Siri Redmi Note 13 – Revolusi 2024

Baru-baru ini Xiaomi telah bawakan sebuah revolusi dalam era smartphone dengan memperkenalkan siri Redmi Note 13 yang bakal menembusi pasaran menjelang bulan 20 Januari 2024 ini!

Selamat kembali dan selamat menyambut tahun baru 2024 buat para pembaca setia kami! Hari ini kami akan memperkenalkan siri Redmi Note 13 yang terdiri daripada Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note Pro 5G, Redmi Note Pro+ 5G.

Umumnya, smartphone-smartphone dalam siri Redmi Note 13 ini telah pun dilancarkan di China pada September 2023. Jadi, jom kita ketahui lanjut revolusi 2024 siri Redmi Note 13.

Siri Redmi Note 13

Siri Redmi Note 13 terbaharu ini terdiri daripada Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note Pro 5G, Redmi Note Pro+ 5G. Berikut adalah infografik yang memaparkan specs bagi setiap telefon Redmi dalam siri Redmi Note 13 ini.

Kelebihan

✅Tahan calar dan kalis percikan air
✅Fast charging
✅Harga berpatutan
✅Display grafik yang smooth
✅Model 5G sokong NFC
✅Kamera kualiti cantik dan meuaskan

Kekurangan

❌Tidak kalis air
❌Range fon yang sedikit berat
❌Model 4G tiada sokongan NFC
❌Visual grafik tak setanding fps 90/120

Sebaik sahaja Xiaomi mengumumkan fon dalam siri Redmi Note 13 ini dilancarkan, Factory Mobile terus bergegas mendapatkan demo set bagi mencuba test drive model-model telefon dalam siri Redmi Note 13 ni.

Jadi jom kita lihat sedikit review pada smartphone Redmi Note 13 Pro+ 5G yang kami di pihak HQ Factory Mobile sendiri telah merasakan revolusi 2024 yang dibawakan siri ini.

Redmi Note 13 Pro+ 5G

Design & Display

Design Redmi Note 13 Pro+ ini betul-betul ngam dan selesa ketika sampai dalam genggaman pengguna. Dengan design IP 68 pada smartphone ni, ianya hanya kalis percikan air dan tidak kalis air. Jadi bagi rider-rider jalanan yang perlu untuk meredah hujan ketika delivery, fon ini mampu berfungsi meskipun basah terkena hujan lebat.

Bukan itu sahaja, skrin Corning Gorilla dilengkapkan pada setiap telefon-telefon dalam siri ini turut memberi superpower tahan calar pada Redmi Note 13 Pro+ yang kami test drive baru-baru ini.

Malah, bagi mereka yang ingin display warna yang terang dan cerah, fon ini didatangkan dengan display yang betul-betul jelas dan cerah serta warna display Redmi Note 13 Pro+ ini boleh sahaja dilaraskan mengikut keselesaan penggunaan masing-masing.

Prestasi

Ketika handphone-handphone dalam Redmi Note 13 series ini sampai, bateri percentage fon Redmi Note 13 Pro+ hanyalah 40%. Sempat juga tester kami di Factory Mobile cuba bermain game 1 round dalam PUBG dan juga explore Genshin Impact.

Ketika kami cuba fon bermain Genshin Impact, prestasi fon dengan cipset MediaTek Dimensity 7200-Ultra boleh menampung game sehingga setting grafik yang paling tinggi. Walaupun tengah run screen record di background, screen sesi gaming masih lagi smooth dan tak lagging

Boleh pula time tengah asyik bermain Genshin, bar connection internet jadi merah, tapi lagging pula hanyalah sedikit semasa bermain dan tidak terasa sangat jika dibandingkan apabila kami bermain Genshin dengan fon Realme 5 Pro milik tester.

Audio & Visual Video

Kami juga sempat mencuba permainan PUBG pada Redmi Note 13 Pro+ ini, dan boleh dikatakan visual yang ditawarkan tidaklah setanding standard 90fps ataupun standard 120fps.

Semasa mencuba bermain dengan PUBG, kami mencuba untuk naikkan grafik namun telefon ini tidak mampu sokong display visual ultraHD atau extreme grafik. Namun, game tetap berjalan dengan smooth dan audio visual yang jelas dan clear juga membuatkan sesi gaming masih seronok untuk dilayan.

Bateri & Charging

Bermula dari pukul 3.00 petang tester kami main, bateri 5,000mAh fon Redmi Note 13 Pro+ hanya drain daripada 40% sehingga ke 15% sahaja dalam 1 jam 30 minit.

Dengan kuasa charging 120W Hyper Charge, kami turut menjalankan eksperimen sama ada 19 minit sudah pun memadai untuk cas fon ini dari 0% sehingga penuh 100%. Namun, jauh daripada sangkaan seperti yang diiklankan, 19 minit charging hanya mampu memenuhkan 47% bateri sahaja.

Walaupun begitu, sekali cas battery life Redmi Note 13 Pro+ boleh digunakan sepenuhnya sehingga 36 jam, jadi boleh menikmati masa menggunakan fon siri Redmi Note 13 ini dengan lebih lama tanpa perlu risau bateri cepat drain.

Jika nak buat live streaming sehingga berjam-jam pun, mampu bertahan dan tiada gangguan, lebih-lebih lagi dengan ciri rangkaian 5G.

Kamera

Kamera utama tiga lensa 200MP, 8MP Ultra-lebar dan 2MP Macro memberikan keistimewaan bagi anda yang gemar fotografi. Setting kamera utama handphone Redmi ini mempunycai auto adjust lighting, jadi anda boleh snap gambar dalam bilik lighting malap ataupun suram.

Ini lah antara kualiti gambar-gambar yang mampu ditangkap menggunakan kamera pada Redmi Note 13 Pro+ ini. Menarik kan?

Selain itu, kamera utama 2x pada video setting mempunyai motion yang begitu sesuai untuk merakam video review makanan ataupun review produk bagi rakan-rakan influencer, affiliate dan usahawan di luar sana. Selfie kamera fon ini juga cun untuk ambil gambar, namun zoom in sedikit pecah walaupun apabila dah fokus image.

Memory Storage 

Dengan simpanan storage 256GB ROM dan RAM 8GB, kapasiti storage Redmi kali ini sangatlah besar untuk download pelbagai aplikasi mengikut citarasa masing-masing. Tetapi feature yang paling menarik pada fon ini adalah ciri extended RAM yang boleh meningkat serta menambahkan kapasiti RAM anda.

Tak rugi untuk mendapatkan fon ini jika anda merupakan pengguna seperti kami yang memerlukan storage yang sentiasa besar dan cukup untuk apps-apps gaming ataupun bagi memenuhi folder-folder dengan gambar serta dokumen kerja penting harian.

Pre-Order Dibuka

Handphone-handphone dalam siri Redmi Note 13 ini telah dimaklumkan akan memasuki dan menembusi pasaran di Malaysia pada 20 Januari 2024 ini.

Akan tetapi, berita gembira buat para pembaca semua! Di Factory Mobile, kami membuka Pre-Order bermula hari ini sehingga 19 Januari 2024. Bagi mereka yang membuat pembelian Pre-Order ini, anda akan mendapat hadiah PERCUMA seperti Buds 4 Active dan Smartband 8 Active.

Tawaran hadiah percuma ini hanyalah terhad bagi Pre-Order bermula hari ini sehingga 19 Januari 2024 ini sahaja!

Kesimpulan

Sekarang kami telah berkongsikan smartphone terbaik dalam siri Redmi Note 13 yang membawakan revolusi game-changer awal 2024 ini.

Phone-phone dalam siri ini amatlah sesuai bagi pelbagai kegunaan berat harian, dari bermain game, study, kerja, sehingga memulakan perjalanan fotografi, influencer ataupun career sebagai affliate. Semuanya pasti boleh!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasakan revolusi terbaru 2024 siri Redmi Note 13 Pro+ ini sekarang sebelum tawaran Free Gift ini tamat. Dapatkan handphone Redmi Note 13 anda hari ini.

Leave a Comment