Factorymobile.com.my

Android Boleh AirDrop ke Iphone Tanpa Install App? Senarai Phone Yang Support (2026)

Pernah tak korang kerna perli bila kawan korang nak share gambar dari iPhone? Bila korang guna Android, dan kawan korang guna Iphone, mesti dia cakap “buka airdrop nak share, opss iphone only”.

Jadi ramai yang ingat AirDrop hanya untuk iPhone. Dan ramai juga fikir Android kena install app tambahan untuk share file dengan iPhone. Itu sebenarnya dah outdated.

Sekarang ni, banyak phone Android dah ada fungsi macam AirDrop terus dalam sistem. Tak perlu install apa-apa. Tak perlu susah-susah nak download app lain.

So..

“Android ada AirDrop tak?”

Jawapannya, Ada. Tapi nama dia lain.

iphone boleh airdrop ke android?

Apa Sebenarnya “AirDrop”?

AirDrop ni adalah fungsi “File Sharing” antara 2 device menggunakan bluetooth atau wifi direct untuk transfer laju.

Jadi, Apple guna nama AirDrop untuk transfer file antara device Apple. Tapi kini tak lagi, Android pun boleh file sharing kepada device Apple.


Ada dua brand android yang boleh AirDrop tanpa install app lain:

  • Nearby Share (sekarang dipanggil Quick Share) – Google Pixel
  • Samsung Quick Share – Samsung
  • Function dia sama macam AirDrop:
    • Hantar file laju guna Bluetooth + WiFi direct
    • Tak guna data internet
    • Tak perlu install app tambahan

Jom Abe share senarai phone yang memang support benda ni terus dari kilang.


Samsung Galaxy (Quick Share Built-in)

Kredit gambar: Samsung

Model Support (Antara Yang Latest & Popular)

  • Galaxy S24 / S24+ / S24 Ultra
  • Galaxy S25 / S25+ / S25 Ultra
  • Galaxy S26 series
  • Galaxy Z Fold 6 & Fold 7
  • Galaxy Z Flip 6 & Flip 7

Kelebihan

  • Transfer sangat laju (boleh cecah ratusan MB/s)
  • Tak perlu install apa-apa
  • UI simple, tekan share terus detect device lain

Kekurangan

  • Paling smooth kalau sesama Samsung
  • Kadang-kadang slow sikit kalau hantar ke brand lain

Google Pixel (Nearby Share / Quick Share)

Dulu nama dia Nearby Share, sekarang dah sepakat dengan Samsung guna nama Quick Share.

Kredit gambar: Android Authority

Model Support

  • Pixel 9 series
  • Pixel 10 series
  • Pixel Fold series
  • Pixel A series (contoh Pixel 9a, 10a)

Kelebihan

  • Pure Android, sangat smooth
  • Support semua Android lain (cross brand)
  • Auto detect device nearby cepat

Kekurangan

  • Tak sepantas Samsung sesama Samsung
Senarai model android support AirDrop

Android Lain Ada Tak?

Ada, tapi bergantung model.

Brand lain macam:

  • Xiaomi
  • OPPO
  • Vivo
  • Realme

Biasanya ada:

  • Quick Share (Google standard)
  • Atau feature sendiri (Mi Share, Oppo O+ Connect)

Kelebihan

  • Still boleh guna macam AirDrop
  • Tak perlu install app

Kekurangan

  • Walaupun ada Quick Share, tapi tak boleh share atau terima file daripada Apple device
  • Kena install App pada device Apple contohnya Oppo O+ Connect

Sekarang korang dah tak perlu risau

Kalau korang pengguna Samsung atau Pixel, korang dah satu level dengan Apple. Apple dah hilang “exclusivity” dia. Kalau korang nak beli Samsung atau Pixel, boleh terus beli kat website www.fmmall.my.

Atau kalau korang tak tau nak buat pilihan mana, korang boleh terus ke 12 cawangan kami hari ni. Smartphone Advisor kami akan membantu korang untuk buat pilhan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top