Factorymobile.com.my

HONOR Magic 8 Pro Selepas 2 minggu Guna

HONOR Magic 8 Pro baru saja launch beberapa minggu yang lepas. Abe dah guna selama seminggu sebagai daily phone. Abe guna untuk kerja, ambil gambar, scroll, gaming dan bawa ke sana sini.

So, apa yang best dan tak best dengan phone ni? Jom abe spill the tea.

Honor Magic 8 Pro. Review selepas 2 minggu guna

First Impression. Pegang, Guna, Terus Rasa Phone “Matang”

Hari pertama guna, Magic 8 Pro ni jenis phone yang tak overreact. Design dia tak terlalu flashy, tapi bila pegang rasa solid dan premium.

Berat ada, tapi seimbang. Skrin OLED 6.71 inci tu pula terus bagi rasa selesa, especially waktu guna lama.


Pengalaman Kamera: Kekuatan Sebenar Magic 8 Pro

Kamera Utama (50MP) Konsisten Tak Kira Siang Atau Malam

Untuk kegunaan harian, kamera utama Magic 8 Pro ni memang senang nak buat kerja. Ambil gambar terus jadi.

Warna nampak natural, detail tajam dan HDR dia kemas. Gambar produk, gambar kedai, gambar manusia… semua nampak cun.

Walaupun aperture sekarang fixed f/1.6 (tak lagi variable macam generasi lama), hasil dia lebih konsisten. Tak perlu fikir banyak setting.

Low Light & Malam

Ini part yang buat abe yakin ini kekuatan phone ni. Ambil gambar waktu malam atau dalam tempat kurang cahaya, noise terkawal.

Night mode tak ambil masa lama dan gambar masih sharp walaupun tangan tak steady sangat. Untuk orang yang selalu ambil gambar malam-malam atau indoor, kamera ni memang boleh harap.


Telephoto 200MP: Ini Bukan Marketing

Telephoto Magic 8 Pro ni memang bintang utama.

• 200MP sensor
• True 3.7x optical zoom (85mm)
• Sensor besar ISOCELL HP9

Dalam penggunaan sebenar, zoom dia bukan jenis “nampak cantik atas skrin kecil je”. Bila zoom ambil gambar jauh, detail masih ada. Portrait guna lens ni pun nampak lebih kemas dan profesional.

Kalau korang suka ambil gambar orang, event, atau subjek dari jauh, kamera ni memang lain rasa dia.


Ultrawide & Selfie

Ultrawide 12mm ni luas betul. Ambil gambar group atau ruang sempit memang membantu.
Selfie pula tajam, fokus laju dan sesuai untuk video call atau content.


Performance Harian: Laju Tanpa Buat Drama

Snapdragon 8 Elite Gen 5 ni bukan sekadar laju atas kertas.

Sepanjang 2 minggu guna:
• Buka banyak app → tak reload
• Scroll lama → smooth je
• Edit gambar & video → cepat dan senang
• Tak ada freeze atau lag pelik

Phone ni jenis yang buat kita lupa pasal performance sebab dia tak pernah menyusahkan.


Gaming: Stabil Lebih Penting Dari Nombor

Abe test main game popular macam Mobile Legends, CODM dan Genshin.

Apa yang boleh dirumuskan:
• FPS stabil
• Touch response tepat
• Panas ada sikit, tapi masih terkawal
• Tak throttle walaupun main lama

Dengan bateri besar, main game sejam dua memang dah puas hati.


Bateri: Antara Yang Paling Besar

Untuk set Malaysia, Honor datang dengan 7100mAh, dan macam bos abe selalu cakap… “dah bosan main phone pun tak habis-habis lagi bateri ni”.

Penggunaan harian:
• Call & WhatsApp
• Media sosial
• Kamera
• Gaming sikit

Masih boleh tahan sampai malam dengan selesa. Ada hari boleh bawa ke esok pagi.
Charging 100W pula laju, cucuk sekejap pun dah cas banyak.

Untuk orang yang selalu keluar, ini antara kelebihan besar Magic 8 Pro.


Build, Skrin & Keselesaan

• Skrin OLED cantik, terang dan smooth
• Speaker stereo kuat
• Fingerprint ultrasonic laju
• IP68 & IP69K bagi rasa yakin

Serius kata, boleh rasa premium Honor Magic 8 Pro ni.


Apa Yang Abe Suka & Apa Yang Biasa Je

Yang abe suka:
• Kamera telephoto memang power
• Performance stabil
• Bateri tahan lama
• Skrin sedap mata
• Pengalaman keseluruhan sangat puas hati

Yang biasa je:
• Saiz agak besar (tapi logik dengan bateri)
• Tak ada Qi2 magnet (kalau jenis guna aksesori MagSafe)
• Gaming ada rasa panas sikit, tapi ok la untuk bukan gaming phone.


Kesimpulan: Lepas 2 minggu, Masih Puas Hati

HONOR Magic 8 Pro ni bukan phone yang cuba tarik perhatian dengan gimmick. Dia jenis flagship yang cukup matang, konsisten dan boleh pakai lama.

Kalau korang nak phone yang:
✔ Kamera boleh harap
✔ Performance smooth untuk kerja & gaming
✔ Bateri besar dan tahan
✔ Pengalaman harian yang tak menyusahkan

Magic 8 Pro memang pilihan yang selamat dan berbaloi untuk jangka panjang.

Kalau nak beli, korang boleh beli terus di website fmmall.my sekarang tengah ada Promosi diskaun smartphone sehingga 80% kat website fmmall.my dan seluruh cawangan kami.

Bermula 25 – 27 Disember 2025 je promosi ni.

Atau boleh terus ke cawangan kami, sementara ada promosi ni. Smartphone Advisor kami akan bantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top