Factorymobile.com.my

Review Infinix Note Edge: Pengalaman Abe Guna Seminggu

Pasaran telefon bajet sekarang makin sengit, dan salah satu model yang menarik perhatian Abe kebelakangan ini ialah Infinix Note Edge 5G. Dengan harga sekitar RM999, telefon ini datang dengan beberapa spesifikasi yang agak luar biasa untuk kategori harga ini.

Abe berpeluang menggunakan Infinix Note Edge sebagai telefon harian selama seminggu, jadi dalam artikel ini Abe nak kongsi pengalaman sebenar penggunaan, dari segi prestasi, skrin, kamera, bateri dan sama ada telefon ini berbaloi untuk dibeli.

Kalau korang sedang mencari telefon sekitar bawah RM1000, review ini mungkin boleh membantu.

Review Infinix Note Edge: Pengalam Guna Seminggu

Spesifikasi Utama Infinix Note Edge

Sebelum masuk pengalaman penggunaan, ini antara spesifikasi utama Infinix Note Edge:

  • Cipset: MediaTek Dimensity 7100
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Skrin: 6.78” 3D Curved OLED Display
  • Kamera utama: 50MP
  • Bateri: 6500mAh
  • Fast Charging: 45W
  • Rangkaian: 5G
  • Harga Malaysia: sekitar RM999

Bagi Abe, kombinasi OLED curved display + bateri 6500mAh + cip Dimensity 7100 memang agak menarik untuk telefon dalam kategori harga ini.


First Impression: Design Nampak Premium

Bila pertama kali pegang Infinix Note Edge, perkara pertama yang Abe perasan ialah reka bentuk yang nampak premium.

Walaupun ini telefon bajet, design dia tidak nampak murah. Bahagian belakang menggunakan matte finish dan modul kamera nampak kemas.

Apa yang Abe suka:

  • Skrin curved di bahagian tepi
  • Telefon nampak lebih mahal daripada harga
  • Body terasa solid di tangan
  • Rekaan agak moden
  • Berat yang tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Sedang-sedang sahaja.

Kalau orang tak tahu harga sebenar, memang ramai sangka telefon ini lebih mahal daripada RM1000.


Skrin 3D Curved OLED – Antara Kelebihan Besar

Satu perkara yang buat Abe agak tak expect ialah skrin OLED curved pada telefon ini.

Biasanya skrin jenis ini hanya ada pada telefon yang lebih mahal.

Sepanjang seminggu guna telefon ini, Abe banyak guna untuk:

  • Tengok YouTube
  • Netflix
  • Scroll TikTok
  • Gaming ringan

Paparan nampak tajam, warna terang dan viewing angle sangat baik. Skrin besar 6.78 inci juga membuatkan pengalaman menonton video lebih selesa.

Untuk pengguna yang suka tengok content di telefon, ini memang satu kelebihan besar.


Prestasi: Dimensity 7100 Memang Smooth

Infinix Note Edge menggunakan MediaTek Dimensity 7100, yang boleh dikatakan cip kelas pertengahan.

Sepanjang seminggu penggunaan, Abe guna telefon ini untuk:

  • WhatsApp
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • YouTube
  • Main game

Prestasi keseluruhan memang lancar untuk penggunaan harian.

Untuk gaming pula:

  • Genshin Impact – Phone ni masih boleh handle dengan setting pada Highest, 30fps dengan sedikit lag. Abe sarankan guna setting medium untuk lebih smooth.
  • Mobile Legends – tak ada masalah, boleh main dengan lancar.
  • PUBG Mobile – masih playable dengan setting sederhana

Digabungkan dengan 8GB RAM, multitasking juga tidak terasa berat. Menarik lagi Infinix Note Edge ada bypass charging, boleh main game sambil caj.

Walaupun bukan telefon gaming hardcore, tetapi untuk pengguna biasa memang lebih daripada cukup.


Kamera 50MP: Cukup Untuk Media Sosial

Telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP.

Dalam keadaan cahaya yang baik, gambar yang diambil nampak:

  • Tajam
  • Warna agak natural
  • Sesuai untuk media sosial

Abe gunakan kamera ini untuk:

  • Ambil gambar produk
  • Gambar makanan
  • Gambar random harian

Untuk low light, kualiti sedikit menurun, ini memang perkara biasa untuk telefon dalam kategori harga ini.

Menariknya lagi, ada Quick Button yang boleh set kepada Kamera dan juga jadi butang Shutter.

Tetapi secara keseluruhan, kamera ini lebih daripada cukup untuk pengguna biasa.


Bateri 6500mAh – Memang Tahan Lama

Ini mungkin kelebihan terbesar Infinix Note Edge.

Telefon ini datang dengan bateri 6500mAh, yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan telefon yang biasanya sekitar 5000mAh.

Sepanjang penggunaan Abe:

  • Media sosial
  • Tengok video
  • Ambil gambar
  • Chat WhatsApp

Telefon ini boleh bertahan sehari setengah dengan penggunaan sederhana.

Kalau penggunaan ringan, mungkin boleh tahan hampir dua hari.

Telefon ini juga menyokong 45W fast charging, jadi proses pengecasan tidak terlalu lama. Dan menariknya lagi, phone ni boleh jadi powerbank. Korang boleh caj phone lain guna phone ni.


Free Gift Bila Beli

Untuk pembelian melalui Factory Mobile, pengguna juga akan dapat beberapa aksesori percuma seperti:

  • Protective case
  • Gift set strap charging cable (2-in-1)
  • Premium tempered glass

Freegift ini terhad, jadi cepat-cepat beli sementara stok masih ada.


Kelebihan Infinix Note Edge

Selepas guna seminggu, ini antara perkara yang Abe paling suka:

✅ Skrin 3D curved OLED yang cantik
✅ Bateri 6500mAh sangat tahan lama
✅ Prestasi lancar untuk penggunaan harian
✅ Storage besar 256GB
✅ Ada bypass charging ketika main game
✅ Boleh jadi powerbank
✅ Harga bawah RM1000


Kekurangan Yang Abe Perasan

Walaupun menarik, ada juga beberapa perkara yang boleh diperbaiki:

❌ Kamera low light biasa sahaja
❌ Bukan telefon untuk heavy gaming
❌ Saiz agak besar untuk pengguna yang suka phone kecil

Namun untuk kategori harga ini, kekurangan ini masih boleh diterima.


Berbaloi Ke Beli Infinix Note Edge?

Selepas seminggu guna, Abe boleh kata Infinix Note Edge adalah salah satu telefon bajet yang agak menarik dalam pasaran sekarang.

Dengan harga RM999, pengguna sudah dapat:

  • Skrin OLED curved
  • Bateri 6500mAh
  • Cip Dimensity 7100
  • Storage 256GB

Gabungan ini memang jarang ditemui dalam telefon bawah RM1000.

Telefon ini sangat sesuai untuk:

  • Pelajar
  • Pengguna kasual
  • Pengguna yang suka skrin besar
  • Pengguna yang mahu bateri tahan lama

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa harga Infinix Note Edge di Malaysia?

Harga sekitar RM999 untuk varian 8GB RAM + 256GB storage.

2. Adakah Infinix Note Edge sesuai untuk gaming?

Ia sesuai untuk game ringan hingga sederhana, tetapi bukan telefon gaming hardcore.

3. Berapa kapasiti bateri Infinix Note Edge?

Telefon ini menggunakan bateri besar 6500mAh dengan sokongan 45W fast charging dan Reverse Charging.

4. Adakah Infinix Note Edge menyokong 5G?

Ya, telefon ini menyokong rangkaian 5G.


Kesimpulan

Secara keseluruhan, pengalaman Abe menggunakan Infinix Note Edge selama seminggu memang agak puas hati. Telefon ini menawarkan skrin OLED curved yang cantik, bateri sangat besar dan prestasi yang cukup lancar untuk penggunaan harian.

Jika korang mencari telefon bawah RM1000 dengan bateri besar dan skrin premium, Infinix Note Edge memang antara pilihan yang sangat menarik sekarang.
Beli terus di website kami www.fmmall.my atau walk in je ke mana-mana cawangan kami yang berdekatan dengan anda.

Smartphone Advisor kami akan membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik.



Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top