang.

  1. Elak charging port dalam kereta 

Pernahkah anda mengecas iPhone anda dalam kereta sambil drive? Pasti anda terkejut kenapa mengecas dalam kenderaan tidak boleh?

Apabila anda mengecas di dalam kenderaan, sambungan arus elektrik di charging port kereta adalah tidak stabil. Ketika anda drive, arus elektrik yang mengalir lebih tinggi manakala apabila kereta dalam keadaan pegun, arus elektrik mengalir adalah rendah. kerana statik atau current elektrik sambil drive tidak stabil.

  1. Close background apps

Seterusnya, tips untuk elak bateri iPhone cepat drain adalah dengan memadamkan background apps yang berlebihan dan tidak digunakan. Dengan ini, fon anda boleh ‘berehat’ daripada menggunakan tenaga berlebihan untuk berfungsi dengan lebih efisien. 

Untuk close background apps, anda hanya perlu long press butang Home untuk paparkan aplikasi yang telah dibuka. Kemudian, anda hanya perlu Swipe ke sisi untuk memadamkan aplikasi yang ingin ditutup dan tidak lagi digunakan. 

  1. Manfaatkan mode Battery Savings

Jika ingin bateri iPhone anda tahan lebih lama, manfaatkan fungsi Battery Savings mode yang ada pada smartphone anda. Ciri ini membolehkan anda untuk mengehadkan penggunaan background apps yang tidak digunakan. Bagi anda yang ingin check aplikasi mana yang drain bateri smartphone anda, pergi kepada Settings fon (Settings > Battery). 

Di situ, terdapat senarai aplikasi yang kerap memakan bateri dalam tempoh 24 jam hingga 10 hari penggunaannya. Jadi anda boleh pilih untuk mengurangkan penggunaan mana-mana aplikasi yang memakan tenaga fon anda.

  1. Adjust kecerahan display iPhone

Di samping itu, anda boleh mengelakkan bateri iPhone anda cepat drain dengan melaraskan atau adjust brightness display iPhone anda. Untuk adjust kecerahan iPhone, anda boleh melaraskan secara manual atau tetapkan auto adjust display brightness mengikut keselesaan anda. 

Bagi melaraskan kecerahan display iPhone anda secara manual, anda hanya perlu membuka Command Center iPhone dan drag slider kecerahan iPhone tersebut. Sebaliknya, jika ingin iPhone anda untuk adjust secara auto, maka anda hanya perlu klik pada auto adjust brightness pada Command Center itu sahaja atau aktifkan Auto Brightness melalui Settings > Accessibility > Display & Text Size.

  1. Disable feature raise to wake pada iPhone

Jarang sekali pengguna fon memanfaatkan ciri Raise to Wake pada fon mereka. Kebiasaannya ciri Raise to Wake ini akan memakan penggunaan bateri dan drain tenaga bateri anda disebabkan fungsinya untuk hidupkan fon apabila telefon setiap kali ia detect pergerakan mengangkat fon, walaupun anda tidak berniat ingin menghidupkan fon anda sekalipun.

Untuk disable ciri ini, pergi ke (Settings > Display & Brightness) dan scroll ke bawah sehingga anda menjumpai feature Raise to Wake. Tekan pada butang bersebelahan fungsi Raise to Wake tersebut untuk disable function ini. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat mengelakkan fon anda on tanpa sengaja, malah anda dapat menjimatkan penggunaan tenaga fon dan memelihara bateri anda kekal lebih lama. 

  1. Check Battery Health iPhone anda

Pentingnya untuk anda memeriksa battery health anda supaya anda tidak terus menggunakan telefon anda sehinggakan keadaan bateri fon anda menunjukkan kerosakan kritikal seperti bateri menggelembung. Seperti yang telah dijelaskan, pengguna iPhone boleh check kesihatan bateri masing-masing di battery health setting iPhone anda. 

Settings > Battery > Battery Health > Lihat paparan Maximum Capacity

Battery Health yang masih lagi 80% dan ke atas menentukan kesihatan bateri handphone anda yang masih berfungsi dengan optimum dan efisien.

  1.  Low power mode atau Do Not Disturb mode

Kedua-dua mode ini boleh membantu menjimatkan tenaga bateri lebih-lebih lagi ketika fon tidak digunakan pada waktu malam, tetapi kesannya berbeza dan bergantung kepada setting dan penggunaan device iPhone anda. 

Low Power Mode

-Mengurangkan background process
-Prestasi processor dan graphic chip jadi rendah
-Kecerahan jadi rendah
-Fon auto-lock selepas 30 saat
-Tiada connection 5G (kecuali untuk menonton video)

Do Not Disturb

-Fon tidak akan terus bernyala dengan lama (auto-sleep selepas 30 saat)
-Fon tidak akan berdering, vibrate, atau hidup apabila notifikasi masuk

Untuk mengaktifkan low power mode, pergi ke Settings > Battery, ataupun melalui Control Center iPhone anda. Fungsi low power mode khususnya membantu pengguna iPhone untuk mengurangkan penggunaan tenaga kuasa fon ketikamana bateri smartphone anda hampir habis.

Jika bateri fon anda masih lagi banyak, anda boleh juga mengaktifkan fungsi Do Not Disturb mode untuk menjimatkan penggunaan bateri telefon. 

Bagi mengaktifkan Do Not Disturb mode ini, anda hanya perlu swipe down dari sudut kanan atas skrin anda dan membuka Control Center. Kemudian, pada fungsi Focus, tekan lama sehingga option Do Not Disturb pop-up untuk anda tekan dan mengaktifkannya. Apabila anda aktifkan fungsi Do Not Disturb ini, icon bulan sabit akan muncul di status bar dan pada lockscreen anda.

Kesimpulan

Kini kami sudah berkongsi antara 10 tips bagaimana anda boleh elak bateri iPhone cepat drain dan kekal tahan lama. Sudah jelas bagaimana anda boleh menjaga bateri iPhone anda untuk kekal bertahan lebih lama?

Jika mengalami sebarang masalah dengan iPhone anda walaupun setelah melakukan kesemua tips yang kami sarankan dalam penulisan ini, maka anda boleh lah berhubung atau mengunjungi mana-mana cawangan Factory Mobile kami berdekatan anda untuk mendapatkan servis pemeriksaan dan penyelenggaraan device anda hari ini! 

Jangan biarkan prestasi iPhone terus merosot dan menjejaskan pengalaman menggunakan device iPhone anda dalam kehidupan seharian. 

Factory Mobile: Your Gadget Solutions.

3 thoughts on “10 Tips Bateri iPhone Tahan Lama”

  1. Hye, saya nk bertanya if like saya baru bertukar battery health iPhones tetapi bile saya biarkan saya peratusan battery saya Dari 75 and biar dlm berapa jam dia Akan tolak Dari battery 74kepada 73-72-71 adalah itu normal

    Reply

Leave a Comment