Factorymobile.com.my

5 Smartphone Kamera Cantik Bawah RM1,500 (Pilihan Terbaik 2026)

Assalamualaikum dan hai semua pembaca setia blog Factory Mobile!

Nak kamera cantik tapi bajet ketat?
Tak semua orang sanggup berhabis RM3k ke atas semata-mata nak gambar lawa.

Hakikatnya, tahun 2026 ni banyak smartphone bawah RM1,500 yang kamera dia dah cukup padu untuk daily use, content media sosial, OOTD dan family moment.

Artikel ni dikemas kini untuk 2026, berdasarkan model yang masih relevan, mudah dapat di Malaysia, dan berbaloi dibeli sekarang.

Jom kita tengok telefon mana yang sesuai untuk korang.

5 smartphone kamera cantik 2026

1. Redmi Note 14 Pro Plus (RM1,499)

Redmi Note 14 Pro+ memang terkenal dengan kameranya yang power untuk harga midrange.

Dengan sensor utama 200MP yang besar serta dilengkapi OIS, model Pro+ ini mampu hasilkan gambar yang sangat tajam, terang dan detail. Tak kira sama ada dalam keadaan cerah ataupun low-light.

Telefon ni bukan saja bagus untuk photoshoot harian, tapi juga sesuai untuk creator yang perlukan video stabil dan berkualiti.


Spesifikasi Kamera

Belakang:

  • 200MP utama, f/1.65, OIS, multi-direction PDAF (sensor 1/1.4-inch)
  • 8MP ultrawide, 120°
  • 2MP macro

Depan:

  • 20MP kamera selfie, f/2.2

Video:

  • Belakang: 4K 24/30fps
  • Depan: 1080p 30/60fps

Prestasi Kamera

Dalam keadaan terang, kamera utama 200MP boleh tangkap gambar yang sangat detail, sharp dan ada dynamic range yang luas.

Warna pula boleh jadi natural atau sedikit saturated bergantung pada AI, tapi overall sangat memuaskan untuk kelas harga dia.

Untuk low-light, sensor besar + OIS membantu telefon ini menghasilkan gambar yang terang dengan noise yang minimum.

Prestasi kamera pada waktu malam dia memang lebih baik daripada jangkaan untuk telefon bawah RM2000.

Kamera ultrawide pula cukup ok untuk tangkap group photo atau scenery, tapi detail tak setanding kamera utama.

Dan kamera macro 2MP tu memang “sekadar ada” sahaja dan kurang praktikal. Rakaman 4K dari kamera utama sangat jelas dan stabil, cuma tak ada 4K 60fps.

Kamera depan pula ok untuk vlogging biasa, tapi stabilisasi tak seperti kamera belakang.

AI features seperti AI Erase Pro dan AI Image Enlargement menjadikan editing dalam phone lebih mudah, sangat berguna untuk content creator.

Baca: Review Redmi Note 14 Pro Plus


Kelebihan & Kekurangan Redmi Note 14 Pro Plus

KelebihanKekurangan
Kamera utama 200MP sangat tajam & detailUltrawide 8MP kurang detail dalam cahaya rendah
Prestasi low-light bagus dengan bantuan OISKamera macro 2MP kurang penggunaan real
Warna cantik & dynamic range luasTiada 4K 60fps untuk rakaman video
Video 4K stabil pada kamera belakangSelfie video kurang stabil berbanding kamera belakang
Ada fungsi AI seperti AI Erase Pro 
Sesuai untuk portrait, scenery & content creation 

2. Oppo Reno 15F (RM1,499 – RM1,599)

Haa ini model terbaru awal Januari 2026, Oppo Reno 15F. Oppo memang terkenal dengan kamera selfie dan algoritma AI yang cantik, dan Reno 15F meneruskan reputasi tu dengan setup kamera yang lebih lengkap.

Dengan kamera utama 50MP + OIS, ultrawide 8MP dan menariknya selfie ditingkatkan kepada 50MP Ultra Wide, Reno 15F sesuai untuk pengguna yang nak gambar konsisten tanpa perlu banyak edit.


Spesifikasi Kamera

Belakang:

  • 50MP utama, f/1.8, dengan OIS
  • 8MP ultrawide, f/2.2, 112° FOV
  • 2MP macro

Depan:

  • 50MP kamera selfie, Ultra Wide dengan autofocus (AF)

Video:

  • Belakang: 4K 30fps
  • Depan: 1080p 30fps

Prestasi Kamera

Dalam keadaan terang, Reno 15F boleh menghasilkan gambar yang tajam, warna cerah dan dynamic range yang baik.

Sensor 50MP dengan OIS membantu mengekalkan sharpness walaupun ambil gambar sambil bergerak.

Untuk low-light, gambar masih usable dengan noise yang terkawal, tetapi kadang-kadang warna skin tone boleh nampak kurang tepat.

Namun Reno 15F ada flash yang lebih hebat daripada kebanyakan fon midrange, jadi gambar malam masih memuaskan.

Ultra-wide 8MP cukup berguna untuk landscape dan group shot, manakala kamera macro 2MP lebih kepada “nice to have” dan jarang digunakan.

Fokus utama Reno 15F adalah pada kamera selfie 50MP Ultra Wide. Nak selfie secara berkumpulan tak ada masalah, semua orang boleh masuk dalam satu frame. Tak ada lagi yang tercrop sebab tak muat.

Rakaman video 4K pada kamera belakang stabil dan terang hasil bantuan OIS.

Selfie video pula kekal pada 1080p dan kurang stabil kalau bergerak, jadi kurang sesuai untuk vlogging sambil berjalan.

AI pada Reno 15F menjadi tarikan utama dengan fungsi seperti AI Recompose, AI Perfect Shot, dan AI Style Transfer untuk naikkan seri gambar tanpa editing berat.


Kelebihan & Kekurangan Oppo Reno 15F

KelebihanKekurangan
Kamera utama 50MP + OIS bagi gambar lebih stabilSkin tone kadang-kadang kurang tepat dalam low-light
Warna terang, detail cantik pada situasi daylightVideo selfie terhad kepada 1080p dan kurang stabil
Ultrawide berguna untuk group dan sceneryKamera macro 2MP kurang praktikal
Selfie 50MP Ultra Wide dengan autofocus 
Video 4K stabil pada kamera belakang 
AI features banyak membantu cantikkan gambar 

3. INFINIX ZERO 40 5G (RM1,239)

Infinix Zero 40 5G hadir dengan kamera yang memang “overkill” untuk harga midrange.

Dengan kamera utama 108MP + OIS, ultrawide 50MP dan kamera selfie 50MP, Zero 40 bukan saja fokus gambar, tapi juga video sebab semua kameranya boleh rakam 4K 60fps.

Untuk harga bawah RM1500, ini antara telefon yang paling agresif dari segi spesifikasi kamera.


Spesifikasi Kamera Infinix Zero 40

Belakang:

  • 108MP utama, f/1.75, OIS
  • 50MP ultrawide, 120° FOV (versi 4G hanya 8MP ultrawide)
  • 2MP depth sensor

Depan:

  • 50MP selfie, autofocus (AF)

Video:

  • 4K 60fps depan & belakang
  • Stabilisasi OIS/EIS ada, tetapi terhad pada beberapa mod sahaja

Prestasi Kamera

Dalam keadaan cerah

Dalam keadaan daylight, Zero 40 menghasilkan gambar yang sangat tajam dan vibrant.

Sensor 108MP dengan OIS memastikan gambar kekal stabil dan penuh detail walaupun ambil cepat-cepat.

Ultrawide 50MP juga menghasilkan gambar luas yang padat dengan detail.

Dalam keadaan low-light

Low-light adalah bahagian yang sedikit lemah.

Gambar boleh ada noise, detail kurang, dan blooming muncul pada lampu-lampu terang. Super Night Mode membantu, tapi hasil kadang-kadang tak konsisten.

Video

Ini selling point paling besar Zero 40:
4K 60fps depan & belakang, jarang jumpa dalam kelas harga ni.

Memang sesuai untuk vlogger, content creator, ataupun sesiapa yang memang rakam video banyak.

Cuma, Ultra Steady Pro (stabiliti terbaik) hanya boleh guna pada resolusi 1080p dan mode tertentu saja.

AI & Editing

Infinix bagi banyak fungsi kreatif:

  • AI Erase (buang objek)
  • Smart Cut-out
  • AI Vlog
  • Sky Shop (tukar langit)

Sangat mnearik dan sesuai untuk pengguna yang suka edit dengan cepat dalam phone.

Isu Warna

Satu kelemahan yang ramai reviewer setuju, warna kamera utama dan ultrawide tak sama. Bila tukar lens, ton warna akan berubah dengan jelas.

Baca: Review Infinix Zero 40


Kelebihan dan Kekurangan Infinix Zero 40

KelebihanKekurangan
Gambar tajam waktu daylightLow-light kurang konsisten
Kamera utama 108MP + OISUltra Steady Pro hanya tersedia pada 1080p
Video 4K 60fps depan & belakangWarna berubah bila tukar main → ultrawide
Ultrawide 50MP sangat berguna untuk travel & group photoDepth sensor 2MP hampir tiada kegunaan
Banyak tools AI editing 
Integrated GoPro-style mode untuk aktiviti outdoor 

4. Honor 200 (RM1,299)

Sebelum ni abe suggest Honor 200 Lite, tapi kali ni harga Honor 200 dah turun lebih berbaloi.

Apatah lagi ia hadir dengan sistem kamera yang jauh lebih mantap berbanding model Lite.

Dengan sensor utama 50MP dan telefoto 50MP khas untuk potret, hasil gambarnya memang penuh detail dan lebih profesional.

Kamera ultrawide pula sesuai untuk ambil lanskap dan group photo, manakala kamera depan 50MP memberikan selfie yang sangat terang dan tajam.


Spesifikasi Kamera Honor 200

Belakang:

  • 50MP utama (Sony IMX856)
  • 50MP telephoto 2.5x optical zoom
  • 12MP ultrawide

Depan:

  • 50MP kamera selfie wide

Stabilization:

  • Dual OIS + EIS

Prestasi Kamera

Kamera utama Honor 200 menghasilkan gambar dengan warna natural, detail yang tinggi, dan dynamic range yang seimbang.

Untuk potret, kombinasi sensor 50MP + telephoto 2.5x memang main peranan.

Subjek nampak sangat sharp dengan bokeh yang kemas dan natural, terutamanya bila guna mode Harcourt.

Rakaman video pula menyokong 4K 30fps pada kamera depan dan belakang, walaupun kadang-kadang ada sedikit inconsistency pada stabilisasi video dalam keadaan low-light.

Untuk still photo pada waktu malam, Night Mode berfungsi sangat baik dengan noise yang lebih terkawal.

Selfie 50MP pada Honor 200 memang cantik, warna kulit natural, detail masih terjaga, dan ada pilihan mode beauty yang tidak keterlaluan.


Kelebihan dan Kekurangan Honor 200

KelebihanKekurangan
Potret sangat cantik dengan bokeh kemasPrestasi kamera ultrawide agak kurang dalam low-light
Kamera utama 50MP dengan detail tinggi dan warna hidupVideo low-light kadang-kadang inconsistent dari segi detail & stabilisasi
Telephoto 2.5x optical zoom sesuai untuk potretMode Harcourt hanya untuk kamera belakang
Selfie 50MP yang tajam & natural 
Rakaman video 4K depan dan belakang 
Setup kamera versatile (wide, ultrawide, telephoto) 

5. VIVO V60 Lite 5G (RM1,499)

Vivo V60 Lite 5G hadir sebagai pilihan midrange yang fokus pada kamera utama dan ciri AI.

Walaupun menggunakan hardware yang sama seperti generasi sebelumnya (V50 Lite), model ini tetap menawarkan prestasi harian yang baik, terutama dalam pencahayaan terang.

Dengan kamera utama 50MP + ultrawide 8MP serta selfie 32MP, V60 Lite sesuai untuk pengguna yang nak gambar cantik tanpa perlukan setup kamera yang terlalu kompleks.


Spesifikasi Kamera Vivo V60 Lite 5G

Belakang:

  • 50MP utama, Sony IMX882, f/1.79, autofocus
  • 8MP ultrawide, 120° FOV

Depan:

  • 32MP kamera selfie, f/2.45

Flash:

  • LED Flash + AI Aura Light (ring light untuk potret malam)

Video (5G version):

  • 4K 30fps
  • 1080p 30/60fps + gyro-EIS

Prestasi Kamera

Daylight Photography

Kamera 50MP Sony IMX882 menghasilkan gambar yang jelas, warna cantik, dan dynamic range luas.

Untuk suasana terang, kamera ni memang stabil dan konsisten. Sesuai untuk OOTD, scenery, dan gambar harian.

Low-light

Sensor besar membantu, tapi low-light bukan kekuatan utama model ni. Masih ada noise dan kurang detail dalam keadaan malap.

Tapi untuk portrait malam, AI Aura Light memang membantu menaikkan skin tone jadi lebih natural dan cerah.

Ultrawide

Ultrawide 8MP ok untuk gambar ramai-ramai atau lanskap, tapi detail tak setanding kamera utama. Bila zoom-in, boleh nampak pixelation dan soft edges.

Selfie

Selfie 32MP menghasilkan gambar yang terang dan bersih. AI skin tone pun agak natural, sesuai untuk social media.

Video

Kelebihan besar versi 5G ialah 4K 30fps peningkatan ketara daripada generasi lama.

Stabilisasi (EIS) ok untuk 1080p, tetapi tak konsisten bila shoot 4K, jadi untuk vlogging bergerak, lebih baik guna 1080p 60fps.

AI Features

Antara yang paling best:

  • AI Erase 3.0 (buang objek)
  • AI Remove Reflection
  • AI Photo Enhance (upscaling)
  • AI Four-Season Portrait

Kalau korang jenis suka edit gambar dalam phone, ini antara model paling seronok untuk digunakan.

Baca review abang dia: Review Vivo V60


Kelebihan dan Kekurangan VIVO V60 Lite 5G

KelebihanKekurangan
Kamera utama 50MP yang stabil untuk daylightLow-light masih ada noise dan kurang detail
Selfie 32MP yang cantik dan naturalUltrawide 8MP sederhana saja
Ada 4K video (naik taraf besar dari V50 Lite)Stabilisasi tak konsisten bila rakam 4K
AI Aura Light untuk portrait malamKamera hardware mirip generasi lama
Banyak AI editing tools yang berguna 
Harga bawah RM1200 tapi features lengkap 

Kesimpulan

Setiap telefon dalam senarai ni ada kekuatan masing-masing, ikut cara korang suka ambil gambar.

Kalau korang nak kamera paling tajam dan paling padu untuk low-light, Redmi Note 14 Pro+ memang pilihan paling safe.

Sensor 200MP dia susah nak lawan dalam kelas harga ni.

Kalau korang jenis nak warna cantik, selfie lawa dan gambar konsisten tanpa edit, Oppo Reno 14F memang steady.

AI dia memang pandai buat gambar nampak “siap untuk upload”.

Untuk korang yang suka rakam video 4K 60fps, buat content TikTok atau travel vlog, tak payah fikir panjang.

Infinix Zero 40 ialah pilihan paling agresif dari segi video.

Kalau korang nak kamera serba boleh, potret cantik, zoom cun dan selfie power, Honor 200 memang all-rounder paling lengkap dalam senarai ni.

Dan kalau korang nak kamera yang stabil untuk harian dengan editing AI padu, Vivo V60 Lite 5G pun sangat berbaloi, terutama untuk pengguna yang suka edit gambar dalam phone saja.

Pendek kata…

Paling tajamRedmi Note 14 Pro+
Selfie & warnaOppo Reno 14F
Video 4K 60fpsInfinix Zero 40
Potret & zoomHonor 200
Editing AI & daily useVivo V60 Lite 5G

Sekarang pilihan di tangan korang, yang mana paling kena dengan gaya korang?

Korang boleh beli terus di website kami atau pun walk in je cawangan-cawangan kami yang berdekatan.

Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan yang tengah survey telefon baru!

Nak Beli Smartphone Kamera Cantik Tanpa Beban Tunai?

Kalau bajet belum cukup atau nak bayar ansuran:

Datang terus ke cawangan Factory Mobile
Boleh beli smartphone kamera cantik bawah RM1,500 dengan:


Nak Lebih Menarik? Baca artikel-artikel ni.

Follow Channel Kami Untuk Update Terkini

Follow Media Sosial Kami

 

1 thought on “5 Smartphone Kamera Cantik Bawah RM1,500 (Pilihan Terbaik 2026)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top