HONOR X9d – Telefon Midrange Lasak Dengan Bateri Padu 8300mAh

Korang pernah tak rasa phone korang macam “cantik sangat sampai takut jatuh”?Haa… kali ni HONOR buktikan yang rupa premium tak semestinya fragile.

Dengan pelancaran HONOR X9d, siri X yang memang terkenal dengan ketahanan, naik satu level lagi dengan teknologi Triple Resistant Durability.

Pendek kata, tahan jatuh, tahan retak, tahan air, tahan debu – semua ada.

Honor X9D beli phone, percuma tablet

Design Premium, Rasa Flagship

First impression abe, memang nampak mahal. Warna Reddish Brown dengan finishing emas ni bagi vibe classy, sama macam foldable HONOR flagship.

Tapi kali ni, badan dia flat design ikut trend sekarang. Bezanya, sisi phone agak glossy dan cepat melekat cap jari.

Nasib baik belakang dia vegan leather bertekstur, selesa bila pegang. Memang nampak elegant tapi tetap rugged.


Ketahanan Triple Resistant

HONOR tak main-main bila sebut “Triple Resistant Durability”.

  • Gorilla Glass Victus 2 skrin memang tahan lasak.
  • Ada lapisan cecair Non-Newtonian (keras bila hentak, macam magic).
  • Struktur dalaman 6 lapis shock absorber diinspirasikan airbag kereta.

Kalau phone lain jatuh, dalaman confirm rosak walaupun luar nampak elok. Tapi X9d ni, komponen dalam pun dijaga dengan ‘airbag’.

Tambah pula dengan IP69K rating, tahan air sampai 6 meter dan percikan air panas 85°C. Speaker pun boleh “vibrate” sendiri untuk buang air & habuk.

Paling best, HONOR siap bagi 1 tahun warranty kerosakan air. Brand lain ada bagi? Jarang beb.

Yang paling padu Honor buat ialah dengan mencuba ketahanan dengan menembak Plasma Cannon kat Honor X9D.

Kredit Gambar: Oh! Media

Honor memang betul-betul yakin dengan ketahanan Honor X9D ni.


Bateri Besar Gedabak, 8300mAh

Kalau korang jenis tak berhenti scrolling TikTok, main game yang ringan, tengok Netflix, ambil gambar kucing tak berhenti, bateri 8300mAh ni confirm boleh tahan lebih sehari.

Mesti phone ni tebal kan? Tak jugak , tebal phone ni cuma 7.8mm je. Memang ngam-ngam dengan genggaman tangan.

Cas pun agak laju dengan 66W fast charging. Dan paling best, ada 7.5W reverse charging, boleh jadi powerbank untuk caj phone kawan korang.


Chipset & Prestasi

Honor X9d guna chipset Snapdragon 6 Gen 4, cukup power untuk kegunaan harian.

Nak buka app memang laju, multitasking pun smooth. RAM 12GB + storage sampai 512GB, memang cukup besar nak simpan gambar & video.


Kamera & Paparan

  • 108MP kamera utama + OIS – stabil untuk gambar/video.
  • Ada AI editing macam model flagship.
  • 6.79” OLED display dengan 1.5K resolution.
  • Brightness sampai 6000 nits – outdoor pun clear.
  • Ada eye comfort features macam Circadian Night Display & low blue light.

Sesuai Untuk Pengguna Malaysia

  • Ada NFC support – boleh topup & guna kad Touch ‘n Go NFC.
  • First phone yang datang siap dengan MyDigital ID app.

Warna & Harga

Pilihan warna memang padu: Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, Midnight Black.
Harga rasmi Malaysia:

  • RM1,499 (12GB+256GB)
  • RM1,699 (12GB+512GB)

Dan kalau korang pre-order sekarang, dapat HONOR Pad X7 (RM499) percuma. Untung gila. (Sementara stok masih ada)


Kesimpulan Abe

HONOR X9d ni bukan sekadar phone midrange biasa. Rekaan yang nampak premium, tahan lasak, bateri besar gila, kamera pun solid.

Sesuai untuk korang yang selalu on-the-go, kerja lasak, atau jenis heavy user.

Cepat-cepat pre order sekarang untuk dapatkan FREEGIFT Honor Pad X7!


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment