Kalau tengok Google Pixel 11, jangan tengok spec atas kertas sahaja.
Kali ini Google bukan sekadar nak bagi processor lebih laju atau kamera lebih power. Fokus mereka nampak jelas pada satu benda, AI yang betul-betul digunakan dalam pengalaman harian.
Daripada apa yang team Factory Mobile tengok masa pelancaran, ada beberapa fungsi yang memang buat Abe rasa Pixel tahun ni makin menarik.

Factory Mobile Ke Pelancaran Google Pixel 11
Pada 13 Ogos 2026, team media Factory Mobile berpeluang menghadiri acara pelancaran siri Google Pixel 11 di pejabat Google Malaysia.
Abe nak minta maaf pada team Google, sebab abe tak dapat hadir. Tapi abe hantar team media abe untuk melihat lebih dekat apa yang Google bawa kali ini.

Untuk Malaysia, ada empat model utama Google bawa iaitu Pixel Watch 5, Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold.
Siri ini menggunakan Google Tensor G6, dengan Gemini semakin rapat dengan pengalaman menggunakan telefon.
Ini enam ciri yang paling menarik perhatian Abe.

1. Rambler: Cakap Dulu, Pixel Tolong Susunkan
Kalau korang jenis banyak idea tapi malas nak taip panjang, Rambler memang menarik.
Korang boleh bercakap secara natural dan Pixel akan membantu menukarkan percakapan tadi kepada teks yang lebih tersusun.
Nak buat nota, email atau susun idea content boleh jadi lebih cepat.
Apa yang membantu:
- Kurangkan kerja menaip
- Praktikal untuk buat nota dan kerja
- Boleh percepatkan proses untuk keluarkan idea
Cuma satu je abe concern:
- Abe nak tengok sejauh mana ia faham percakapan BM campur English

2. HiLight: Camera Bar Jadi Lebih Berguna
HiLight menggunakan notification light pada camera bar untuk memberikan petunjuk visual.
Contohnya, korang boleh tetapkan warna tertentu untuk contact tertentu. Jadi tak semestinya kena buka skrin setiap kali notification masuk.
Ia juga boleh menunjukkan visual feedback ketika Gemini sedang memproses sesuatu.
Kelebihan:
- Mudah kenal notification tertentu
- Jadikan camera bar lebih daripada sekadar design
Kekurangan:
- Bukan ciri yang orang akan beli Pixel semata-mata kerananya
Sesuai untuk siapa? Untuk korang yang selalu letak phone atas meja ketika bekerja dan tak mahu asyik check skrin.

3. Creator Suite: Memang Nampak Dibuat Untuk Creator
Ini antara fungsi yang paling menarik perhatian team media Factory Mobile.
Creator Suite mempunyai tools seperti teleprompter yang boleh mengikuti kadar percakapan pengguna.
Ada juga pengurusan rakaman mengikut project dan fungsi Storyboard menggunakan kandungan daripada Google Photos.
Maksudnya, daripada plan sampai shoot content, lebih banyak benda boleh dibuat terus menggunakan Pixel.
- Teleprompter terbina dalam
- Mudahkan workflow content
- Kurangkan keperluan guna banyak app
Memang sangat sesuai untuk TikTok creator, YouTuber, bisnes kecil dan social media team yang banyak menghasilkan video menggunakan smartphone.

4. Magic Capture: Kurangkan Risiko Terlepas Momen
Ramai customer datang Factory Mobile tanya phone mana kamera paling cantik.
Tapi kamera power pun tak membantu kalau masa tekan shutter, orang tengah pejam mata.
Di sinilah Magic Capture menarik.
Sistem ini boleh menganalisis sekitar 500 frame untuk mencari momen terbaik. Ia juga boleh melakukan pembetulan seperti crop, straighten dan unblur apabila diperlukan.
Kelebihan:
- Lebih mudah dapat gambar yang terbaik
- Berguna untuk subjek bergerak
- Tak perlu terlalu fikir setting kamera
Kekurangan:
- Hasil sebenar masih perlu diuji dalam penggunaan harian

5. Pixel 11 Pro Dapat 120x Pro Zoom
Kalau jenis suka kamera, ini angka yang memang senang tarik perhatian.
120x Pro Zoom.
Pixel 11 Pro menggunakan sistem telefoto 48MP yang direka semula. Google turut menyatakan sensor tersebut mampu menerima sekitar 30% lebih cahaya.
Ada juga Portrait Mode 5x, yang bagi Abe mungkin lebih berguna untuk penggunaan harian berbanding zoom maksimum 120x.
- Zoom lebih fleksibel
- Telephoto 48MP
- Portrait Mode 5x

6. Gemini Makin Sebati Dengan Pixel
Ini sebenarnya perubahan paling penting.
Google ada Android, Gemini, cip Tensor dan hardware Pixel sendiri.
Bila semua benda ini bekerja bersama, Google boleh buat AI yang lebih rapat dengan fungsi telefon, bukan sekadar letak chatbot dalam satu app.
Rambler, Magic Capture dan fungsi lain tadi menunjukkan arah Pixel selepas ini.
Kelebihan:
- Integrasi AI lebih mendalam
- Hardware dan software dibangunkan bersama
- Pengalaman Android yang lebih unik
Harga Google Pixel 11 Malaysia
Harga rasmi bermula daripada:
- Pixel 11: RM3,999
- Pixel 11 Pro: RM4,999
- Pixel 11 Pro XL: RM5,999
- Pixel 11 Pro Fold: RM7,999
- Pixel Watch 5 41mm: RM1,799
- Pixel Watch 5 45mm: RM1,999
Pixel 11 dan Pixel Watch 5 dijadualkan berada di pasaran bermula 20 Ogos 2026, manakala Pixel Tag dijadualkan hadir pada November.
Kesimpulan Abe
Setakat maklumat yang Abe dapat daripada team media Factory Mobile, Pixel 11 menunjukkan arah yang Google nak bawa selepas ini. Bukan sekadar smartphone yang ada AI, tetapi smartphone yang dibina untuk bekerja bersama AI.
Ada fungsi yang nampak praktikal. Ada juga yang Abe nak kena cuba sendiri dulu sebelum boleh puji lebih jauh.
Kalau korang tengah survey flagship baru, Google Pixel 11 memang patut masuk shortlist.
Nanti abe akan buat full review untuk Google Pixel 11 dan Pixel 11 Pro Fold ni nanti. So, tungguuuuu…

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Infinix Note 60 Pro Malaysia: Telefon Midrange Paling Unik Tahun Ini?
- Tips Optimumkan Prestasi Smartphone Gaming
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
- ROG Phone 8 siri smartphone gaming terbaik
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI