Harga LCD iPhone di Factory Mobile 2025

(Kemaskini 17 November 2025)

Anda mempunyai kerosakan LCD atau alami kerosakan screen iPhone? Nak datang repair LCD iPhone tetapi ingin tahu berapa harga LCD iPhone?

Ini adalah antara harga LCD iPhone di Factory Mobile.

Jika anda sedang membaca pada skrin iPhone yang sudah rosak atau mengalami tanda-tanda screen iPhone anda rosak, maka jom kita kenali antara masalah LCD iPhone dan berapakah harga skrin LCD iPhone di Factory Mobile.

Harga lcd iphone di factory mobile 2025

Tanda-tanda iPhone LCD Rosak

Punca iPhone LCD Rosak adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri dan antara penyebab iPhone LCD rosak yang jelas adalah:

  • Smartphone terjatuh pada permukaan keras
  • Handphone terkena daya atau hentakan yang kuat pada skrin
  • Telefon tersepit atau dihimpit dengan lama
  • Smartphone masuk air

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis tanda-tanda iPhone LCD rosak lain selain skrin LCD iPhone pecah atau retak?

Jom kenalpasti antara tanda-tanda iPhone LCD rosak yang lain yang dapat dilihat:

  1. Garisan jalur pada skrin
    Sekiranya smartphone anda mempunyai garisan jalur sama ada melintang atau menegak yang menutupi sepanjang paparan skrin iPhone anda?

    Kebiasaannya, situasi ini disebabkan skrin LCD anda yang telah terjatuh atau terkena hentakan sebelum ini.
  2. Bintik-bintik hitam
    Selain garisan-garisan jalur, jika terdapat bintik-bintik hitam yang terpampang pada paparan skrin atau menutupi paparan screen anda.

    Ianya juga boleh jadi skrin iPhone anda turut mengalami kerosakan disebabkan pernah terkena hentakan yang kuat pada phone atau skrin.
  3. Ghost Touch (Skrin bergerak sendiri)
    Dalam situasi lain, pernahkah skrin anda bergerak atau respon dengan sendiri tanpa sebarang sentuhan atau touch pada skrin sepertinya dikawal oleh ‘hantu’?

    Keadaan ghost touch ini disebabkan sambungan antara skrin dan motherboard iPhone anda longgar, yang berkemungkinan besar merupakan tanda iPhone LCD anda rosak.
  4. Skrin tak respon pada sentuhan
    Jika skrin anda langsung tidak memberikan sebarang respon, anda boleh cuba untuk membuat hard reboot atau hard reset.

    Namun jika situasi ini tidak pulih, Kebiasaannya ianya merupakan tanda sama ada iPhone anda mempunyai masalah motherboard ataupun masalah display skrin.

Untuk pengetahuan semua, tidak kesemua tanda-tanda berikut berpunca daripada skrin LCD iPhone rosak.

Kadang-kadang ianya juga disebabkan glitch selepas sistem iOS anda dapat update. 

Maka, jika ini berlaku, anda boleh mencuba untuk melakukan factory reset atau format iPhone anda terlebih dahulu.

Jika masih sama, anda boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan percuma daripada technician kami di mana-mana cawangan Factory Mobile. 

Harga LCD iPhone

Berikut adalah senarai harga screen iPhone di Factory Mobile percuma upah pasang jika anda beli dengan kami.

MODELOEMOLEDGRED
iPhone SE 3RD (2022)160120
iPhone XR230130
iPhone X320230130
iPhone XS360240130
iPhone XS Max440290160
iPhone 11320160
iPhone 11 Pro450280200
iPhone 11 Pro Max600310210
iPhone 12 Mini700480230
iPhone 12 / 12 Pro700400230
iPhone 12 Pro Max1100450300
iPhone 13 Mini720440320
iPhone 13720500290
iPhone 13 Pro950800500
iPhone 13 Pro Max1150850600
iPhone 14640400310
iPhone 14 Plus960560320
iPhone 14 Pro1200880550
iPhone 14 Pro Max14001050650
iPhone 151100770430
iPhone 15 Plus1100880360
iPhone 15 Pro1450900580
iPhone 15 Pro Max16001120680
iPhone 161200560
iPhone 16 Plus1200560
iPhone 16 Pro18501050650
iPhone 16 Pro Max20501300750
Harga kemaskini pada: 30 Oktober 2025

Perbezaan LCD OEM vs OLED vs GRED

Mesti anda tertanya, apakah perbezaan antara skrin LCD original, Incell, dan OLED? Ayuh kita kenali secara ringkas perbezaan kelebihan dan kekurangan antara LCD Original, Incell dan OLED.

ProsCons
OEM
✅Tersedia untuk semua model iPhone
✅Kualiti display yang baik dan jelas
✅Lebih menjimatkan bateri fon
OLED
✅Warna kontra yang terang dan jelas
✅Sudut pandangan lebih luas berbanding GRED
✅Lebih murah daripada original
❌Lebih mahal berbanding GRED
❌Risiko skrin ‘burn-in’
❌Tidak ada untuk sesetengah model
GRED
✅Nipis dan ringan
✅Harga paling murah
❌Tidak setanding OLED
❌Warna kurang terang

Keistimewaan Baiki LCD iPhone di Factory Mobile

Antara keistimewaan apabila baiki skrin iPhone anda di Factory Mobile adalah:

  • Replacement LCD sepantas 15 minit
    Di Factory Mobile, pakar technician kami menyediakan servis iPhone LCD repair yang cekap dan hanya sepantas 15 minit.

    Anda tidak perlu risau untuk meninggalkan handphone anda semalaman atau tersidai menunggu lama di kedai.
  • Waranti untuk sebarang kerosakan pada skrin
    Kami turut memberikan jaminan waranti jika anda memerlukan replacement baharu untuk skrin iPhone anda.

    Seandainya berlaku kerosakan yang bukan berpunca daripada “Human damage” sepanjang dalam tempoh warranty.
  • Ready stock spare parts banyak
    Kami turut menyediakan spare parts tersedia ada bagi memudahkan dan mempercepatkan proses repair screen iPhone anda.

    Jadi anda tidak perlu risau sekiranya perlu menunggu lama untuk technician kami mendapatkan order spare parts LCD.
  • Perlindungan tambahan untuk skrin 
    Di Factory Mobile, kami ada tinted tahan lasak yang mampu melindungi skrin anda daripada pecah.

    Adalah lebih baik untuk anda tambah tinted tahan lasak supaya tidak berlaku lagi kerosakan yang sama pada skrin iPhone anda.

Kesimpulan

Ingin dapatkan replacement skrin iPhone berkualiti dan cepat? Apa lagi? Singgah dan kunjungi mana-mana cawangan Factory Mobile bagi mendapatkan iPhone LCD replacement yang berkualiti dan kemas.

Kami pasti anda akan berpuas hati dengan servis baiki iPhone LCD di Factory Mobile yang berkualiti dan sepantas hanya 15 minit sahaja!

Jangan terus membiarkan kerosakan pada skrin LCD anda merosakkan mood anda scrolling handphone.

Kunjungi cawangan Factory Mobile dan terus dapatkan servis iPhone screen replacement pantas dan berkualiti.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

4 thoughts on “Harga LCD iPhone di Factory Mobile 2025”

Leave a Comment