Cara Beli Smartphone Ansuran Shopee Pay Later / Shopee Pay Installment

(Kemaskini Jun 2025)

Ramai orang ingat Shopee Pay Later hanya boleh guna dalam app je.

Sebenarnya, anda dah boleh guna SPayLater terus di Factory Mobile, beli phone, bayar ansuran bulanan, siap boleh terus bawa balik!

Shopee Pay Later (SPayLater) ialah kaedah pembayaran “Buy Now, Pay Later” yang semakin popular dan sekarang anda boleh gunakannya di semua cawangan Factory Mobile seluruh Malaysia.

beli smartphone ansuran shopee pay later

Apa Itu Shopee Pay Later (SPayLater)?

Shopee Pay Later (SPayLater) adalah sistem ansuran tanpa kad kredit dari Shopee yang membolehkan anda beli barang serta-merta dan bayar secara bulanan.

Sebagai contoh:
Jika anda beli iPhone 16 Pro Max berharga RM5,999 di Factory Mobile, anda boleh bayar secara ansuran serendah RM499 sebulan, bergantung kepada pelan yang ditawarkan Shopee.

Kelebihan Guna SPayLater di Factory Mobile

✔ Tak perlu kad kredit
✔ Tak perlu mohon pinjaman luar
✔ Proses mudah – hanya scan QR ShopeePay di kaunter
✔ Pelan ansuran: 1, 3, 6 atau 12 bulan
✔ Layak dapat Shopee Coins & rewards (bergantung kempen semasa)

Syarat Kelayakan Guna Shopee Pay Later

Untuk guna SPayLater, anda perlu:
– Berumur 18 tahun dan ke atas
– Ada akaun Shopee aktif
– Dah lengkapkan verifikasi ShopeePay (MyKad + Face ID)
– Mendapat kelulusan SPayLater dari Shopee

Nota: Factory Mobile tidak urus permohonan SPayLater. Semua diluluskan oleh sistem Shopee secara automatik.

Cara Aktifkan SPayLater (Kalau Belum Aktif)

1. Buka aplikasi Shopee
2. Tekan tab “ShopeePay”
3. Klik “SPayLater” > Aktifkan
4. Masukkan OTP, upload MyKad, buat facial recognition
5. Bila dah lulus, anda boleh guna untuk scan QR terus di kedai

Cara Beli Smartphone Ansuran Guna SPayLater di Factory Mobile

1. Datang ke Cawangan Factory Mobile
Lawati mana-mana cawangan kami dan pilih model phone yang anda mahukan. Staf kami akan bantu semak stok dan beri penerangan lanjut.

2. Pilih Bayar Guna SPayLater
Sahkan pembelian, dan staf akan keluarkan QR ShopeePay khas untuk transaksi.

3. Scan QR ShopeePay
Buka aplikasi Shopee, tekan ikon scan QR di bahagian atas kiri, dan imbas QR code yang diberikan staf.

4. Pilih Bayar Guna SPayLater
Shopee akan paparkan pilihan bayaran — pilih SPayLater, dan kemudian pilih pelan ansuran: 1, 3, 6 atau 12 bulan (bergantung kelayakan anda).

5. Sahkan & Siap!
Bila transaksi berjaya, anda boleh terus bawa balik phone anda. Ansuran bulanan akan muncul dalam app Shopee seperti biasa.

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Perlu bayar deposit?
A: Tidak perlu jika bayaran penuh dibuat melalui SPayLater.

Q: Ada caj faedah?
A: Ya, Shopee mungkin kenakan caj faedah berdasarkan pelan dan skor kelayakan anda.

Q: Lewat bayar macam mana?
A: Shopee akan kenakan caj penalti dan had SPayLater anda mungkin disekat. Bayar sebelum due date!

Q: Kenapa SPayLater tak keluar waktu scan QR?
A: Akaun belum aktif, atau sistem Shopee tidak meluluskan transaksi tersebut. Sila rujuk Shopee Support.

Alternatif Lain Jika Tak Layak

Kalau anda tidak layak guna SPayLater, Factory Mobile juga menyediakan pilihan bayaran ansuran melalui:
– Kad Kredit (pelbagai bank)
– Grab PayLater
– Aeon Kredit

Kupon Diskaun RM100 Untuk Anda!

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2025, pelanggan yang membeli smartphone baru di Factory Mobile akan menerima:

– Diskaun RM100 untuk setiap pembelian smartphone baru RM2000 keatas
– Sah sehingga: 30 Jun 2025
– Terhad kepada: 20 orang terawal setiap hari
– Sah di semua cawangan Factory Mobile

Nak beli phone baru tapi bajet belum cukup? Gunakan SPayLater dan jimat RM100 sekarang!

Tunggu Apa Lagi?

Dengan SPayLater di Factory Mobile, anda tak perlu tunggu lama atau kumpul bajet yang besar sekaligus.

Pilih phone yang anda suka, scan QR, dan bayar setiap bulan. Senang, cepat, dan mesra bajet.

Nak lagi menarik, sekarang ni ada peraduan Beli & Menang Yamaha 125ZR, hanya dengan pembelian RM30 dah boleh join peraduan ni.

Boleh beli di cawangan Factory Mobile atau beli je di website fmmall.my

Atau boleh terus ke cawangan kami yang terdekat, Smartphone Advisor kami akan bantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment