Redmi Note 14 Pro+ vs Samsung Galaxy A55 – Mana Lagi Berbaloi?

Dua telefon, satu dilema. Harga lebih kurang sama, tapi pengalaman guna lain cerita.

Abe ada terbaca di dalam ruangan komen Tiktok rasmi kami Factory Mobile, untuk buat perbandingan antara dua model ni.

Iaitu Redmi Note 14 Pro+ vs Samsung Galaxy A55, mana yang lebih berbaloi untuk anda? Jom kita tengok perbandingan penuh!

redmi note 14 pro+ vs samsung galaxy a55

Redmi Note 14 Pro+ vs Samsung Galaxy A55

Buka kotak, dua-dua ada benda basic – telefon, manual, dan kabel. Tapi, yang bestnya Redmi Note 14 Pro Plus bagi pengecas pantas 90W!

Video Unboxing daripada Factory Mobile

Samsung Galaxy A55? Sayangnya tak ada pengecas diberi sekali. Sedih. Anda kena beli asing pengecas Samsung.

Kredit Gambar Phone Arena

Reka Bentuk & Ketahanan

Dalam dunia smartphone, bukan setakat rupa je penting, ketahanan pun kena ambil kira. Jom bandingkan!

Redmi Note 14 Pro Plus

  • Berat: 210g – lebih ringan sikit dari Samsung.
  • Ketahanan: IP68/IP69K – boleh rendam 2 meter dalam air selama 24 jam!
  • Skrin dilindungi Gorilla Glass Victus 2 – lebih tahan calar dan hentakan.
  • Slim, senang genggam, tak rasa bulky sangat.

Samsung Galaxy A55

Kredit gambar GadgetByte Nepal
  • Berat: 213g – sedikit lebih berat, tapi masih selesa di tangan.
  • Ketahanan: IP67 – boleh tahan 1 meter dalam air selama 30 minit je, cukup untuk kecemasan.
  • Skrin menggunakan Gorilla Glass Victus+ – tahan lasak juga, tapi tak sekuat Redmi.
  • Pegang pun rasa premium dengan kemasan kemas dan solid.

Dari segi ketahanan, Redmi Note 14 Pro Plus nampaknya lebih power dengan IP69K dan skrin yang lebih tahan lasak.


Skrin – Siapa Lagi Padu?

SpesifikasiRedmi Note 14 Pro PlusSamsung Galaxy A55
Jenis SkrinAMOLED, HDR10+, Dolby VisionSuper AMOLED, HDR10+
Saiz Skrin6.67 inci6.6 inci
Refresh Rate120Hz120Hz
Kecerahan Maksimum3,000 nits1,000 nits
Resolusi1220 x 2712 pixel1080 x 2340 pixel

Kalau suka skrin cerah meletop, Redmi Note 14 Pro Plus adalah pilihan terbaik.

Dengan 3,000 nits kecerahan, memang tiada masalah nak guna bawah cahaya matahari terik.

Skrin Redmi Note 14 Pro Plus

Samsung Galaxy A55 pun lawa, tapi lebih kepada warna yang seimbang dan selesa untuk mata.

Kredit TechDaily

Prestasi – Laju Ke Tidak?

Bagi yang suka gaming atau multitasking berat, chipset sangat penting.

  • Redmi Note 14 Pro Plus
    • Cip: Snapdragon 7s Gen 3 (4nm) – cukup power untuk gaming dan multitasking.
    • GPU: Adreno 810 – grafik lancar, tak mudah drop frame.
    • OS: Android 14 (HyperOS) – lebih ringan dan smooth.
    • Kemas kini: 3 tahun – agak standard untuk telefon mid-range.
  • Samsung Galaxy A55
    • Cip: Exynos 1480 (5nm) – lebih fokus pada kecekapan tenaga.
    • GPU: Xclipse 530 – cukup baik untuk kegunaan harian, tapi tak setanding Adreno 810.
    • OS: Android 14 (One UI) – lebih polished dan stabil.
    • Kemas kini: 4 tahun – lebih lama dari Redmi, bagus untuk jangka panjang.

Redmi Note 14 Pro Plus memang lebih laju, tapi Samsung Galaxy A55 bagi kemas kini lebih lama.

Kalau nak jimat dan tak upgrade selalu, Samsung mungkin pilihan lebih baik.


Kamera – Yang Mana Lebih Cantik?

Selfie

  • Redmi Note 14 Pro Plus: 20MP – warna kulit lebih warm, ada soft effect macam beauty filter.
  • Samsung Galaxy A55: 32MP – lebih realistik, potret lebih sharp dan kemas.

Samsung Galaxy A55 menang mudah bahagian selfie. Kalau nak gambar yang nampak natural tanpa edit, Samsung lebih baik.

Kamera Belakang

SpesifikasiRedmi Note 14 Pro PlusSamsung Galaxy A55
Kamera Utama50MP50MP
Zoom Optik50MP telefoto (lebih jelas pada 2.5x)Tiada
Ultra-lebarKontras tinggi, kurang detail bayangLebih baik dalam pengimbangan cahaya
Video4K dengan kontras tinggi4K dengan kestabilan lebih baik
Mod MalamLebih terang dalam gelapKadang struggle kawal cahaya

Siapa suka tangkap gambar waktu siang, Samsung Galaxy A55 lebih baik sebab warna lebih tepat.

Kalau suka night mode dan banyak ambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, Redmi Note 14 Pro Plus menang.


Bateri & Pengecasan

SpesifikasiRedmi Note 14 Pro PlusSamsung Galaxy A55
Kapasiti6,200 mAh5,000 mAh
Pengecasan90W (lebih kurang 40 minit untuk penuh)25W (lambat sikit)

Bateri besar dan cas laju – Redmi Note 14 Pro Plus jelas sebagai pemenang disini.

Kalau jenis selalu travel atau tak suka cas banyak kali, Redmi adalah pilihan lebih mantap.


Harga & Storan

ModelRAM/StoranHarga
Redmi Note 14 Pro Plus12GB RAM + 256GBRM1899
Samsung Galaxy A558GB RAM + 128GBRM1799

Dengan harga lebih kurang sama, Redmi Note 14 Pro Plus bagi lebih RAM dan storan.

Lagi berbaloi untuk mereka yang nak prestasi tinggi tanpa perlu bayar lebih.


Kesimpulan – Nak Pilih Yang Mana?

  • Pilih Redmi Note 14 Pro Plus kalau:
    • Nak skrin lebih cerah & resolusi tinggi.
    • Nak prestasi padu, sesuai untuk gaming.
    • Nak bateri tahan lama & pengecasan pantas.
    • Nak lebih storan tanpa tambah kos.
  • Pilih Samsung Galaxy A55 kalau:
    • Nak One UI yang stabil dan polished.
    • Nak kemas kini Android lebih lama (4 tahun).
    • Nak kamera selfie yang lebih cun dan warna lebih realistik.
    • Nak slot microSD untuk storan extra.

Jadi, anda team Redmi Note 14 Pro Plus atau Samsung Galaxy A55? Komen di bawah!

Kalau anda tak pasti nak pilih yang mana, boleh datang ke cawangan kami yang berdekatan.

Sales Advisor kami sedia membantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment