Kalau kita tengok trend sekarang, belajar dah tak boleh cara lama. Duduk hafal, baca panjang-panjang, lepas tu bosan. Sebab tu Duolingo jadi antara aplikasi pembelajaran paling popular dunia.
Abe sendiri guna Duolingo untuk belajar bahasa Jepun, dan pembelajaran jadi lebih seronok dengan guna aplikasi ni. Cara dia ajar bukan gaya kelas, tapi gaya game. Ada level, ada cabaran, ada reward. Buka app bukan rasa nak belajar, tapi rasa nak main.
Menariknya, Duolingo ni bukan fokus bahasa semata-mata. Sekarang ada matematik, muzik, dan yang paling mencuri perhatian, catur.

Mod PvP Catur Duolingo Kini Rasmi di Android
Baru-baru ni, Duolingo secara rasmi melancarkan mod Player-vs-Player (PvP) untuk catur di Android. Sebelum ni, mod ni hanya ada di iOS sejak hujung 2025. Sekarang pengguna Android pun dah boleh join sekali.
Apa maksud PvP ni?
Ringkasnya, korang boleh lawan manusia sebenar secara real-time, bukan lawan bot semata-mata.
Lepas siap buat puzzle atau latihan asas, pengguna boleh terus tekan butang “Play a Person” dan dipadankan dengan pemain lain yang level hampir sama. Jadi bukan main hentam, tapi main ikut kemampuan sendiri sambil belajar strategi.
Untuk beginner, ini antara cara paling best nak naikkan skill tanpa rasa tertekan.
King Duo Turun Padang, Jakarta Jadi Tumpuan
Sempena pelancaran ni, Duolingo buat acara Duolingo Chess Pop-Up di Jakarta dari 6 hingga 13 Februari 2026. Suasana event tu memang lain macam.
Ada papan catur bersaiz gergasi, pelajar boleh main secara terbuka, dan paling mencuri tumpuan, King Duo sendiri turun padang. Maskot Duolingo ni bukan setakat datang bergambar, tapi jadi simbol pembelajaran yang fun dan tak kaku.
Menurut Irene Tong, Marketing Manager Duolingo Asia Tenggara, Android sangat penting sebab majoriti pengguna di Asia guna Android. Asia Tenggara pula memang kawasan “mobile-first”, jadi bawa PvP ke Android adalah langkah logik untuk kembangkan komuniti catur Duolingo.




Belajar Catur Cara Duolingo, Bukan Cara Kelas Lama
Apa yang buat Duolingo Chess ni menarik, cara dia susun pembelajaran.
Pengguna bermula dari asas, kenal buah catur, faham pergerakan, dan dibimbing oleh jurulatih maya bernama Oscar. Lebih kurang 75% kandungan dalam bentuk puzzle praktikal, bukan teori panjang.
Selebihnya pula mini game dan perlawanan ringkas supaya pengguna terus guna apa yang dipelajari. Setiap sesi pendek, sesuai buka bila ada masa lapang.
Macam Abe, lepas siap puzzle, terus rasa nak cuba lawan orang sebenar. Dari situ pembelajaran jadi lebih hidup.



Bila Belajar Rasa Macam Main Game, Otak Lagi Jalan
Duolingo sendiri dapati, pengguna lebih seronok dan konsisten bila pembelajaran dibuat dalam bentuk game. Kajian di Indonesia tunjuk majoriti pelajar rasa lebih teruja bila belajar dengan elemen permainan.
Tambahan pula dengan PvP, jumlah pemain aktif meningkat. Ini buatkan masa menunggu lawan jadi lebih singkat, termasuk untuk pemain yang level tinggi. Tak perlu tunggu lama, terus boleh masuk game seterusnya.
Bila ramai main, pengalaman jadi lebih lancar dan menyeronokkan.
Harapan Untuk Malaysia
Sekarang ni event besar Duolingo Chess dibuat di Jakarta. Tapi kalau tengok sambutan dan perkembangan, tak mustahil satu hari nanti Malaysia pula jadi lokasi seterusnya.
Bayangkan King Duo muncul kat KL, buat event catur sambil belajar, confirm meriah. Harapnya juga pelajar dan pengguna Malaysia tak lepaskan peluang untuk cuba Duolingo Chess PvP, terutamanya bila Android dah fully support.
Kalau belajar pun rasa macam main game, siapa tak nak kan?
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI