Apa Maksudnya Untuk Bisnes & Marketing Sekarang?
Iklan ChatGPT kini rasmi.
OpenAI sendiri dah sahkan yang dalam masa terdekat, pengguna Free dan ChatGPT Go akan mula nampak iklan ChatGPT dalam paparan mereka.
Ini bukan khabar angin. Ini bukan eksperimen kecil. Ini tanda yang cara orang cari maklumat zaman sekarang dah berubah.
Dan untuk orang bisnes, perubahan ni bukan benda yang boleh ditutup mata, perlu cakna dengan perubahan kini.

Kenapa OpenAI Perkenalkan Iklan ChatGPT?
ChatGPT ni semua orang boleh akses. Samada percuma ataupun berbayar. Jadi kenapa ada iklan? Jawapan dia simple je, sebab kos.
Nak jalankan AI macam ChatGPT ni bukan murah. Server, GPU, research, jurutera, keselamatan sistem, semuanya perlukan belanja yang besar.
OpenAI sendiri dah burn berbilion dolar sejak beberapa tahun lepas dan masih belum capai tahap untung.
Kalau OpenAI nak:
- Versi percuma ChatGPT terus wujud
- Lebih ramai orang boleh guna AI
Iklan ChatGPT adalah jalan paling logik.
Tanpa iklan, ChatGPT akan jadi sama ada:
- Harga naik
- Atau Pengguna Percuma terus hilang
Kenapa Iklan ChatGPT Penting Untuk Orang Marketing & Bisnes?
Sebab cara orang mencari jawapan dah berubah.
Dulu orang:
“Jap aku cari kat Google”
Sekarang:
“Jap aku tanya ChatGPT”
Ramai pengguna, terutama orang muda dan profesional, dah tak buat carian panjang-panjang.
Mereka terus tanya AI dan buat keputusan berdasarkan jawapan tu.
Masalahnya sekarang..
Kalau:
- Anda ada produk yang bagus
- Servis anda sangat bagus
- Harga anda yang kompetitif
Tapi jenama anda tak wujud dalam jawapan AI,
anda sebenarnya tengah hilang pelanggan yang dah ada niat nak beli.
Siapa Yang Akan Nampak Iklan ChatGPT?
Setakat pengumuman rasmi OpenAI:
- Pengguna Free
- Pengguna ChatGPT Go
Untuk pengguna Pro, Business dan Enterprise, buat masa ini iklan ChatGPT tidak dipaparkan.
Untuk masa depan? Kita tunggu perkembangan seterusnya.
Macam Mana Iklan ChatGPT Berfungsi?
Ramai orang sangka iklan ChatGPT ni akan ganggu dalam perbualan.
Sebenarnya tidak.
1. Iklan Berdasarkan Soalan Semasa
Iklan ChatGPT dipaparkan ikut konteks soalan yang sedang ditanya.
Contoh:
- Tanya pasal tips marathon → iklan berkaitan sukan
- Tanya pasal resepi → iklan berkaitan makanan
Iklan tak muncul secara rawak dan tak ikut history lama pengguna.
2. Tak Ganggu Jawapan AI
Ha, ini yang penting sekali. Iklan tidak akan ganggu jawapan ChatGPT:
- Tak ubah jawapan ChatGPT
- Tak menyamar sebagai jawapan
- Tak potong ayat perbincangan
Biasanya iklan ChatGPT muncul:
- Di bawah jawapan
- Atau di bahagian sisi
- Dengan label jelas seperti “Sponsored” atau “Ad”
3. Privasi Masih Jadi Fokus Utama
Menurut OpenAI:
- Perbualan pengguna tidak dijual kepada advertiser
- Iklan ChatGPT tidak dibina menggunakan chat lama
- Iklan berdasarkan prompt yang sedang aktif sahaja
Isu privasi ni memang sensitif, tapi sekurang-kurangnya pendirian mereka jelas setakat ini.
Apa Kesan Iklan ChatGPT Kepada Bisnes?
Hari ni orang tak semestinya cari:
“Kedai phone murah berdekatan dengan aku”
Sebaliknya mereka tanya:
“Kat mana boleh beli iPhone ansuran senang lulus?”
Nak beli iPhone ansuran senang lulus? Baca ni: Beli iPhone secara ansuran
Kalau:
- Nama kedai anda tak dikenali oleh AI
- Atau iklan pesaing muncul dulu
Pelanggan tu akan terus buat keputusan tanpa sempat kenal kedai anda.
Inilah realiti baru yang peniaga perlu faham bila iklan ChatGPT mula diperkenalkan.
By the way, cuba korang tanya ChatGPT, kenal tak Factory Mobile 🤭
Boleh Pasang Iklan ChatGPT Sekarang?
Buat masa ini:
- OpenAI belum buka platform iklan kepada umum
- Masih dalam fasa beta terhad
- Belum ada sistem self-serve macam Google Ads
Tapi berdasarkan sejarah platform iklan digital lain, ini cuma soal masa.
Kesimpulan
Iklan ChatGPT bukan trend sementara. Ia adalah permulaan kepada era carian berasaskan AI.
Kalau anda berniaga dan masih fokus pada Google semata-mata, anda mungkin akan ketinggalan bila pengguna mula buat keputusan terus melalui AI.
Lebih awal faham, lebih awal boleh bersedia.

- AI ChatGPT: Tukar Gambar Raya Jadi Kartun Ghibli
- Google Gemini Nano Banana: AI Image Paling Padu!
- AI dalam Smartphone: Revolusi Baharu atau Sekadar Gimik?
- HONOR Magic V5 : Fon Lipat Paling Nipis Dunia
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI