Factorymobile.com.my

RedMagic 11 Pro Kena Ban Benchmark? Kontroversi Besar Telefon Gaming 2026

Kalau korang jenis suka tengok skor benchmark sebelum beli phone..

Hati-hati.

Sebab baru-baru ni, satu phone gaming power kena “kantoi” besar. Skor nampak tinggi gila, tapi rupanya tak menggambarkan penggunaan sebenar.

Lebih panas, terus kena buang dari ranking.


Phone apa yang kontroversi tu?

Phone yang dimaksudkan ialah RedMagic 11 Pro dan versi Pro+.

Kedua-dua ni memang dikenali sebagai phone gaming hardcore. Ada kipas, ada mode prestasi ekstrem.

Tapi pada April 2026, nama dia tiba-tiba panas dalam dunia tech.

Kenapa?

Sebab didakwa “menipu benchmark”.

RedMagic 11 Pro tipu performance?

Apa Sebenarnya Berlaku?

Isu ni bermula bila UL Solutions, pembangun kepada 3DMark, buat pengumuman rasmi.

RedMagic 11 Pro dan Pro+ disingkir dari carta ranking mereka.

Sebab utama disingkirkan?

Phone Redmagic 11 Pro dan 11 Pro+ detect aplikasi benchmark dan automatik boost performance.


Macam Mana Mereka Kantoi?

UL Solutions buat ujian simple tapi bijak.

Ujian 1: 3DMark versi biasa (Play Store)

  • Skor sangat tinggi

Ujian 2: 3DMark versi rename (stealth)

  • Skor jatuh sehingga 24%

Sedangkan dua-dua app adalah test yang sama.

Ini menunjukkan phone tu:

  • Bukan boost ikut bebanan kerja sebenar
  • Tapi detect nama aplikasi, terus pecut performance maksimum

Mod “Diablo” Jadi Punca

Apa yang lebih menarik.

RedMagic ada mode khas dipanggil Diablo Mode (prestasi maksimum).

Masalahnya:

  • Mode ni aktif secara automatik bila buka 3DMark
  • User tak diberi pilihan untuk off mode ni

Sedangkan ini telah melanggar guideline benchmark.

Sebab dalam peraturan:

  • Mode prestasi tinggi kena OFF secara default
  • User sendiri kena pilih untuk aktifkan

Isu Lebih Serius: Suhu Melampau

Ini part yang ramai tak tahu.

Dalam ujian:

  • Suhu boleh cecah lebih 50°C
  • Ada report sampai 55°C

Sebagai perbandingan:

  • Versi “stealth test” sekitar 40°C sahaja

Perbezaan yang sangat ketara.

UL Solutions siap bagi amaran pada pengguna untuk:

  • Jangan run stress test berulang kali
  • Risiko overheat boleh berlaku

Apa Respon Daripada Nubia (RedMagic)?

Pihak Nubia dah pun respon tentang kontroversi ni.

Dalam kenyataan rasmi, mereka kata:

  • Phone mereka memang direka untuk prestasi maksimum
  • Ada pelbagai mode untuk kawal CPU, GPU dan suhu
  • Sistem akan detect aplikasi berat dan boost performance secara automatik

Mereka juga tekankan:

Benchmark hanyalah gambaran potensi dalam keadaan terkawal


Kenapa Isu Ni Besar?

Sebenarnya, ini bukan kes pertama dalam industri.

Sebelum ni:

  • MediaTek pernah kena (2020)
  • Huawei pun pernah kena (2018)

Tapi kes RedMagic ni jadi perhatian sebab:

1. Skor Tak Realistik

  • Tak mewakili penggunaan sebenar
  • User boleh salah sangka performance

2. Risiko Haba

  • Overheat boleh jejaskan:
    • Battery
    • Chipset
    • Jangka hayat phone

3. Hilang Kepercayaan

  • Brand gaming sepatutnya telus
  • Tapi bila jadi macam ni, pengguna akan mula ragu-ragu dengan spesifikasi yang ditawarkan

Apa Maksudnya Untuk Pengguna?

Kalau korang tengah consider RedMagic 11 Pro, ini yang kena faham:

✔ Jangan percaya benchmark 100%

  • Skor tinggi tak semestinya real life smooth

✔ Gaming tetap power, tapi..

  • Kena peka dengan isu suhu
  • Jangan guna mode ekstrem terlalu lama

✔ Banding dengan pengalaman sebenar

  • Tengok review real usage (boleh baca review abe ataupun video youtube/tiktok Factory Mobile sebelum beli phone)
  • Angka bukan penentu performance sebenar

“Benchmark hanya sebagai guideline, bukan segalanya.”


Pengajaran Untuk Semua

Kes ni bagi beberapa pengajaran penting.

Untuk pengguna:

  • Jangan kejar skor semata
  • Faham keperluan sendiri

Untuk brand:

  • Kena telus
  • Jangan manipulate sistem

Untuk industri:

  • Benchmark kena lebih ketat
  • Supaya pengguna tak tertipu

FAQ (Soalan Lazim)

1. RedMagic 11 Pro masih bagus untuk gaming?

Ya, masih antara phone gaming power.

2. Benchmark penting ke?

Penting sebagai reference, tapi bukan penentu utama.

3. Bahaya ke suhu 50°C?

Untuk jangka pendek mungkin okay, tapi kalau selalu boleh jejaskan hardware.

4. Patut beli atau elak?

Kalau hardcore gamer, masih boleh consider.


Kesimpulan

Kalau korang nak feel sendiri performance phone gaming, jangan tengok spec je.

Korang boleh datang 12 cawangan kami, test game terus. Atau boleh tanya Smartphone Advisor kami, kami akan suggest phone yang terbaik untuk korang.

Baru korang dapat rasa beza sebenar antara benchmark dan real usage.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top