Anda teringin nak membeli atau menggunakan iPhone tetapi mana nak dapatkan dalam bajet dengan harga berpatutan? Pernah terfikir nak membeli iPhone second hand?
Di Factory Mobile, anda boleh mendapatkan iPhone second hand atau iPhone terpakai, yang penting harga berbaloi!
Hai semua! Dalam penulisan hari ini, kami akan bincangkan tentang membeli iPhone second hand di Factory Mobile. Jika anda sedang merancang untuk membeli iPhone pertama anda, teruskan membaca untuk mengetahui lanjut iPhone second hand yang Factory Mobile jual.
Istimewa iPhone Second hand Factory Mobile
Anda tercari kedai membeli telefon terpakai? Factory Mobile boleh! Anda ingin cari kedai menjual telefon terpakai? Factory Mobile juga boleh!
Baca: Cara Trade-in Smartphone Lama di Kedai Factory Mobile | Trade In iPhone – Factorymobile.com.my
Apa istimewanya membeli used iPhone sehingga ramai pengguna sanggup membeli iPhone used ini? Ayuh kita ketahui keistimewaan apabila anda membeli iPhone used dari Factory Mobile
Harga Berbaloi
Bukan setakat anda dapat menikmati pengalaman menggunakan produk Apple iPhone, anda juga mampu mendapatkan produk iPhone pada harga yang lebih jimat dan berbaloi jika dibandingkan dengan membeli iPhone first hand atau iPhone new.
Tak percaya? Jom lihat perbandingan harga antara iPhone baru dengan iPhone terpakai:
Model Handphone | Harga Baru | Harga Second hand |
iPhone 7 | RM1,299 | RM499 – RM549 |
iPhone 7+ | RM1,799 | RM775 – RM949 |
iPhone XR | RM2,399 | RM1,120 – RM1,250 |
iPhone XS | RM2,999 | RM1,120 – RM1,350 |
iPhone XS Max | RM4,099 | RM1,530 – RM1,600 |
iPhone 11 | RM2,099 | RM1,380 – RM1,770 |
iPhone 11 Pro | RM3,888 | RM1,850 – RM2,060 |
iPhone 11 Pro Max | RM5,299 | RM2,340 – RM2,390 |
iPhone 12 | RM4,099 | RM1,899 – RM2,230 |
iPhone 12 Pro | RM4,399 | RM2,510 – RM2,880 |
iPhone 12 Pro Max | RM3,950 | RM2,810 – RM3,340 |
iPhone 13 | RM3,299 | RM2,800 – RM3,140 |
iPhone 13 Pro | RM4,899 | RM3,560 – RM3,890 |
iPhone 13 Pro Max | RM6,699 | RM3,640 – RM4,180 |
iPhone 14 Pro | RM5,299 | RM4,480 – RM4,780 |
iPhone 14 Pro Max | RM5,799 | RM4,670 – RM5,540 |
Selain iPhone, terdapat juga brand used Android yang Factory Mobile turut sediakan bagi anda yang inginkan handphone Android seperti Sony Xperia, Samsung Galaxy, Google Pixel, Kyocera dan pelbagai lagi dengan harga lebih jimat dan berbaloi.
Transfer Data Percuma
Kelebihan jika anda membeli iPhone secondhand di Factory Mobile, anda boleh request untuk servis transfer data daripada fon lama anda ke iPhone secondhand yang anda beli tersebut.
Yang istimewanya adalah servis ini diberikan secara percuma dan tiada caj tambahan dikenakan sekiranya anda membeli iPhone dan ingin transfer data on-the-spot di cawangan-cawangan Factory Mobile.
Proses pemindahan data ini memakan masa bergantung atas saiz fail dan data yang hendak dipindahkan. Dan selalunya, proses transfer data ini boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit hingga sejam.
Namun, kaedah yang lebih cepat untuk proses pemindahan data ini adalah dengan menggunakan wayar cable yang pakar technician kami sudah sediakan.
Quality & Warranty
Sebagai pengedar dan kedai borong peralatan teknologi terbesar di Pantai Timur dan Selangor, Factory Mobile kini beroperasi dengan 10 buah cawangan di Malaysia.
Di Factory Mobile, anda boleh mendapatkan telefon terpakai pada kualiti yang sangat terjamin serta pakej waranti 1 tahun bersamaan pembelian iPhone used anda.
Apabila anda membeli dengan kami, pastikan anda menyimpan resit bukti pembelian supaya anda masih boleh mendapatkan servis daripada Factory Mobile seandainya perlu untuk servis membaiki atau trade-in jika terdapat masalah pada telefon tersebut dalam tempoh waranti.
Membeli Used iPhone di Factory Mobile
Di Factory Mobile, anda boleh membuat pembelian telefon second hand dengan kaedah sama ada melalui pembelian di mana-mana 12 cawangan kedai Factory Mobile kami secara fizikal ataupun secara online di FMmall, di Shopee Store Factory Mobile atau memesan order handphone secara terus di Whatsapp wakil cawangan kami.
Membeli secara fizikal di cawangan Factory Mobile Malaysia:
- Factory Mobile Kota Bharu
- Factory Mobile Wakaf Siku
- Factory Mobile Tanah Merah
- Factory Mobile Pasir Puteh
- Factory Mobile Pasir Tumboh
- Factory Mobile Pasir Hor
- Factory Mobile AEON Mall Kota Bharu
- Factory Mobile Gua Musang
- Factory Mobile Jerteh
- Factory Mobile Kuala Terengganu
- Factory Mobile Dataran Austin
- Factory Mobile Shah Alam
Membeli secara online di Factory Mobile:
- Online Fm Mall (https://fmmall.my/)
- Online di Shopee Factory Mobile store (https://shopee.com.my/factory_mobile)
- Memesan order telefon dengan menghubungi secara terus di Whatsapp cawangan-cawangan Factory Mobile tersebut.
Kami juga turut menerima pelbagai kaedah pembayaran untuk pembelian iPhone used pertama anda, antara kaedah pembayaran yang kami terima adalah:
- Cash / Wang Tunai
- Kad Debit
- Ansuran Kad Kredit
- Ansuran Grab Pay Later
- Ansuran Shopee Pay Later
- Ansuran AEON Credit Services
- Trade-in Smartphone lama anda
Tips membeli iPhone second hand
Jika anda telah membuat keputusan ingin membeli iPhone terpakai dari Factory Mobile, kami ingin berkongsi juga beberapa tips untuk anda yang ingin membeli iPhone second hand.
- Kedai trusted seller
Sekiranya ingin membeli iPhone second hand, kami sarankan untuk anda membeli dengan mana-mana trusted seller kedai teknologi. Factory Mobile adalah antara kedai trusted seller untuk membeli smartphone terpakai.
Membeli dari trusted seller dapat memastikan kualiti device yang anda terima dan anda dapat mengelakkan penipuan atau terkena scam disebabkan product iPhone defect. Product defect ini kebiasaannya mempunyai bug atau virus, ataupun fon yang keadaan luarannya nampak normal tetapi mempunyai masalah motherboard.
- Periksa keadaan fizikal fon
Apabila anda membeli iPhone secondhand, ianya penting untuk sentiasa memeriksa keadaan fizikal telefon. Pastikan suis butang on/off, volume up/down, kamera dan speaker fon masih lagi berfungsi dan dalam keadan baik.
Beruntungnya jika anda membeli dengan Factory Mobile, fon anda akan diperiksa terlebih dahulu sebelum ianya dijual. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk kepuasan hati pelanggan kami, anda boleh meminta untuk memeriksa condition dan keadaan secondhand fon yang anda ingin beli.
- Check prestasi
Anda boleh menanyakan staf untuk test drive atau mencuba handphone tersebut sekejap bagi menentukan keselesaan anda dengan prestasi fon. Jika terdapat defect pada fon tersebut, anda boleh terus memberitahu staf dan mendapatkan replacement fon yang lain untuk mencuba.
Namun, anda tidak perlu risau. Kebiasaannya, used iPhone yang dijual di Factory Mobile kami diperiksa terlebih dahulu. Technician dan staf kami akan memastikan device di jual dalam keadaan yang berkualiti dan masih berfungsi dengan elok untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami.
- Menyimpan resit dan waranti
Apabila anda membeli dengan kami, bukan sahaja anda mendapatkan produk iPhone secondhand dengan kualiti yang terjamin, malah anda akan mendapat waranti pembelian untuk jaminan keselamatan.
Setelah membeli, pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembelian dan waranti sekiranya anda perlu penyelenggaraan smartphone tersebut dalam masa terdekat jika berlaku kerosakan. Ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan servis dan kemudahan penyelenggaraan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan di Factory Mobile.
Jadi anda tidak perlu risau, Factory Mobile memberi jaminan untuk smartphone dan kepuasan hati anda semua pelanggan kami.
- Check Part Authenticity (Komponen Dalaman Fon)
Apabila anda memeriksa peranti iPhone terpakai anda sebelum membeli, kami sarankan anda untuk check part authenticity atau keaslian komponen dalaman fon. Berhati-hati jika phone secondhand yang anda beli mempunyai part tiruan atau fake.
Sebagai contoh, jikalau anda tidak pasti iPhone anda mempunyai bateri original atau fake, anda boleh periksa keaslian part tersebut melalui setting iPhone secondhand anda. Anda hanya perlu tekan Settings > About Phone.
Di sini, jika fon memaparkan “unknown part”, ianya bermakna device anda mempunyai komponen tak ori dan fake. Komponen fake ini akan menjejaskan prestasi dan kualiti menggunakan handphone anda tersebut.
- Check Battery Health
Untuk anda mengelakkan iPhone used cepat drain dan boleh tahan lama, kami turut sarankan anda check battery health used iPhone tersebut ketika anda membuat pemeriksaan device.
Ini bagi memastikan prestasi bateri iPhone tersebut masih lagi dalam keadaan terbaik. Sebaliknya jika didapati battery health iPhone secondhand tersebut adalah rendah, maka perlunya untuk service penyelenggaraan smartphone dan replace bateri iPhone tersebut.
Anda boleh melihat status kesihatan bateri pada peranti iPhone dengan:
Settings > Battery > Battery Health > Lihat paparan Maximum Capacity
Jika paparan pada Maximum Capacity bateri menunjukkan nilai kurang daripada 80% atau tidak menunjukkan paparan digit seperti (-%), ini menandakan bahawa kapasiti bateri used iPhone tersebut sudah tidak elok dan memerlukan replacement bateri iPhone yang baru.
- Erase Synced Accounts
Pastikan tiada iCloud dan account Apple ID synced dalam perisian iPhone secondhand anda. Ini akan memudahkan proses untuk anda sign-up Apple ID dan iCloud account dalam iPhone secondhand baru anda.
Ini juga dapat menjamin dan memastikan keselamatan anda apabila menggunakan device tersebut tanpa perlu risau jika account yang synced tersebut adalah dari pengguna lain yang boleh membocorkan maklumat peribadi anda.
Jika anda ragu-ragu bagaimana ingin erase synced accounts tersebut, anda boleh menanyakan staff ataupun technician kami untuk mendapatkan bantuan.
Kesimpulan
Kini anda tahu apa nak expect apabila ingin membeli iPhone second hand.
Dapatkan iPhone second hand pertama anda atau pilih dari pelbagai pilihan smartphone terbaik yang kami ada dengan mengunjungi mana-mana cawangan Factory Mobile kami berdekatan anda hari ini.
Kami sedia membantu mendapatkan pengalaman dan solusi gajet yang pasti anda berpuas hati.