10 Phone 5G Terbaik 2023

Teringin mencari telefon dengan sokongan rangkaian 5G terkini? Inilah antara 10 phone 5G terbaik 2023 di Factory Mobile Malaysia.

Semenjak rangkaian 5G telah diperkenalkan, ia kini semakin pesat berkembang di Malaysia menyumbangkan kepada kelajuan internet serta coverage signal meluas bagi pelbagai rangkaian telco.

Mesti anda teringin nak mencuba selaju manakah rangkaian 5G ini? Assalamualaikum para penggemar tech semua! Kali ini, kami akan perkenalkan antara 10 smartphone 5G terbaik 2023 yang ada dikumpulkan di Factory Mobile.

10 Telefon 5G Terbaik

Dalam penulisan kali ini, kami nak berkongsikan 10 jenis smartphone 5G terbaik 2023 yang menjadi kegilaan pengunjung Factory Mobile. 

  1. Redmi Note 12 Pro+ 5G
  2. Redmi Note 12 5G
  3. Redmi Note 12 Pro 5G
  4. Vivo Y36 5G
  5. Vivo Y78 5G
  6. Honor 90 5G
  7. Realme 11 Pro+ 5G
  8. Honor 90 Lite 5G
  9. Samsung S23 Ultra 5G
  10. Google Pixel 8 Pro 5G

Antara handphone yang disenaraikan ni, ada yang power boleh main game atau juga host live tanpa henti berjam-jam. Paling menarik sekali, 5G phone yang tersenarai ini turut ada dijual pada harga bawah RM1,500 dan bawah RM1,000!

  1. Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 16MP, Belakang 200MP main, 8MP ultrawide, 2MP macro
  • Skrin LCD: OLED 6.67 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 1080
  • Bateri: 5,000mAh, 120W

Dengan keistimewaan rangkaian sehingga 5G bersama ciri speaker Dolby Atmos pada 5G smartphone terbaik ini, anda kini dapat merasai keseronokan streaming podcast, youtube, twitch dan pelbagai lagi live secara laju, bebas gangguan internet.

Lebih-lebih lagi bagi student yang ada kelas online, kualiti audio yang sangat jelas pada phone 5G terbaik Redmi Note 12 Pro+ ini sesuai untuk anda bagi sesi tontonan, layanan lagu atau kelas-kelas online yang clear

Selain itu, ciri 120W HyperCharge ini pula memberikan keselesaan fast charging dari 0% ke 100% dalam 30 minit sahaja. Anda tidak perlu menunggu telefon cas secara lama untuk teruskan tontonan. 

Bukan itu sahaja, display 6.67 inci dan kamera belakang utama 200MP menyerlahkan kecantikan paparan gambar yang ditangkap. 

Walau bagaimana pun, jangka hayat bateri Redmi Note 12 Pro+ ini tidaklah begitu lama kerana fon ini mampu hidup hanyalah selama 88 jam dibandingkan dengan model-model Redmi yang lain yang boleh on screen time lebih lama lagi.

Pros

✅Audio yang jelas & clear
✅Sistem kamera utama mengagumkan
✅Fast charging
✅Display yang cerah & cantik

Cons

❌Tidak kalis air 
❌Saiz yang lebih berat berbanding handphone dalam kategori sama

  1. Redmi Note 12 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 13MP, Belakang 48MP main, 8MP ultrawide, 2MP macro
  • Skrin LCD: AMOLED 6.67 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 700
  • Bateri: 5,000 mAh, 33W

Walaupun tidak sehebat Redmi Note 12 Pro+ tadi, tetapi Redmi Note 12 ini pula merupakan  alternatif 5G handphone terbaik bagi mereka yang nak dapatkan phone 5G Redmi dalam bajet yang setanding dengan Redmi Note 12 Pro+. 

Storage ROM dan RAM 8GB + 256GB menyediakan ruang simpanan yang memadai untuk memuat turun aplikasi-aplikasi penting untuk belajar atau melaksanakan kerja-kerja basic harian dalam fon.

Redmi Note 12 ini merupakan antara phone 5g bawah RM1,500 serta tersenarai antara smartphone terbaik 2023 pilihan pengguna di Factory Mobile. Telefon ini bersesuaian bagi mereka yang mahukan handphone canggih berpatutan dan berbajet.

Sistem kamera belakang dan kamera selfie pada Redmi Note 12 ini tidaklah sehebat Redmi Note 12 Pro+ tadi. Sekadar memuaskan untuk shoot gambar yang biasa-biasa namun mencukupi sebagai handphone 5G murah malaysia bagi mereka yang hanya mementingkan kegunaan basic telefon dalam seharian.

Pros

✅Display besar & tahan calar
✅Cukup bagi kegunaan basic seharian
✅Harga berpatutan
✅Saiz lebih ringan

Cons

❌Kamera memuaskan
❌Tidak fast charging

  1. Redmi Note 12 Pro 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 16MP, Belakang 50MP main, 8MP ultrawide, 2MP macro
  • Skrin LCD: OLED 6.67 inci
  • Prosesor: Qualcomm Snapdragon 695
  • Bateri: 5,000 mAh, 67W

Sebaliknya bagi Redmi Note 12 Pro ini pula dengan chipset Snapdragon 695 memberi kelainan bagi pengguna MediaTek Redmi Note 12 dan Redmi Note 12 Pro+. Redmi Note 12 Pro 5G phone terbaik mid-range yang memfokuskan pada prestasi lancar untuk user.

5G smartphone terbaik ini dilengkapi dengan storage 256GB ROM dan 8GB RAM, sesuai bagi pelajar-pelajar settlekan tugasan harian. Akan tetapi, Redmi Note 12 Pro ini tiada slot MicroSD card dan hanya mempunyai dual nano-SIM slot.

Bateri 67W Redmi Note 12 Pro ini mengecas dengan lebih lambat dibandingkan dengan Redmi Note 12 Pro+, tetapi masih lagi laju bagi mendapatkan fon berprestasi terus pada 100% dari 0% dalam masa 45 minit.

Walaupun ianya tidak setanding Redmi Note 12 Pro+, sistem kamera fon ini lebih canggih berbanding Redmi Note 12, malah fon ini juga tersenarai antara 5 Smartphone Kamera Cantik dan Murah Bawah RM1500 (2023) di Factory Mobile.

Ini kerana, kamera selfie 50MP pada Redmi Note 12 Pro ini menempatkan fon ini pada senarai 5G fon terbaik untuk menangkap gambar-gambar selfie yang cantik bagi posting media social anda.

Pros

✅Display lebar & jelas
✅Slot dual-SIM nano
✅Kamera selfie cantik
✅Prestasi chipset tinggi

Cons

❌Tiada slot MicroSD

  1. Vivo Y36 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 16MP, Belakang 50MP main, 2MP depth
  • Skrin LCD: IPS LCD 6.64 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 6020
  • Bateri: 5,000 mAh, 44W

Seterusnya, satu-satunya telefon 5g bawah RM1,000 dan juga antara handphone 5G murah Malaysia bawah RM1,500 dengan harga mampu milik dalam senarai ini adalah Vivo Y36 5G. 

Vivo Y36 ini dilengkapi feature-feature yang memuaskan untuk pengguna smartphone lebih-lebih lagi bagi pekerja atau student yang ingin mendapatkan telefon kegunaan basic seharian dalam budget yang ketat. 

Antara ciri fon ini adalah kamera selfie 16MP memberikan flexibility untuk capture gambar-gambar selfie dan pemandangan yang memuaskan user. Ianya tidak setanding dengan kamera-kamera selfie pixel lebih tinggi pada fon lain, namun masih mengekalkan kestabilan pixel yang jelas untuk menampakkan selfie cantik bagi timeline media sosial anda.

Display LCD 6.64 inci memberikan saiz paparan yang lebih kecil namun lebih berat berbanding Vivo yang lain disebabkan ketebalannya 8.1mm. Paling menarik sekali, bukan sahaja 5G handphone terbaik Vivo Y36 ini berpatutan, ianya juga support sistem NFC yang diperkenalkan dari Touch ‘n Go.

Pros

✅Chipset Prosesor tinggi
✅Harga lebih jimat & berpatutan
✅Sistem kamera memuaskan
✅Sokong NFC
✅Saiz compact mudah dibawa kemana-mana

Cons

❌Saiz yang lebih berat
❌Display lebih kecil
❌Charging lambat

  1. Vivo Y78 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 16MP, Belakang 64MP main, 2MP macro, 2MP depth
  • Skrin LCD: AMOLED 6.78 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 700
  • Bateri: 5,000 mAh, 44W

Selain Vivo Y36, handphone 5G terbaik seterusnya Vivo Y78 5G ini memberikan paparan display yang lebih jelas dan besar. Walaupun design Vivo Y78 display lebih besar dan lebar, tetapi telefon ini adalah lebih ringan berbanding Vivo Y36 yang lebih tebal dan berat. 

Malah, sistem kamera kualiti 64MP turut disertakan dengan kestabilan anti-shake, menawarkan fokus lebih pada gambar yang ditangkap menggunakan kamera belakang. Kini, anda tidak perlu risau kerana sudah pasti gambar-gambar yang ditangkap akan jadi jelas dan sharp!

Manakala kamera depan 16MP hanya mampu memberi resolusi selfie yang memuaskan sahaja namun masih lagi menghasilkan selfie lebih cantik daripada fon-fon kamera selfie yang mempunyai resolusi MegaPixel yang jauh lebih rendah.

Setanding dengan Redmi Note 12, Vivo Y78 5G phone terbaik bagi mereka yang memerlukan fon basic yang berpatutan untuk install aplikasi bagi menjalankan tugasan harian atau menangkap gambar biasa.

Akan tetapi, jika dibandingkan dengan model-model fon fast charging seperti Redmi Note 12 Pro+ atau Realme 11 Pro+, fon ini charge dengan lebih lambat.

Pros

✅Display lebih jelas dan luas
✅Saiz fon lebih ringan
✅Kualiti kamera jelas dan stabil
✅Kamera selfie yang memuaskan

Cons

❌Charging lambat

  1. Honor 90 5G
  • Storage: 256GB + RAM 12GB
  • Kamera: Hadapan 50MP, Belakang 200MP main, 12MP ultrawide, 2MP depth
  • Skrin LCD: AMOLED 6.7 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 7050
  • Bateri: 5,000 mAh, 66W

Fokus utama kamera depan 50MP dan kamera belakang 200MP memberikan tangkapan gambar yang jelas dan mengagumkan, bersesuaian bagi mereka yang mencari fon untuk menggayakan OOTD (outfit of the day) mereka lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan sambutan majlis-majlis besaran. 

Bagi adik kakak abang kaki selfie, storage yang besar ni pasti memberi kepuasan untuk menyimpan seberapa banyak selfie atau content video tanpa perlu risau untuk backup file dengan kerap. Kini anda boleh peragakan pelbagai pose yang menarik dan ayu pasti followers anda akan tertarik untuk dipost di account Insta, TikTok, Snapchat dan bermacam lagi tanpa risau kehabisan storage space.

Di samping itu, kapasiti bateri 5,000mAh fon ini mempunyai kemampuan fast charging setanding dengan Redmi Note 12 Pro yang boleh caj dari 0% naik ke 100% dalam 45 minit. Malah, prosesor MediaTek Dimensity pada fon ini juga tidak kurang menyalurkan prestasi yang baik untuk scroll fon.

Fon ini juga merupakan antara smartphone terbaik 2023 pilihan pengguna di Factory Mobile, jadi jika anda masih lagi ragu-ragu ingin mendapatkan fon terbaik, kami suggest anda mendapatkan fon Honor 90 5G ini kerana ianya pasti berbaloi bagi mendapatkan kamera berkualiti cantik dalam satu device.

Pros

✅Prestasi fon laju dengan prosesor tinggi
✅Kamera kualiti mengagumkan
✅Fast charging

Cons

❌Saiz fon lebih berat berbanding Honor 90 Lite

  1. Realme 11 Pro+ 5G
  • Storage: 512GB + RAM 12GB
  • Kamera: Hadapan 32MP, Belakang 200MP main, 8MP ultrawide, 2MP macro
  • Skrin LCD: AMOLED 6.7 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 7050
  • Bateri: 5,000 mAh, 100W

Bagi pengguna gamers yang ingin dapatkan device gaming storage besar tetapi dalam bajet ketat pula, kami ada fon Realme 11 Pro+ ini. Berbaloi bagi mereka yang tercari-cari gajet pada harga berpatutan sambil dapat menikmati RAM 12GB dan ROM 512GB yang besar untuk download pelbagai aplikasi gaming tanpa batas storage!

Kapasiti prosesor besar MediaTek Dimensity 7050 pada Realme 11 Pro+ ini memberi  keupayaan untuk run gaming app dengan lancar tanpa perlu risau fon lagging atau hang. Nak main Ganshin Impact pun dah tak perlu risau update-update terkini memakan storage besar sekalipun.

Ciri bateri 100W phone 5G terbaik ini menjadi keunikan dan kegilaan bagi pengguna kerana device ini dapat mengecas dengan laju dan user boleh mengecas hanya 30 minit untuk dapatkan bateri penuh 100%. Kualiti kamera selfie pada fon ini juga cantik dalam kategori fon 5G senarai ini.

Malah, display yang besar 6.7-inci fon ini menjadikan ia pujaan para pemain-pemain gamers yang minat ruang touchscreen yang lebih luas untuk memudahkan permainan online games. Namun disebabkan upgrade saiz besar ini, fon Realme 11 Pro+ ini lebih berat dan jika anda bermain sambil berbaring, risau fon ini terhempap atas muka jika terlucut dari genggaman.

Pros

✅Display lebar dan jelas
✅Battery life yang bagus
✅Kamera selfie cantik
✅Fast charging
✅Harga berbaloi

Cons

❌Saiz fon lebih lebar & berat

  1. Honor 90 Lite 5G
  • Storage: 256GB + RAM 8GB
  • Kamera: Hadapan 16MP, Belakang 108MP main, 5MP ultrawide, 2MP macro
  • Skrin LCD: IPS LCD 6.7 inci
  • Prosesor: MediaTek Dimensity 6020
  • Bateri: 4,500 mAh, 33W

Walaupun tidak setanding dengan Honor 90 tadi, Honor 90 Lite 5G phone terbaik ini memberikan pengalaman yang memuaskan menggunakan kelebihan kamera telefon Honor yang sharp dan nice untuk bergambar sambil menjaga bajet telefon 5G bawah RM1,500. 

Honor 90 Lite ini merupakan alternatif yang jauh lebih murah berbanding Honor 90. Fon ini merupakan antara handphone 5G murah Malaysia bawah RM1,500. Sesuai bagi anda jika inginkan fon dengan kamera cantik dalam bajet.

Kekurangan Honor 90 Lite ini adalah bateri fon yang lebih kecil pada fon ini lambat charging dan hanya boleh menyalurkan 55% dari 0% dalam masa 30 minit. Bukan itu sahaja, chipset prosesor MediaTek Dimensity 6020 hanya boleh menampung kerja-kerja harian dan untuk main game-game ringan sahaja.

Secara ringkasnya, Honor 90 Lite 5G ini boleh dikatakan adalah telefon 5G rahmah yang mampu memberikan pengalaman kamera cantik pada harga jimat dan berpatutan.

Pros

✅Kualiti kamera memuaskan
✅Harga berpatutan
✅Saiz lebih ringan & compact

Cons

❌ Display kurang cerah
❌ Lambat charging

  1. Samsung Galaxy S23 Ultra 5G
  • Storage: 512GB + RAM 12GB
  • Kamera: Hadapan 12MP, Belakang 200MP main, 12MP ultrawide, 10MP macro
  • Skrin LCD: AMOLED 6.8 inci
  • Prosesor: Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
  • Bateri: 5,000 mAh

Telefon Samsung S23 Ultra 5G ini merupakan antara smartphone 5G terbaik dalam senarai ini dengan kamera utama yang mengagumkan. Kini, anda mampu menangkap gambar pada spektrum warna yang lebih meluas. Jadi, bagi yang gemar mengambil gambar sunset dan sunrise pagi-pagi, kamera fon ini sesuai untuk anda menangkap photo pemandangan yang classy.

Prestasi telefon serta bateri Samsung S23 Ultra ini tidak merosot dengan cepat dalam tempoh penggunaan. Malah dengan ciri S-Pen yang disediakan bersama telefon 5G ini, anda boleh merasa pengalaman mencatat dengan lebih tepat dibandingkan dengan menggunakan hanya jari-jemari anda. 

Display sebesar 6.8 inci yang turut disertakan mempunyai paparan yang besar tetapi warnanya lebih saturated boleh menyebabkan strain pada mata. Namun, warna display ini boleh sahaja di adjust di setting mengikut keselesaan masing-masing.

Kekurangan utama smartphone 5G ini adalah saiznya yang lebih tebal dan berat untuk menyertakan S Pen tersebut. Ciri menarik pada Samsung S23 Ultra ini adalah Bixby Assistant yang hampir sama dengan sistem Cortana. 

Pros

✅Saiz display besar 6.8 inci
✅S Pen disediakan & boleh digunakan sebagai remote
✅Tahan calar
✅Sistem kamera berkualiti
✅Saiz storage yang lebih besar

Cons

❌Fon lebih berat & tebal
❌Gambar kamera selfie kurang sharp

  1. Google Pixel 8 Pro 5G
  • Storage: 256GB + RAM 12GB
  • Kamera: Hadapan 10.5MP, Belakang 50MP main, 48MP ultrawide, 48MP telephoto
  • Skrin LCD: OLED 6.67 inci
  • Prosesor: Google Tensor G3
  • Bateri: 5,050 mAh, 23W

Alternatif lain bagi pemain-pemain gaming yang tidak risau tentang bajet dan hanya memfokuskan pengalaman prestasi gaming yang mantap dan terbaik, kami sarankan anda dapatkan 5G phone terbaik Google Pixel 8 Pro 5G.

Prosesor yang kuat mampu memberikan pengalaman gaming atau host live yang lama dan mengasyikkan tanpa gangguan. Lebih-lebih lagi dengan kelebihan rangkaian 5G yang boleh dicapai, confirm tak berhenti gaming dan live streaming dari pagi sampai maghrib.

Tambahan juga, sistem kamera pada phone 5G ini turut menawarkan kualiti yang power bagi anda jika ingin memulakan career fotografi atau para influencers, menangkap gambar-gambar dengan kualiti resolusi yang tinggi.

Antara kekurangan pada fon ini adalah kemampuan charging 23W – 30W yang tidak berapa laju, jadi anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit jika mengecas dari 0% ke 50%. Malah, kualiti kamera selfie pada fon ini tidak setanding dengan sistem triple kamera belakangnya.

Bukan itu sahaja, Google Pixel 8 Pro ini tiada slot earphone jack jika anda ingin memasang earphone. Kami cadangkan anda untuk menggunakan sama ada function bluetooth bagi sambungan kepada earphone.

Pros

✅Tahan lasak
✅Kualiti kamera superior
✅Display yang terang
✅Ada wireless charging

Cons

❌Saiz fon yang berat & tebal
❌Lambat charging
❌Harga mahal

Kesimpulan

Masih lagi tercari-cari 5G smartphone terbaik untuk dibeli? Cepat rebut stock 5G phone terbaik yang kami ada sebelum terlambat. 

Bagi pengguna yang memerlukan device yang sesuai untuk video editing atau gamers yang inginkan fon yang memuaskan untuk sesi gaming syok tanpa memikirkan budget yang khusus, kami suggest anda dapatkan Samsung S23 Ultra 5G. Namun, jika anda terikat pada bajet ketat, kami cadangkan alternatif 5G phone terbaik untuk gaming iaitu Realme 11 Pro+.

Manakala bagi para influencers yang inginkan device yang sesuai untuk live streaming dan menangkap selfie-selfie cantik bagi post media social, kami cadangkan antara handphone Google Pixel 8 Pro atau Honor 90. 

Namun jika anda inginkan fon untuk gambar-gambar cantik, fon Honor 90 Lite 5G merupakan antara 5G phone terbaik dalam bajet bawah RM1,500 untuk mendapatkan tangkapan gambar terang dan sharp. 

Jika anda student yang mencari device untuk melakukan assignment-assignment online atau sedang bekerja dan hanya memerlukan gajet yang basic untuk tugas-tugasan harian, kami cadangkan untuk anda membeli telefon Vivo Y36. Kapasiti dan display besar dipadankan dengan speaker audio yang jelas sesuai untuk bagi mereka yang memerlukan telefon 5G bawah RM1,000 entry-level bagi keperluan basic sahaja.

Leave a Comment