Tips Optimumkan Prestasi Smartphone Gaming

Assalamualaikum dan hai, geng gamer!

Kalau korang peminat tegar Mobile Legends, COD Mobile, Genshin Impact atau PUBG Mobile, mesti pernah rasa lag tiba‑tiba atau telefon jadi panas macam seterika.

Abe faham sangat situasi ni, geram betul bila tengah nak chicken dinner tapi telefon pula buat hal.

Jangan risau, kali ini abe nak kongsi tips optimumkan prestasi smartphone gaming supaya pengalaman gaming korang lagi smooth dan padu.

TIps optimumkan prestasi smartphone gaming

1. Tutup “background app” dan kosongkan storan

Sebenarnya dalam phone kita masih banyak app yang masih berjalan di belakang tabir walaupun korang tak guna.

App‑app ni akan makan RAM dan kuasa CPU yang sepatutnya digunakan untuk game.

Jadi sebelum mula gaming, tutup semua aplikasi yang tak diperlukan. Kalau perlu, restart telefon untuk “fresh start” macam laptop.

Selain itu, pastikan ruang storan mencukupi. Storan yang hampir penuh boleh menyebabkan game crash atau lag.

Delete app yang dah lama tak guna, pindahkan foto/video ke “Cloud” atau kad SD, dan delete fail dalam tong sampah.

Lagi banyak ruang, lagi lega telefon korang.

Background App yang sedang berjalan.

2. Sentiasa update peranti dan game

Update perisian (software update) bukan sekadar tambah feature baru, tapi ia juga membaiki bug dan meningkatkan prestasi.

Pastikan sistem operasi dan aplikasi game korang sentiasa dikemas kini.

Korang boleh setting auto‑update supaya setiap patch baru dimuat turun automatik, memudahkan untuk terus update.

Kredit gambar: Android Police

3. Laraskan tetapan grafik

Majoriti game mobile ada pilihan grafik sendiri.

Kalau telefon korang tak setanding telefon gaming high‑end, turunkan tetapan seperti resolusi, kualiti bayang‑bayang (shadow), motion blur dan frame rate.

Cari keseimbangan antara grafik cantik dan prestasi stabil. Abaikan sedikit visual, yang penting gaming korang lancar!

Paparan setting PUBG Mobile

4. Aktifkan “Game Mode” atau “Booster”

Banyak telefon sekarang ada fungsi Game Mode / Game Booster seperti Samsung Game Booster atau Xiaomi Game Turbo.

Fungsi ini akan memberi keutamaan kepada game, tutup notifikasi, laraskan prestasi CPU/GPU dan seimbangkan tenaga supaya game lebih lancar.

Sesetengah peranti, seperti REDMAGIC, menyediakan “Game Space” yang membenarkan korang memilih mod prestasi, laras GPU/CPU, dan block panggilan serta mesej ketika gaming.

Paparan ROG 9 Game Genie

5. Pastikan sambungan internet stabil

Untuk game atas talian, sambungan internet yang lembap memang musuh utama.

Gunakan Wi‑Fi atau 5G jika ada, kerana ia menawarkan latency lebih rendah.

Elakkan bermain ketika jaringan sesak (waktu puncak) dan cuba berada dekat dengan router atau gunakan range extender supaya signal lebih kuat.

Di rumah, pastikan router berada di lokasi yang optimum, kalau gunakan mobile data, pastikan liputan yang baik.

6. Jaga suhu telefon – elak overheat

Telefon yang panas akan “throttle” prestasi untuk lindungi komponen. Antara langkah mudah untuk mengawal suhu:

  • Jauhkan dari panas – jangan bermain di bawah cahaya matahari atau dalam kereta yang diparkir.
  • Tanggalkan casing tebal – casing getah atau plastik tebal boleh perangkap haba. Seeloknya tanggalkan casing ketika main game.
  • Jangan main sambil cas – main game dan cas serentak membuatkan telefon bekerja keras dan cepat panas.
  • Tutup fungsi yang tak guna – kurangkan kecerahan skrin, matikan GPS/Bluetooth dan overclock mode bila tak perlu.
  • Selalu bersihkan cache – cache aplikasi yang menimbun menambah beban prosesor dan menyumbang kepada panas.
  • Jangan paksa cool‑down – jangan sesekali letak telefon dalam peti ais atau air sejuk, ini boleh menyebabkan kondensasi. Biarkan ia sejuk perlahan‑lahan.

Kalau korang gamer tegar, pertimbangkan untuk guna aksesori penyejuk seperti kipas clip‑on atau cooler khas.

Ada model cooler seperti ROG AeroActive Cooler yang mampu menurunkan suhu, memang sesuai untuk sesi gaming yang panjang.

Lagi elok korang beli terus phone gaming seperti ROG 9 FE ni tak perlu pening-pening nak setting.

7. Guna aksesori gaming untuk pengalaman padu

Nak rasa macam main di konsol? Aksesori gaming boleh bantu. Antara aksesori popular:

  • Controller/Gamepad – Padanan Bluetooth seperti Razer Kishi atau Backbone One menjadikan kawalan lebih tepat berbanding skrin sentuh.
  • Trigger fizikal – alat kecil yang dipasang di bahagian atas telefon untuk aksi tembak cepat; sesuai untuk FPS.
  • Headset/earphone berkualiti – Audio jelas penting untuk dengar setiap langkah musuh, beberapa telefon gaming menawarkan stereo speaker, tapi headset memberikan bunyi yang lebih immersive.
  • Main di skrin besar – Sesetengah telefon (contohnya REDMAGIC) menyediakan fungsi Smartcast Studio untuk memaparkan game ke TV atau monitor dengan refresh rate 165 Hz.
  • Casing penyejuk atau pelindung – Ada casing khas yang mempunyai ventilasi dan bahan penyejuk seperti REDMAGIC 10 Pro Series Cooling Protective Case.

    Selain melindungi telefon, ia juga membantu menyejukkan telefon.

Banyak lagi jenama lain seperti ASUS ROG, Black Shark dan Nubia menawarkan aksesori seumpama.

Pastikan aksesori serasi dengan model telefon korang dan beli daripada penjual yang sah seperti Factory Mobile.

8. Organisasi dan kebersihan

Persekitaran gaming yang kemas juga penting untuk memberi keselesaan.

Pastikan meja gaming korang tidak berhabuk dan aksesori seperti gamepad/headset sentiasa bersih.

Habuk boleh menyumbat lubang udara pada telefon atau cooler, menyebabkan telefon cepat panas.

Pastikan juga tempat gaming and mempunyai pengudaraan yang baik. Ada kipas meja sahaja pun sudah memadai.

9. Urus notifikasi dan masa

Notifikasi chat, call atau notis lain boleh mengganggu fokus gaming korang.

Aktifkan mod jangan ganggu (Do Not Disturb) atau gunakan fungsi dalam Game Mode yang block panggilan dan mesej.

Ini bukan sahaja mengelakkan gangguan, malah menjimatkan sedikit kuasa pemprosesan kerana telefon tidak perlu memproses notifikasi.

Selain itu, jaga tempoh masa permainan. Bermain berjam‑jam tanpa henti bukan sahaja menyebabkan telefon panas tetapi juga memenatkan mata dan tangan.

Rancang sesi gaming dan ambil rehat seketika setiap 30 minit atau satu jam untuk kesihatan korang.

Kesimpulan

Dengan sedikit usaha dan pemahaman, korang boleh mengubah telefon biasa menjadi mesin gaming yang mantap.

Tutup aplikasi latar, sentiasa update, laras grafik, aktifkan game mode, jaga suhu, gunakan aksesori sesuai, kekalkan kebersihan, urus notifikasi dan berikan diri rehat.

Yang paling penting, enjoy permainan tanpa stress!

Semoga tips daripada abe ini membantu korang capai prestasi gaming terbaik.

Kalau ada tips lain yang korang rasa berkesan, kongsikan di ruangan komen. Selamat berentap dan semoga chicken dinner!

Kalau korang nak beli smartphone gaming boleh terus ke website kami

Atau boleh ke cawangan kami hari ni. Smartphone Advisor kami bersedia untuk membantu anda buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment