Factorymobile.com.my

Zakat Fitrah 2026 – Kadar & Cara Bayar Online Paling Mudah

Bila masuk Ramadan, selain puasa dan ibadah harian, satu perkara yang wajib kita settle ialah zakat fitrah. Kadang-kadang ramai tunggu saat akhir sebab ingat susah nak bayar kat amil zakat. Hakikatnya sekarang lagi mudah sebab boleh terus bayar secara online guna aplikasi atau portal rasmi.

Imam masjid mukim Abe pun suruh bayar online je. Jadi, jom Abe ajar cara bayar zakat fitrah supaya senang faham, siap contoh dan terus boleh buat bayaran hari ni.

zakat fitrah 2026 kadar & cara bayar online

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim pada bulan Ramadan sebelum solat Aidilfitri. Ia menjadi pelengkap ibadah puasa sepanjang Ramadan dan dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

Kadar zakat fitrah pula ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri berdasarkan harga beras semasa. Sebab itu setiap negeri ada kadar berbeza, biasanya antara RM7.50 hingga RM25 bergantung pada jenis beras yang menjadi makanan harian.


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2026 Seluruh Negeri

Berikut kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia untuk tahun 2026 seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing:

Negeri / WilayahKadar Zakat Fitrah (RM)
Johor8 / 10 / 20
Kedah9 / 15 / 23
Kelantan10 / 22
Melaka8 / 15 / 22
Negeri Sembilan7.50 / 12 / 20
Pahang8 / 14 / 21
Perak10 / 16 / 25
Perlis9
Pulau Pinang10 / 15 / 25
Selangor8 / 16 / 25
Sabah7.50 / 15
Sarawak7.50
Terengganu10 / 20
Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan8 / 15 / 25

Tip Abe: sebelum bayar, pastikan pilih kadar ikut jenis beras yang biasa kita makan di rumah. Kalau makan beras Basmati, eloklah bayar yang paling tinggi.


Cara Bayar Zakat Fitrah 2026 Secara Online

Sekarang tak perlu keluar rumah pun. Banyak aplikasi dah sediakan pembayaran terus. Ikut langkah ni satu-satu, confirm settle.

1. Aplikasi Touch ‘n Go

Buka aplikasi Touch ‘n Go.
Pergi ke bahagian My Favourite > More > Speciality Services > Zakat.
Pilih negeri dan jenis zakat (Fitrah).
Lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat.
Masukkan jumlah bayaran ikut kadar negeri.
Sahkan pembayaran dan baki akan ditolak daripada akaun.

2. Aplikasi Tulus / SnapNPay

Buka aplikasi Tulus atau SnapNPay.
Pergi ke Home > Zakat.
Pilih negeri atau pusat zakat.
Pilih jenis zakat dan lengkapkan maklumat peribadi termasuk jumlah tanggungan.
Pilih nilai zakat fitrah dan baca lafaz niat.
Tekan Pay Now dan buat pembayaran melalui perbankan dalam talian.

3. Laman Web MYEG

Buka laman web rasmi MYEG (boleh teruskan tanpa log masuk).
Pergi ke Zakat > Calculate & Pay Zakat.
Pilih negeri dan jenis zakat.
Masukkan jumlah bayaran.
Isi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon dan alamat.
Semak butiran kemudian tekan Confirm & Pay.
Buat pembayaran melalui online banking, perbankan korporat atau kad kredit/debit dan tekan Proceed.


Portal Rasmi Pungutan Zakat Negeri

Kalau lebih selesa guna portal rasmi negeri, boleh terus bayar melalui laman berikut:

Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Portal Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Portal Rasmi Zakat Melaka
Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Portal Rasmi Zakat Pahang
Portal Rasmi Pembayaran Zakat MAINS
Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang
Portal Rasmi Zakat Perak-MAIPk
Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS
Portal Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak
Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Portal Rasmi PPZ MAIWP


Penting Sebelum Bayar

Lafaz niat wajib dibaca sendiri sebelum membuat pembayaran melalui semua platform.
Pastikan kadar zakat fitrah negeri dirujuk terlebih dahulu sebelum memasukkan jumlah bayaran.


Jom Bayar Zakat Awal

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Sama macam beli phone online, beli je kat fmmall.my, bayar zakat fitrah pun dah boleh settle terus dari phone. Yang penting jangan tunggu saat akhir, takut kelam-kabut.

Abe doakan semoga ibadah kita sepanjang Ramadan diterima Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Nak upgrade smartphone atau cari phone yang lancar untuk urusan harian termasuk pembayaran online? Datang terus ke cawangan Factory Mobile atau layari www.fmmall.my untuk tengok model dan promosi terbaru.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top