Dalam dunia smartphone, kalau tak ada chipset, memang tak jalan.
Ibarat enjin untuk kereta, chipset adalah komponen utama yang menentukan prestasi telefon.
Dua nama besar dalam dunia chipset—Qualcomm Snapdragon dan MediaTek—memang selalu jadi bahan perbincangan.
Jadi, siapa sebenarnya lebih hebat? Jom kita bongkar sama-sama!
Kenali Dua Jaguh Chipset
Snapdragon dan MediaTek ni macam dua pemain bola superstar.
Snapdragon terkenal dengan “prestasi mantap, tak pernah mengecewakan”, manakala MediaTek pula lebih kepada “murah tapi power, sesuai untuk semua”.
Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi pilihan terbaik bergantung kepada apa yang korang perlukan dan bajet korang.
Chipset Mana Lebih Power?
Snapdragon
Kalau korang mahukan telefon yang boleh handle game berat, edit video, atau multitasking tanpa masalah, Snapdragon adalah pilihan utama.
Dengan teknologi terkini seperti Snapdragon 8 Gen 3 Elite, korang akan dapat prestasi kelas premium dengan CPU generasi kedua Qualcomm Oryon dan GPU Adreno yang hebat.
Contoh smartphone yang menggunakan chipset ini ialah Asus ROG 9 Series yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.
MediaTek
Tapi jangan pandang rendah pada MediaTek!
Dengan siri Dimensity terbaru, seperti Dimensity 9400, MediaTek memberikan prestasi yang hampir setanding Snapdragon pada harga yang jauh lebih rendah.
Chipset ini dilengkapi dengan kombinasi CPU Cortex-X925 yang laju, bersama Cortex-X4 dan Cortex-A720 untuk prestasi optimum.
Contoh smartphone yang menggunakan chipset ini ialah VIVO X200 Series yang juga baru sahaja dilancarkan tahun ini.
Game Smooth, Grafik Cun, Siapa Paling Padu?
Bagi kaki game, grafik adalah segalanya.
- Snapdragon: Dengan GPU Adreno, grafik yang dihasilkan sangat cun dan lancar.
Kalau main game macam PUBG atau Genshin Impact, Snapdragon memang pilihan nombor satu. - MediaTek: Walaupun tak sehebat Snapdragon, MediaTek tak ketinggalan dengan GPU Arm Immortalis-G925.
Chipset ini mampu handle game berat tanpa masalah besar. Kalau korang tak kisah sangat grafik tahap dewa, MediaTek dah cukup padu.
Harga vs Prestasi: Pilih yang Mana?
- Snapdragon: Telefon yang guna chipset Snapdragon selalunya berada di kategori premium.
Jadi, korang kena keluarkan bajet lebih untuk dapatkan prestasi terbaik. - MediaTek: Kalau bajet ketat tapi nak telefon berprestasi baik, MediaTek adalah pilihan yang sesuai.
Dengan harga lebih murah, korang masih dapat pengalaman penggunaan yang memuaskan.
Siapa Lebih Canggih?
Snapdragon sering jadi yang pertama memperkenalkan teknologi baru seperti 5G, pengisian pantas, dan AI canggih.
Tapi MediaTek juga makin ke depan, terutama dengan cip Dimensity mereka yang menyokong teknologi terbaru pada harga lebih rendah.
Senarai Chipset Gaming Tanpa Lag (Min 30fps)
Bagi abe mudah je, kalau game seperti Genshin Impact, PUBG Mobile, Mobile Legend boleh main dengan lancar, bermakna chipset tu dah cukup power.
Kalau korang nak main game tanpa lag, pilih smartphone yang menggunakan chipset daripada senarai ni:
Chipset Snapdragon:
- SD 8 Gen 3
- SD 8 Gen 2
- SD 7 Gen 1
- SD 7s Gen 2
- SD 888
- SD 888 Plus
- SD 870
- SD 865
- SD 860
- SD 778G
- SD 780G
- SD 765G
- SD 750G
- SD 732G
- SD 720G
- SD 690
Chipset MediaTek Dimensity:
- Dimensity 9400
- Dimensity 9300 Plus
- Dimensity 9200 Plus
- Dimensity 9000 Plus
- Dimensity 9000
- Dimensity 8200
- Dimensity 8000
- Dimensity 7200
- Dimensity 700
Semua chipset ni insyaAllah boleh bagi korang pengalaman gaming yang lancar, tak kiralah korang main game apa.
Mana Satu Pilihan Korang?
Jadi, chipset mana yang patut korang pilih—Snapdragon atau MediaTek?
Kalau korang mahukan prestasi tinggi tanpa kompromi, Snapdragon adalah raja chipset yang tak perlu diragui.
Tapi kalau korang nak nilai terbaik untuk bajet yang lebih rendah, MediaTek adalah pilihan yang tak kurang hebat.
Akhirnya, kedua-dua pengeluar ini ada kelebihan masing-masing. Pilih chipset yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang.
Kalau korang tak tau nak pilih yang mana, korang tanya je Smartphone Advisor kami di Factory Mobile, mereka akan syorkan smartphone yang bersesuaian dengan korang.
Jadi, korang geng Snapdragon atau geng MediaTek? Share dengan kami di ruangan komen!
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- ROG Phone 9 Series: Lebih hebat dari yang lain?
- ROG Phone 8 siri smartphone gaming terbaik
- ASUS ROG 6D – MASIH RELEVAN UNTUK TAHUN 2024?
- Honor X9c 5G: Kuasa dan Ketahanan Hebat untuk Gaya Hidup Aktif!
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI