Samsung Galaxy Z Fold 8 nampak macam phone yang boleh buat orang terus jatuh hati bila pertama kali pegang. Tapi bila harga rasmi model 512GB mencecah RM8,099, memang kena fikir dua tiga kali sebelum beli.
Yang menarik sekarang, Factory Mobile tengah buka pre-order Galaxy Z Fold 8 12GB + 512GB pada RM6,599, beza RM1,500 berbanding harga asal.
Jadi soalan sebenar bukan Fold 8 power atau tidak.
Pada RM6,599, adakah Galaxy Z Fold 8 akhirnya jadi foldable Samsung yang berbaloi dibeli?
Jom Abe kupas satu-satu.

Samsung Galaxy Z Fold 8 Bukan Sekadar Fold Lama Dengan Spec Baru
Kalau tengok gambar sahaja, mungkin nampak macam Samsung tukar bentuk sikit kemudian keluarkan generasi baru.
Tapi Galaxy Z Fold 8 kali ini memang agak berbeza.
Samsung menggunakan pendekatan baru dengan cover screen 5.5 inci dan main screen 7.6 inci. Bila dibuka, nisbah skrin utamanya 4:3. Berat pula cuma 201 gram, menjadikannya Galaxy Fold paling ringan setakat ini.
Ini penting.
Masalah foldable selama ini bukan performance sangat. Masalahnya bila phone terlalu berat dan tebal, lama-lama pengguna malas nak bawa.
Fold 8 cuba selesaikan benda itu.
Kelebihan
- Berat hanya 201g
- Bentuk lebih compact
- Senang digunakan sebelah tangan ketika ditutup
- Bila buka terus dapat skrin besar 7.6 inci
- Rekaan lebih nipis dan mudah dibawa
Kekurangan
- Cover screen 5.5 inci mungkin kecil untuk sesetengah pengguna
- Bentuk skrin agak lain daripada smartphone biasa
- Tidak semua aplikasi semestinya menggunakan ruang skrin dengan cantik
Sesuai untuk siapa?
Kalau sebelum ini korang suka konsep Fold tetapi tak suka phone besar dan berat, Fold 8 memang patut masuk shortlist.
Skrin Galaxy Z Fold 8 Memang Jadi Tarikan Utama
Ini bahagian yang Abe rasa paling mudah nak jual bila customer datang kedai.
Sebab spec atas kertas satu cerita.
Bila buka Fold depan mata sendiri, cerita lain.
Cover screen menggunakan nisbah kira-kira 10:16, sementara main display apabila dibuka menggunakan nisbah 4:3. Kedua-duanya pula boleh mencapai kecerahan sehingga 3,000 nits, manakala skrin utama mempunyai lapisan anti-reflection.
Buka dua apps sebelah-sebelah memang antara kegunaan yang masuk akal.
Contohnya:
- WhatsApp sambil buka browser
- YouTube sambil baca komen atau cari info
- Google Maps sambil buka chat
- Baca PDF atau dokumen
- Edit gambar dengan ruang lebih besar
- Tengok video ketika travel
Ini jenis kelebihan yang susah nak nampak melalui nombor spesifikasi sahaja.

Performance Memang Kelas Flagship
Samsung Galaxy Z Fold 8 menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy.
Chip ini bukan sekadar untuk gaming. Samsung menggunakan CPU, GPU dan NPU generasi baru untuk performance serta fungsi AI pada telefon.
Untuk penggunaan harian, Abe tak risau sangat bab performance.
Phone dalam kategori harga macam ni memang sepatutnya laju.
Yang lebih penting ialah sama ada performance itu boleh dimanfaatkan dengan skrin besar.
Bila buka beberapa aplikasi, buat multitasking, edit gambar atau tengok content, barulah kelebihan Fold mula terasa.
Kelebihan
- Chip flagship Snapdragon
- Sesuai untuk multitasking berat
- Gaming dan penggunaan harian memang lebih daripada cukup
- Galaxy AI lebih berguna dengan ruang skrin besar
Kekurangan
- Kalau penggunaan cuma WhatsApp, Facebook dan call, performance ini mungkin berlebihan
- Banyak flagship biasa juga sudah sangat laju dengan harga lebih rendah
Bateri 4,800mAh, Tapi Charging Akhirnya 45W
Ini satu lagi upgrade yang Abe suka.
Samsung masukkan bateri 4,800mAh pada Galaxy Z Fold 8 dan menyatakan sehingga 26 jam video playback. Ia turut menyokong pengecasan berwayar 45W dan wireless charging 20W.
45W mungkin bukan angka paling ganas kalau dibandingkan sesetengah Android flagship lain.
Tetapi untuk Samsung Fold, ini improvement yang bagus.
Kelebihan
- Bateri 4,800mAh
- 45W wired charging
- 20W wireless charging
- Kapasiti agak menarik untuk badan Fold yang ringan
Kekurangan
- 45W masih bukan charging terpantas dalam pasaran
- Heavy user yang banyak menggunakan main screen tetap perlu jaga penggunaan bateri
Kamera Galaxy Z Fold 8 Ada Satu Kekurangan Besar
Dekat sini Abe rasa pembeli kena tahu sebelum keluarkan duit.
Galaxy Z Fold 8 menggunakan 50MP Wide + 50MP Ultra Wide. Tetapi ia tidak mempunyai kamera telephoto seperti Fold 8 Ultra. Fold 8 Ultra pula mempunyai 200MP Wide dan 10MP Telephoto dengan 3x optical zoom.
Jadi jangan beli Fold 8 dengan expectation ia akan jadi phone kamera Samsung paling hebat.
Kekuatan Fold 8 adalah form factor, bukan kamera maksimum.
Kelebihan Kamera
- Dual 50MP camera
- Kamera utama masih sesuai untuk penggunaan harian dan social media
- Skrin Fold memberikan pengalaman mengambil dan melihat gambar yang unik
Kekurangan Kamera
- Tiada telephoto
- Kurang fleksibel untuk zoom
- Kalau kamera nombor satu dalam priority korang, ada flagship lain yang lebih sesuai
Samsung Galaxy Z Fold 8 vs Fold 8 Ultra, Mana Lagi Berbaloi?
Senang cerita:
Fold 8 lebih kepada compact foldable.
Fold 8 Ultra pula untuk orang yang nak maksimum.
Fold 8 mempunyai skrin luar 5.5 inci, skrin utama 7.6 inci, bateri 4,800mAh dan berat 201g.
Fold 8 Ultra naik kepada cover screen 6.5 inci, main screen 8 inci, bateri 5,000mAh serta sistem kamera yang lebih lengkap. Beratnya 215g.
Kalau nak skrin dan kamera maksimum, ambil Ultra.
Tapi kalau nak Fold yang lebih compact dan ringan, Fold 8 sebenarnya lebih menarik daripada yang Abe jangka.
Tambahan pula faktor harga sekarang mengubah kira-kira tersebut.
Harga Samsung Galaxy Z Fold 8 Pre-Order Factory Mobile
Kalau korang berminat, baik beli sekarang dengan Factory Mobile. Ni harga pre-order dekat Factory Mobile:
- Galaxy Z Fold 8 12GB + 512GB: RM6,599
- Galaxy Z Fold 8 16GB + 1TB: RM7,809
- Galaxy Z Fold 8 Ultra 12GB + 512GB: RM7,369
- Galaxy Z Fold 8 Ultra 16GB + 1TB: RM8,579
- Galaxy Z Flip 8 12GB + 512GB: RM4,729
Pre-order ni tak lama, last 13 Ogos 2026 ni, baik korang cepat sebelum harga kembali asal.
Sebagai perbandingan, Samsung menyenaraikan RRP Galaxy Z Fold 8 pada RM8,099 untuk 512GB dan RM9,699 untuk 1TB.
Jadi Fold 8 512GB pada RM6,599 memang nampak jauh lebih menarik.
Jadi, Samsung Galaxy Z Fold 8 Berbaloi Ke?
Kalau RM8,099 untuk 512GB, Abe rasa ramai orang masih akan fikir panjang.
Tapi pada harga pre-order RM6,599, ceritanya berubah.
Korang dapat Snapdragon flagship, 512GB storage, main screen 7.6 inci, berat cuma 201g, bateri 4,800mAh dan charging 45W.
Cuma kena terima beberapa kompromi.
Tiada telephoto. Sesetengah aplikasi mungkin tak sempurna dengan bentuk skrin Fold. Dan kalau korang langsung tak perlukan skrin besar, smartphone biasa masih lebih sesuai untuk korang.
Tetapi untuk orang yang memang dah lama tunggu nak masuk dunia foldable, Fold 8 kali ini antara model Samsung yang paling menarik untuk dicuba.
Ramai customer yang datang Factory Mobile sebenarnya bukan tak minat Fold.
Mereka risau dua benda: harga dan praktikal atau tidak untuk kegunaan harian.
Fold 8 nampaknya dah cuba jawab bahagian praktikal dengan badan lebih ringan dan compact. Dengan ada promosi pre-order pula memang satu peluang yang korang perlu dapatkan.

menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Infinix Note 60 Pro Malaysia: Telefon Midrange Paling Unik Tahun Ini?
- Tips Optimumkan Prestasi Smartphone Gaming
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
- ROG Phone 8 siri smartphone gaming terbaik
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI