Review Jujur : Infinix Note 30 Pro – Midrange Phone Killer.

Harini Abe Ja nak review Infinix Note 30 Pro yang baru jer dilancarkan 24 Mei baru – baru ini.

Mesti ada yang kali pertama dengar jenama ini kan? Syarikat ni berasal dari Nigeria. Syarikat yang sah dan berdaftar taw, bukannya scammer yer.

Syarikat ini dah lama menjual smartphone ni, dari 2013 lagi. Tahun 2016 dah masuk lebih dari 30 buah negara seperti benua arab, tempat kita asia tenggara dan banyak lagi.

Tahun 2020 telefon ni top paling banyak di jual di Lazada Indonesia semasa promosi 11.11 dan 12.12. haa hebat kan? Bukan brand cap ayam ni.

Infinix Note 30 Pro

review Infinix Note 30 Pro factory mobile malaysia

Kelebihan utama phone ni secara ringkas yang menjadikan ia phone midrange terbaik 2023 ialah:

NoKelebihan Infinix Note 30 Pro
1Chipset Mediatek MT8781 Helio G99 (6nm).
2Ram dan Rom besar 8+256GB. Tambahan virtual ram 8GB
3Versi android paling terkini (android 13)
4Charger laju 68w, ada wireless lagi.
5Skrin amoled 120hz yang smooth.
6Kalis percikan air dan habuk IP53.
7Kamera utama 108MP.
8Stereo speaker tune by JBL, pakar bidang audio.

Review Infinix Note 30 Pro

Setakat Abe Ja guna dan test smartphone Infinix Note 30 Pro ni, ni review jujur yang Abe Ja nak share dekat pembaca:

Prestasi

Phone ni menggunakan Chipset Mediatek MT8781 Helio G99 (6nm). Mediatek dah okay banyak sekarang ni, jangan risau. Bukan macam dulu-dulu lagi. Secara perbandingan nak mudah faham kalau banding dengan Snapdragon saingannya ialah Snapdragon 695 atau Snapdragon 680. Jadi boleh bandingkan harga dengan fon yang pakai chipset tu.

Grafik pula menggunakan GPU Mali-G57 MC2. Abe Ja main game PUBG, Mobile legend dan Free Fire lancar jer. Kalau nak main Game grafik tinggi macam Genshin Impact terpaksalah guna tetapan yang paling rendah. Kira okay la untuk phone kelas pertengahan kan?

Memori

Phone ni tersedia dengan 8GB RAM, boleh tambah lagi 8GB secara virtual. Banyak tu. Storage pula 256GB ROM dan siap boleh tambah microSDXC (slot khas tersendiri bukan kongsi dengan slot simkad). Boleh support sampai 2TB.

Sistem operasi

Keluar kotak je dah guna versi android yang paling terkini iaitu Android 13, dan menggunakan user interface (UI) Infinix sendiri iaitu XOS 13.

Bateri

Bateri built in yang besar iaitu 5000 mAh dan jenis lithium polymer. Abe Ja hanya caj sehari je sekali tapi dah boleh tahan lama. Tapi main medsos je la, bukan game.

Pengecasan

Infinix tak kedekut bagi free charger berwayar 68W, laju tu. Tak sampai 1 jam pun dah penuh. Menyokong Power Delivery 3.0. Ciri ni phone flagship je ada taw iaitu pengecasan tanpa wayar 15W. Serta Pengecasan Berbalik tanpa wayar lagi. Senang la nak cas TWS ke apa-apa. Haa mana nak cari spec ni pada phone harga bawah RM1,000?

Skrin

  • 6.67 inci @ 113.7 cm2 (~88.2% screen-to-body ratio)
  • Full HD 1080 x 2460 pixels (~388 ppi density)
  • AMOLED, 1B colors, 120Hz,  dan cahaya paling terang ialah 900 nits, maksudnya kurang cerah sikit jika guna phone bawah cahaya matahari terik. Dalam bangunan terbaik dah .

Saiz Badan

Abe Ja pegang Ngam2 sangat selesa di tangan iaitu 168.5  x  76.5  x  8.5 mm. Berat pula adalah normal bagi phone yang ada bateri yang besar iaitu 205g, skrin pun besar kan?

Jenis Badan

Bahagian hadapan dan belakang adalah dibina dari kaca, Cuma tidak dinyatakan bahan yang digunakan corning gorilla glass atau bukan. Rangka adalah dari bahan plastik jenis keras.

Ciri ini yang jarang nak jumpa pada phone bawah harga RM1k iaitu Kadar kalis air dan habuk IP53. Hebat kan? Kebanyakkan phone ada ciri ini berharga hampir RM2k taw.

Warna

Dua pilihan warna yang menarik disediakan iaitu magic black dan  Variable Gold. Bukan warna biasa-biasa warna, ada metalik dan kesan khas lagi. Bukan sekata biasa je.

Sensor

Cap Fingerprint berada di sebelah kanan phone dan kepantasan dia Abe Ja dah test lebih kurang 1 saat je dah unlock, fuh laju. Ada macam-macam sensor lagi macam accelerometer, gyro, proximity,  dan kompas. Ada Radio FM lagi.

Kamera & Video

Kamera utama di belakang ada 3: 108 MP, (wide), PDAF + 2 MP, f/2.4, (depth) + QVGA. Kamera selfie depan pula 32 MP, f/2.0, (lebar). Abe Ja test dah gambar dia kira okay la bagi phone kategori pertengahan. Tak boleh nak harap kualiti macam flagship phone.

Phone ini boleh rakam Video beresolusi  2:1440p@30fps dan Full HD:1080p@30fps dengan kamera utama dan kamera Selfie: 1080p@30fps. Quad-LED flash, HDR, panorama. Selfie: LED flash, HDR.

Audio

Walaupun phone ini agak murah, namun Speakernya adalah Tuned by JBL 24-bit/192kHz audio. Siap dual speaker lagi. Agak padu juga la bunyi dia sangat clear jelas dan terang Cuma bass ada kureng sikit.

Haa ciri ni jarang dah ada phone zaman sekarang, audio jack 3.5mm. Banyak dah phone sekarang dah tak masukkan ciri ni. Tiada latency bagi peminat gaming.


Akhir Kata Abe Ja

Sekiranya korang mencari smartphone yang power tapi bajet kurang, Abe Ja sarankan korang boleh dapatkan Infinix Note 30 Pro di FM Mall dengan harga bawah RM1000 sahaja.

Jika perkongsian ini korang rasa bermanfaat, bolehlah Like dan Share kepada kawan-kawan dan saudara mara ya.

Sehingga berjumpa lagi.

2 thoughts on “Review Jujur : Infinix Note 30 Pro – Midrange Phone Killer.”

Leave a Comment