GPS Tracker: Penjejak Keselamatan Anda

Inginkan solusi bagi mengelakkan sebarang kehilangan? Ayuh kita ketahui lanjut tentang GPS Tracker: Penjejak Keselamatan Anda.

Ketika mana kita mengalami kehilangan barangan berharga, sudah tentu luluh hati dan berpenat lelah masing-masing tercari-cari barang tersebut sampai jumpa. Tidak kisah sama ada kunci kereta, smartphone mahupun individu tersayang sekeliling kita. Saat kehilangan tersebut merupakan mimpi ngeri bagi semua.

Disebalik Kes Pembunuhan Zayn Rayyan

Baru-baru ini, menjelang penghujung 2023, seluruh platform media sosial di Malaysia digemparkan dengan satu kisah pembunuhan kejam di Malaysia yang membabitkan mangsa kanak-kanak berusia enam tahun bernama adik Zayn Rayyan.

Secara ringkas kepada kronologi kes bunuh terbaru ini adalah adik Zayn Rayyan yang merupakan seorang kanak-kanak autistik baru-baru ini telah dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan kemudiannya ditemui mati di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023. 

Kes kematian Zayn Rayyan mengejutkan dan menyedihkan ramai orang, terutama keluarga dan jiran-jiran beliau. Polis mengesahkan bahawa Zayn Rayyan dibunuh dengan kecederaan leher, yang berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai kronologi kehilangan serta fakta kes ini di sini (BeritaHarian Kronologi Kes Zayn Rayyan).

Kepentingan GPS Tracking 

Semestinya, mana-mana ibu bapa tidak ingin menerima berita kehilangan anak hasil curahan kasih sayang mereka hilang apatah lagi ditemui tidak lagi bernyawa. Namun, bagi membendung kes-kes seperti ini daripada berlaku pada anak-anak kita, kami cadangkan penggunaan GPS tracker pada anak-anak.

Pernah cuba menggunakan GPS Tracker atau mana-mana penjejak GPS sebelum ini? Jika belum pernah, mari kita terokai antara kegunaan dan kepentingan GPS Tracking ini:

  • Menjejak keberadaan semasa
    GPS tracking atau GPS tracker fungsi utamanya adalah menjejak. Fungsi ini dapat membantu ibu bapa memantau lokasi anak-anak mereka dan memastikan anak-anak mereka kekal selamat walaupun diluar pengawasan mata ibu bapa mereka secara fizikal.
  • Menghantar isyarat kecemasan SOS
    Selain dapat digunakan untuk memantau lokasi orang tersayang secara real-time, GPS tracking pada GPS tracker juga berfungsi untuk memaklumkan atau menghantar isyarat kecemasan SOS sekiranya anak-anak atau orang tersayang anda berada dalam situasi darurat. Dengan kemudahan untuk mengenal pasti lokasi dengan cepat, ianya mampu mempercepatkan penghantaran bantuan ke lokasi anak-anak.
  • Mengelakkan kehilangan
    Kegunaan lain GPS tracking juga adalah ianya dapat digunakan untuk mengesan barang berharga seperti telefon pintar, kunci kereta, dompet atau beg duit, mahupun individu tersayang anda agar dapat mengelakkan sebarang kes-kes atau situasi kehilangan. Fungsi ini amatlah berguna bagi memudahkan pencarian saat kehilang, kecurian ataupun bagi mengelakkan kes seperti penculikan berlaku.

(5) GPS Tracker Terbaik untuk Kanak-kanak

Ayuh kita lihat antara penjejak GPS tracker terbaik yang sesuai bagi memastikan keselamatan anak-anak anda. 

  1. Apple Airtag

Antara GPS tracker yang rata-rata terkenal digunakan, lebih-lebih lagi di kalangan pengguna-pengguna iOS adalah Apple AirTag yang dikeluarkan daripada Apple sejak 2021. 

Yang penting, disebabkan kecanggihan penggunaan peranti iOS di seluruh tempat, lokasi penjejak GPS Apple AirTag ini adalah lebih tepat dibandingkan dengan mana-mana GPS tracker dalam pasaran.

Akan tetapi, kekurangan device Apple AirTag ini adalah ianya hanya boleh connect dengan peranti iOS dan tiada butang isyarat SOS untuk memancarkan isyarat kecemasan ke iPhone anda.

Kelebihan

✅Saiz yang kecil dan mudah disorok
✅Lokasi dijejak lebih tepat
✅Battery Life sehingga 1 tahun

Kekurangan

❌Hanya compatible dengan device iOS
❌Tiada butang isyarat SOS

  1. Baseus T2 Pro Tracker

Seterusnya, bagi pengguna Android, kami turut sertakan GPS tracker yang boleh connect dengan device Android anda iaitu Baseus T2 Pro Tracker. GPS tracker ini bersaiz kecil dan boleh disimpan di dalam poket atau disangkut pada beg anak-anak anda agar ianya sentiasa bersama dengan mereka di mana sahaja mereka berada.

Dengan ciri butang isyarat pada GPS tracker ini, ia mampu memancarkan isyarat kecemasan SOS seandainya anak-anak anda tidak menemui jalan pulang ataupun ditimpa masalah seperti kemalangan ataupun penculikan.

Namun, satu-satunya kekurangan pada GPS tracker ini adalah ianya kebiasaannya disambungkan pada device Android dan tidak boleh connect dengan peranti iOS.

Kelebihan

✅Battery life tahan lama sehingga 6 bulan.
✅Butang isyarat SOS.
✅Bersaiz kecil dan mudah dibawa.

Kekurangan

❌Tidak boleh connect dengan Apple iPhone atau iOS.

  1. Remax RT-D01

Selain Apple AirTag dan Baseus T20 Pro Tracker, saiz Remax RT-D01 yang kecil ini bukan sahaja boleh digantung sebagai keychain pada barangan anda mahupun beg anak-anak anda, ianya juga mudah untuk disorok atau disimpan dengan elok seandainya anda tidak ingin GPS tracker yang menyerlah dengan saiz besar.

Jika anda tidak ingin mendapatkan Apple AirTag, GPS tracker Remax RT-D01 ini boleh dijadikan alternatif bagi anda yang inginkan penjejak lokasi GPS yang boleh connect dengan kedua-kedua device iOS dan Android.

Remax RT-D01 GPS tracking ini turut dilengkapi dengan ciri rakaman suara dan ianya juga boleh mengawal kamera jarak jauh. Jadi ianya boleh digunakan dengan pelbagai fungsi tambahan lain selain GPS tracking.

Kelebihan

✅Boleh digantung sebagai Keychain.
✅Butang isyarat SOS.
✅Multi-device sharing.

Kekurangan

❌Hanya boleh menjejak dalam jarak 10 meter.

  1. myFirst Fone R1c

Jika anda risau anak-anak anda jenis yang mudah kehilangan GPS Tracker berbentuk keychain, kami turut sertakan GPS Tracker berbentuk smartwatch untuk kanak-kanak.

MyFirst Fone R1c smartwatch ini dihasilkan dengan design jam tangan smartwatch yang unik dan menarik untuk anak-anak. Di samping mengekalkan ciri sebagai GPS tracker, ianya juga boleh digunakan sebagai smartwatch kanak-kanak.

Disebabkan ianya smartwatch GPS tracker yang mampu mengekalkan pelbagai ciri-ciri dan fungsinya yang canggih, harga bagi GPS tracker ini jauh lebih mahal dibandingkan dengan GPS tracker lain dalam senarai ini.

Kelebihan

✅Design unik & menarik untuk anak-anak.
✅Butang isyarat SOS.
✅Touchscreen & Kamera.
✅Kalis air.

Kekurangan

❌Harga lebih mahal.

  1. Q12 / Q19 Kids Smartwatch

Sekiranya anda berminat GPS tracker berbentuk smaartwatch untuk anak-anak anda namun ingin dapatkannya pada harga berpatutan, terdapat jam tangan Q12 kids smartwatch atau Q19 kids smartwatch.

Ciri-ciri GPS tracker ini masih dikekalkan dan turut disertakan ciri tambahan pada smartwatch GPS tracker ini seperti kamera dan fungsi untuk menelefon device yang telah disambungkan padanya.

Kekurangan pada GPS tracker ini adalah battery life yang hanya mampu bertahan selama sehari hingga 2 hari sahaja dalam satu cas. Jadi anda perlu sentiasa memastikan GPS tracker ini masih mempunyai peratus bateri yang banyak untuk digunakan.

Kelebihan

✅Style jam tangan kanak-kanak.
✅Ada ciri kamera & boleh call.
✅Ada butang isyarat SOS.

Kekurangan

❌Battery Life 1 hingga 2 hari sahaja.

Kesimpulan

Tidak dinafikan, kes pembunuhan kejam dahsyat ini amat memilukan dan kita boleh jadikannya sebagai iktibar dan peringatan buat semua. Kami berharap perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran terhadap kepentingan GPS Tracking dalam menjamin keselamatan individu. 

Buat para pembaca dan pengunjung Factory Mobile semua, pastikan anda sentiasa berhati-hati terutamanya bagi sama-sama memantau dan keselamatan individu tersayang di sekeliling kita. 

Jangan biarkan orang tersayang jauh dan hilang dari radar pandangan anda. Kini, kami telah berkongsikan antara 5 GPS tracker terbaik untuk kanak-kanak. Dapatkanlah GPS Tracker sebagai penjejak lokasi GPS keselamatan anda hari ini.

1 thought on “GPS Tracker: Penjejak Keselamatan Anda”

  1. Hey Owner,

    I’ve been searching for your email!

    We help businesses increase $50-100K/MRR per rep by securing 10-25 high-opportunity sales meetings at no ad spend cost.

    I’d love to share some insights with you. Interested?

    Find a time: https://www.ddlink.us/home

    Digital Domination

    Not Interested? Reply with Unsubscribe.

    Reply

Leave a Comment