Adakah anda sedang mencari phone baru? Ini adalah 10 jenis smartphone terbaik 2023 yang menjadi pilihan pengguna Factory Mobile untuk bulan Oktober 2023 (data adalah berdasarkan jualan bulan September 2023).
Setiap bulan, jenama-jenama smartphone terkenal seperti Oppo, Xioami dan lain-lain mengeluarkan model-model baharu dengan mengemaskini design rekabentuk dan hardware pada phone mereka.
Mesti anda pening nak pilih dan beli smartphone model mana? Sistem IOS ke Android? Phone mana yang ada kamera depan lawa untuk selfie? Smartphone mana yang murah tapi boleh main game?
10 Smartphone Terbaik 2023
Harini kami nak kongsikan 10 jenis smartphone terbaik 2023 yang menjadi pilihan pengguna di Factory Mobile. Dan ada antara smartphone ni power boleh main game tapi harga bawah RM1000 je!
- Iphone 11 128GB
- Iphone 12 128GB
- Iphone 11 Pro 256GB
- Redmi Note 12 8GB+256GB
- Redmi 12 8GB+256GB
- Infinix Note 30 8GB+256GB
- Infinix Note 30 pro 8GB+256GB
- Infinix HOT 30i 4GB+128GB
- Honor 90 12GB+256GB
- Realme C53 6GB+128GB
Model iPhone Terbaik 2023
Tidak dinafikan, iPhone yang dikeluarkan oleh Apple masih mengungguli carta pilihan pengguna seperti iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 12.
Walaupun model-model iPhone ini adalah model lama, tapi masih menawarkan pengalaman pengguna yang serba pantas, aplikasi berkualiti tinggi, serta kamera yang hebat, memenuhi keperluan pengguna yang mencari telefon pintar yang efisien dengan pengalaman resolusi kamera yang cantik.
Beli iPhone used di FMMall.my sekarang!
1. Iphone 11 128GB
- Storage: 128GB
- Kamera: Belakang 12MP, Hadapan 12MP
- Prosesor: A13 Bionic
- Skrin LCD: Liquid Retina HD 6.1 inci
- Bateri: 3,110mAh
- Sistem Operasi: iOS 13 (upgradable to iOS17)
Walaupun iPhone 11 ini dikeluarkan pada tahun 2019 lagi, tapi teknologi dan kualiti iphone 11 masih lagi terbaik dan relevan sehingga sekarang. Dan sebab itulah ianya masih menjadi pilihan ramai customer Factory Mobile.
Dengan kamera utama (Dual camera) 12MP yang ada pada iPhone 11 ini, resolusi gambar yang dihasilkan adalah lebih sharp dengan warna yang terang dan menarik.
Anda boleh mengambil gambar yang memuaskan dalam cahaya terang mahupun dalam malap, jadi anda tidak perlu risau andai perlunya lighting yang cantik untuk berselfie.
Kelebihan utama Iphone 11 ni adalah prestasinya yang stabil dalam kegunaan seharian. Namun iPhone 11 ini ada sedikit kelemahan pada resolusi skrin yang mungkin tidak setinggi ataupun setanding dengan model-model iPhone terkini seperti iPhone15.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Prestasi yang stabil untuk kegunaan harian. | Tidak menawarkan ciri-ciri terkini yang terdapat pada model-model terbaru (iOS17). |
Kamera belakang 12MP menghasilkan gambar yang memuaskan. | Skrin Liquid Retina mungkin tidak secerah atau ‘sharp’ seperti model-model terkini |
Kapasiti storage besar 128GB. | Tidak support Rangkaian 5G |
Sokongan sistem operasi terkini iOS 15. |
2. Iphone 11 Pro 256GB
- Storage: 256GB
- Kamera: Belakang 12MP (tiga lensa), Hadapan 12MP
- Prosesor: A13 Bionic
- Skrin: Super Retina XDR 5.8 inci
- Bateri: 3,046mAh
- Sistem Operasi: iOS 13 (upgradable to iOS17)
iPhone 11 Pro ada tiga lensa kamera belakang 12MP menghasilkan gambar dengan resolution yang tinggi dan sharpness yang luar biasa.
Untuk skrin pula, iPhone 11 Pro ini mempunyai Super Retina XDR 5.8 inci; menawarkan visual yang tajam dan warna yang hidup.
Kalau anda ingin melihat betapa cantiknya resolusi skrin dan kualiti gambar yang dihasilkan, cubalah guna iPhone 11 Pro ini untuk zoom in pemandangan langit malam. Entah-entah dapat cerap planet-planet dalam sistem suria kita malam ini.
Dengan prosesor A13 Bionic pula, iPhone 11 Pro ini memberikan prestasi yang mengagumkan, menjadikannya sesuai untuk pengalaman menggunakan aplikasi gaming yang sangat cekap sepertimana iPhone 11 tetapi tidak setanding iPhone 12.
Smartphone iPhone 11 Pro adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan kombinasi kualiti kamera yang tinggi, prestasi cekap, dan rekaan yang mewah.
Ringkasnya, kelebihan utama smartphone ini adalah sistem kamera yang luar biasa, tetapi kekurangan iPhone 11 Pro ini adalah harganya yang mungkin berada di luar bajet beberapa pengguna.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Kamera belakang tiga lensa 12MP menghasilkan gambar berkualiti tinggi. | Berat sedikit berbanding model-model lain dalam kategori yang sama. |
Prestasi yang tinggi dengan prosesor A13 Bionic. | Harga yang tinggi berbanding model-model lain dalam pasaran smartphone terpakai (used). |
Rekaan yang tahan lasak dengan binaan kualiti tinggi. | Tidak support rangkaian 5G |
Storage besar 256GB memadai untuk kegunaan intensif |
3. Iphone 12 128GB
- Storage: 128GB
- Kamera: Belakang 12MP, Hadapan 12MP
- Prosesor: A14 Bionic
- Skrin: Super Retina XDR 6.1 inci
- Bateri: 2,815mAh
- Sistem Operasi: iOS 14 (upgradable to iOS17)
Perbezaan menggunakan kedua-dua iPhone 11 (128GB) dan iPhone 12 (128GB) adalah sangat ketara. iPhone 11 menawarkan prestasi yang memuaskan dan kamera yang baik dengan harga yang lebih berpatutan.
iPhone 12 hadir dengan display skrin Super Retina XDR yang lebih terang dan kamera yang lebih canggih. Ia memberikan pengalaman visual yang lebih memikat dan gambar yang lebih jelas.
Walaupun ianya sedikit mahal berbanding iPhone 11, tetapi iPhone 12 menawarkan peningkatan yang berharga dalam prestasi dan kualiti gambar, bersesuaian dengan anda jika style anda lebih mengutamakan kualiti prestasi dibandingkan dengan harga.
Bukan sahaja iPhone 12 ini mempunyai ciri-ciri yang setara dengan iPhone 11, malah, dengan adanya prosesor A14 Bionic, ianya memastikan kelajuan yang cekap lebih-lebih lagi bagi kaki gamers untuk menikmati sesi gaming berjalan lancar.
Jika anda tidak memerlukan ciri-ciri terkini, iPhone 12 masih merupakan pilihan yang baik dengan harga yang lebih rendah dibandingkan dengan harga model Apple yang terkini.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Prestasi yang cekap dengan prosesor A14 Bionic. | Harga sedikit lebih tinggi berbanding model-model sebelumnya. |
Kamera belakang 12MP yang menghasilkan gambar tajam. | Tidak menawarkan breakthrough besar berbanding iPhone 11. |
Skrin Super Retina XDR yang cerah dan memukau. | |
Kapasiti storage besar 128GB. |
Smartphone Terbaik Android 2023
Android masih tetap menjadi pilihan ramai pengguna di Factory Mobile kerana Android mempunyai lebih banyak pilihan dari segi harga, keperluan dan personal preferences masing-masing.
Dan yang penting, sistem Android adalah lebih mesra-pengguna.
4. Redmi Note 12 8GB+256GB
- Storage: 256GB, RAM 8GB
- Kamera: Belakang 50MP, Hadapan 16MP
- Prosesor: MediaTek Helio G96
- Skrin: AMOLED 6.43 inci
- Bateri: 5,000mAh, sokongan 5G
Smartphone Redmi Note 12 menawarkan ruang serta kelajuan yang terbaik untuk kegunaan multi task dalam seharian. Reka bentuk yang menarik, sokongan 5G penuh, kamera yang hebat dan prestasi yang kuat, anda pasti kagum betapa mudahnya membuat kerja on-the-go dan di mana-mana sahaja anda berada.
Begitu juga dengan sistem kamera belakang 50MP serta skrin AMOLED 6.34 inci memberikan keselesaan mata dan visual untuk anda pengguna yang gemar bergambar di luar sana.
Dengan storage 256GB dan RAM 8GB smartphone Redmi Note 12 ini membolehkan anda menyimpan banyak aplikasi dan data tanpa perlu risau storage tidak mencukupi atau penuh.
Seandainya anda memerlukan pilihan yang terbaik untuk melaksanakan kerja atau pembelajaran, Redmi Note 12 ini menawarkan spesifikasi yang mengagumkan pada harga yang berpatutan bawah RM1000.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Sokongan 5G untuk kelajuan internet yang pantas. | Antara fon yang lebih berat dalam kategori telefon pintar yang sama. |
Sistem kamera belakang 50MP yang menghasilkan gambar tajam. | |
Skrin AMOLED 6.43 inci yang memukau. | |
Kapasiti storage besar 256GB dengan RAM 8GB. |
5. Redmi 12 8GB+256GB
- Storage: 256GB, RAM 8GB
- Kamera: Belakang 50MP, Hadapan 8MP
- Prosesor: MediaTek Helio G80
- Skrin: IPS LCD 6.53 inci
- Bateri: 5,000mAh
Storage sebesar Redmi Note 12 tadi, 256GB dan RAM 8GB serta sistem kamera belakang 50MP menghasilkan tangkapan gambar yang cantik dan sharp. Smartphone ini masih lagi berprestasi elok bagi mereka yang gemar fotografi tetapi dengan kualiti kamera hadapaan 8MP, ianya tidak setanding dengan Redmi Note 12 yang dihadiri dengan kamera selfie depan 16MP.
Prosesor MediaTek Helio G80 menjalankan tugas harian dengan cekap. Malahan, skrin IPS LCD 6.53 inci menawarkan visual yang memuaskan. Namun, ia mungkin tidak secerah beberapa skrin AMOLED.
Dilengkapi dengan kapasiti bateri 5000mAh dan fast charging 33W, terdapat beberapa pengguna telah melaporkan masalah dengan bateri yang cepat habis atau fast drainage dan kualiti kamera yang agak rendah.
Keseluruhannya, Redmi 12 masih menjadi pilihan yang baik untuk pengguna yang mencari telefon pintar dengan spesifikasi storage besar pada harga yang mampu dalam bajet RM1000. Jika anda jenis yang tidak peduli akan kualiti kamera yang basic dan ingin kapasiti storage yang luas untuk multitask, maka Redmi 12 adalah pilihan bersesuaian dengan anda.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Storage besar 256GB dengan RAM 8GB untuk kegunaan multitasking. | Skrin IPS LCD mungkin tidak secerah AMOLED. |
Sistem kamera belakang 50MP menghasilkan gambar berkualiti tinggi. | Prosesor MediaTek Helio G80 mungkin tidak secepat prosesor terkini yang lain di pasaran. |
Harga yang berpatutan untuk spesifikasi yang ditawarkan. | |
Kapasiti storage besar 256GB dengan RAM 8GB. |
6. Infinix Note 30 8GB+256GB
- Storage: 256GB, RAM 8GB
- Kamera: Belakang 64MP, Hadapan 16MP
- Prosesor: MediaTek Helio G95
- Skrin: IPS LCD 6.95 inci
- Bateri: 5,000mAh
Infinix Note 30 menawarkan ruang yang luas untuk pengguna yang gemar multitasking dengan kapasiti storage 256GB dan RAM 8GB,
Telefon pintar ini juga mempunyai sistem pembesar suara stereo yang telah di tuned oleh JBL supaya anda dapat menikmati masa berjam-jam scrolling TikTok, Instagram dan melayan YouTube dengan selesa pada skrin IPS LCD 6.95 inci Infinix Note 30 ini.
Infinix Note 30 adalah antara smartphone terbaik kami juga dengan skrin yang besar dan jelas, prestasi yang kuat, serta bateri yang tahan lama. Ia juga mempunyai kamera yang baik dan banyak ruang penyimpanan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak menawarkan sokongan 5G seperti beberapa model lain.
Sistem kamera belakang 64MP menghasilkan gambar dengan finest detail dan warna yang mengasyikkan, sementara kamera selfie 16MP memberikan potret yang mempesona bagi anda yang ingin menambahkan koleksi selfie bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan harga bawah RM1000, Infinix Note 30 adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang menginginkan prestasi tinggi dan pengalaman tontonan yang memukau dan mengasyikkan sambil berada dalam range bajet RM1000.
Beli Infinix Note 30 8GB+256GB
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Kapasiti storage besar 256GB dengan RAM 8GB. | Mungkin tidak mendapat support software sebanyak telefon terkenal lain. |
Sistem kamera belakang 64MP menghasilkan gambar dengan butiran yang halus. | Antara smartphone yang lebih besar dalam saiz berbanding beberapa telefon pintar lain. |
Skrin IPS LCD 6.95 inci yang besar memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan. | |
Bateri 6,000mAh yang tahan lama. |
7. Infinix Note 30 pro 8GB+256GB
- Storage: 256GB, RAM 8GB
- Kamera: Belakang 108MP, Hadapan 16MP
- Prosesor: MediaTek Helio G96
- Skrin: IPS LCD 6.95 inci
- Bateri: 5,000mAh
Telefon pintar Infinix Note 30 Pro ni mempunyai kapasiti storage yang sama dengan Infinix Note 30 tadi (256GB dan RAM 8GB), akan tetapi, yang membezakannya adalah dari segi visual dan kameranya.
Baca: Review Jujur Infinix Note 30 Pro
Infinix Note 30 Pro dilengkapi dengan sistem kamera belakang 108MP. Anda kini boleh memulakan career fotografi dengan hasil tangkapan gambar yang sharp. Manakala dengan kamera selfie 32MP, kami yakin anda akan berpuas hati dengan selfie yang semestinya menawan dan menambat hati followers.
Dengan harga yang berpatutan, fon keluarga Infinix ini memiliki ciri-ciri kamera yang lebih baik berbanding Infinix Note 30 tadi. Bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan kualiti kamera premium tanpa perlu membayar harga yang tinggi, Infinix Note 30 Pro ini pilihan sesuai anda.
Tambahan juga, dengan sensor gambar yang lebih besar, blur effect mode yang lebih canggih, dan mungkin juga kemampuan rakaman video yang lebih baik, pasti TikTok mahupun Instagram live anda bakal menarik ramai viewers untuk menonton. Apa lagi? Jangan lupa mention kami apabila anda sudah menjadi terkenal di TikTok atau Instafamous nanti.
Bagi kaki gaming pula boleh layan main game PUBG, Mobile legend dan Free Fire smooth jer.
Beli Infinix Note 30 Pro 8GB+256GB
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Kamera belakang 108MP yang menghasilkan gambar dengan sharpness dan warna yang terang. | Harga mungkin lebih tinggi berbanding Infinix Note 30. |
Skrin IPS LCD 6.95 inci yang luas memastikan visual yang memukau untuk tontonan dan gaming. | Saiz telefon yang besar seperti Infinix Note 30 mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pengguna. |
Storage besar 256GB dengan RAM 8GB membolehkan penyimpanan data yang banyak dan penggunaan multitugas yang cekap. | |
Bateri 5,000mAh untuk kegunaan bertahan sepanjang hari. |
8. Infinix HOT 30i 4GB+128GB
- Storage: 128GB, RAM 4GB
- Kamera: Belakang 50MP, Hadapan 8MP
- Prosesor: MediaTek Helio P65
- Skrin: IPS LCD 6.52 inci
- Bateri: 5,000mAh
Infinix HOT 30i adalah model yang lebih berpatutan dalam senarai list 10 smartphone terbaik di Factory Mobile ini.
Ia dilengkapi ciri-ciri yang lebih asas dan mungkin tidak mempunyai kelebihan kamera dan prestasi sehebat model Infinix Note 30 atau Infinix Note 30 Pro sebelumnya.
Smartphone ini adalah pilihan yang sangat baik bagi pengguna yang mencari telefon pintar bajet dengan prestasi yang okay terutamanya untuk anak-anak.
Kapasiti storagenya basic 128GB dan RAM 4GB, mencukupi untuk kegunaan harian dan aplikasi ringan. Serta skrin IPS LCD 6.52 inci menawarkan visual yang jelas dalam genggaman. Semestinya lightweight dan compact.
Walaupun tidak secanggih dari telefon- yang tersenarai sebelumnya, Infinix HOT 30i ini masih mempunyai sistem kamera belakang 13MP serta kamera selfie 8MP yang membolehkan pengguna mengambil gambar atau selfie cun yang memuaskan.
Prosesor MediaTek Helio A20 pada telefon pintar ini tetap menjalankan fungsinya dengan lancar untuk kegunaan harian. Yang penting, dengan harga RM449, Infinix HOT 30i adalah pilihan yang sangat baik bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan prestasi yang memuaskan pada bajet yang berpatutan bawah RM500.
Beli Infinix HOT 30i 4GB+128GB
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Harga yang berpatutan untuk spesifikasi yang ditawarkan dibandingkan dengan Infinix Note 30 dan Infinix Note 30 Pro. | Kurang canggih dalam prestasi jika dibandingkan dengan model-model yang lebih mahal. |
Bateri 5,000mAh yang tahan lama membolehkan penggunaan sepanjang hari. | Skrin IPS LCD mungkin tidak secerah beberapa telefon pintar lain dalam kategori yang sama. |
Rekaan yang ringan dan mudah alih. | Storage 128GB dengan RAM 4GB hanya mencukupi untuk kegunaan harian dan aplikasi ringan. |
9. Honor 90 12GB+256GB
- Storage: 256GB, RAM 12GB
- Kamera: Belakang 64MP, Hadapan 32MP
- Prosesor: Snapdragon 870
- Skrin: Super AMOLED 6.7 inci
- Bateri: 4,500mAh, Fast charging
Untuk anda yang inginkan kapasiti storage lebih pada tawaran harga berpatutan, Honor 90 sesuai buat anda!
Hadir dengan spesifikasi tinggi, Honor 90 ini memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan storage berkapasiti besar 256GB dan RAM 12GB. Jadi boleh download pelbagai aplikasi yang berat mahupun untuk kegunaan intensif kerja atau pembelajaran.
Skrin Super AMOLED 6.7 inci pada Honor 90 ini menawarkan visual dengan contrast yang menarik. Lebih-lebih lagi sistem kamera belakang 64MP dan kamera selfie 32MP menghasilkan gambar dan selfie yang details dan cantik untuk update social media anda.
Prosesor Snapdragon 870 memastikan kelajuan yang tinggi dalam menjalankan aplikasi dan gaming apps terkini. Dan bateri 4,500mAh fast charging 66W, ia membolehkan anda menikmati masa ber’otp’ (on the phone) dengan rakan-rakan atau keluarga tanpa keresahan.
Kelebihannya adalah spesifikasi yang tinggi dan rekaan yang canggih. Honor 90 adalah pilihan yang sangat baik bagi mereka yang mengutamakan prestasi dan kualiti visual dalam satu device.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Prestasi tinggi dengan prosesor Snapdragon 870 dan RAM 12GB. | Harga mungkin berada di luar bajet sesetengah pengguna Android. |
Skrin Super AMOLED 6.7 inci yang memukau dengan warna yang hidup. | Antara lebih berat dalam kategori telefon pintar yang sama. |
Sistem kamera belakang 64MP menghasilkan gambar dengan ketajaman dan butiran yang memukau. | |
Pengisian pantas 66W memudahkan pengguna. |
10. Realme C53 6GB+128GB
- Storage: 128GB, RAM 6GB
- Kamera: Belakang 50MP, Hadapan 16MP
- Prosesor: MediaTek Helio G37
- Skrin: IPS LCD 6.6 inci
- Bateri: 5,000mAh
Akhir sekali dalam senarai top 10 smartphone terbaik 2023 pilihan pengunjung kami di Factory Mobile ini adalah Realme C53. Telefon ini ditawarkan di pasaran kami dengan bajet serendah RM600 (bawah RM1000)!
Dengan kapasiti storage basic 128GB dan RAM 6GB, ia menyediakan ruang yang cukup untuk aplikasi harian dan beberapa gaming apps ringan. Serta skrin IPS LCD 6.6 inci menawarkan visual yang jelas dengan resolusi yang memuaskan walaupun bersaiz kecil dan compact.
Sistem kamera belakang 50MP dan kamera selfie 8MP menghasilkan tangkapan gambar yang jelas dan memuaskan untuk gambar dan selfie yang setara dengan harga. Jadi anda mampu memikat followers anda dengan visual selfie yang cantik di pelbagai platform sosial media.
Prosesor MediaTek Helio G37 pada Realme C53 ini tetap mampu memberi kebebasan untuk anda melakukan tugas harian dengan lancar walaupun tidak setanding MediaTek Helio G96 atau G80 yang ada pada Android setandingnya.
Realme C53 adalah telefon pintar yang menawarkan banyak ciri-ciri yang masih dalam condition baik pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, kapasiti storage yang ada pada Realme C53 ini mungkin tidak memuaskan atau mencukupi bagi sesetengah pengguna kapasiti storage besar di luar sana.
Beli Realme C53 6GB+128GB
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Harga yang berpatutan dan dalam bajet. | Prestasi mungkin terhad untuk aplikasi dan gaming apps berat. |
Sistem kamera belakang 50MP menghasilkan gambar dengan warna yang tepat dan butiran yang memuaskan. | Skrin IPS LCD tidak secerah beberapa pesaing dalam kategori yang sama. |
Bateri 5,000 mAh mampu bertahan sepanjang hari. |
Masih belum boleh membuat keputusan yang mana nak beli? Dalam banyak-banyak yang kami kupaskan dalam penulisan hari ini, semuanya bergantung atas style atau taste keselesaan anda dalam memilih dan membeli telefon terkini anda.
Jika anda jenis user smartphone yang memiliki bajet ketat dan tidak memerlukan spec yang canggih, sudah tentu dalam banyak-banyak fon yang tersenarai di atas, kami sarankan Infinix HOT 30i (RM449) atau Realme C53 (RM599) kami. Meskipun harganya lebih rendah, ia masih menawarkan fungsi asas smartphone dan bateri yang tahan lama untuk kegunaan peribadi seharian.
Namun, jika anda merupakan seorang yang selesa dengan kecanggihan peranti Apple dan inginkan kualiti kamera yang cantik, tanpa mengira bajet, maka kami sarankan anda membeli iPhone top 3 terlaris kami iaitu iPhone 11 Pro used (RM1830-RM1840) kami.
Bagi kaki gamers pula yang mengutamakan kualiti dan keselesaan untuk gaming, telefon Honor 90 (RM1799) menawarkan spesifikasi terbaik meskipun melebihi bajet RM1000. Yang penting, keselesaan screen time menjadi kepuasan anda.
Jadi? Pilihan manakah yang terbaik untuk anda?
Jika anda masih tidak tahu ingin pilih smartphone terbaik yang mana, anda boleh terus kunjungi terus ke cawangan Factory Mobile untuk mencuba model-model fon sesuai dengan keselesaan dan citarasa anda hari ini dan boleh beli secara ansuran dengan Shopee Pay Later.
2 thoughts on “10 Smartphone Terbaik 2023 (Pilihan Pengguna)”