REDMI A3 –  BEST SMARTPHONE BAWAH RM500 2024

Tengah cari telefon bajet bawah RM500 tapi nak yang specs tinggi? Kalau anda perlukan smartphone murah yang mampu milik, anda tak perlu fikir untuk beli telefon secondhand dah. Dengan bajet RM500 sahaja anda dah boleh miliki smartphone yang baru dan specs yang berkualiti.

Xiaomi baru sahaja mengeluarkan smartphone bajet REDMI A3 pada Februari lalu dan kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga bermula RM4XX. Untuk pengetahuan semua, REDMI A3 ini hadir dengan cipset Mediatek Helio G36 , RAM 4GB storan 128GB dan skrin 6.71-inch 90Hz HD+ LCD serta dilengkapi dengan bateri 5000mAh.

Jadi untuk penulisan kalini, mari kita tengok apa yang best pada REDMI A3 yang dikatakan smartphone bajet terbaik setakat ni. Untuk pengeluaran kalini, Xiaomi fokus pada budget-friendly yang mana REDMI A3 menawarkan prestasi yang bagus, jangka hayat bateri yang lama dan juga sistem kamera terbaik  dalam harga bajet.

REDMI A3

Smartphone bajet daripada Xiaomi kalini diupgrade lebih glow-up dan berbeza daripada generasi sebelumnya. Mari kita teliti serba sedikit apa yang istimewa tentang spesifikasi REDMI A3 terbaru harga bajet ni.

ChipsetMediatek Helio G36 (12 nm)
RAM & Storan4GB + 128GB
Kamera8 MP (wide) , 0.08 MP (auxiliary lens) Dual-LED flash, HDR
SkrinIPS LCD, 90Hz , CORNING GORILLA GLASS 3
Bateri5000 mAh,

Menarik lagi untuk keluaran kalini Xiaomi menggunakan port USB-C pada REDMI A3 menggantikan port USB-Mikro pada generasi sebelumnya. Smartphone bajet ni hadir dengan tiga jenis pilihan  warna yang terdiri daripada Midnight Black, Forest Green dan Star Blue.

Mari juga kita lihat beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada pada smartphone bajet REDMI A3 ini.

KELEBIHANKEKURANGAN
Design yang premiumTanpa NFC
Bateri besar 5000mAhAndroid Go terhad
Fingerprint di sisi, AI Face UnlockTiada peningkatan dari segi chipset

Berada dalam kategori range bajet, REDMI A3 boleh dikatakan mempunyai kelebihan yang cukup memuaskan berbanding generasi yang sebelumnya yang mana kalau dilihat Xiaomi menampakkan design yang seakan-akan smartphone flagship Xiaomi 13 Ultra dengan modul lingkaran besar pada kameranya.

Design & Display

REDMI A3 tampil glow-up dengan PREMIUM HALO DESIGN yang boleh dikatakan cukup premium bagi kategori smartphone bajet pada tahun 2024 ini. Xiaomi memberi tampilan baru yang lebih exclusive pada smartphone bajet kali ini dengan reka bentuk kamera berlingkaran besar di bahagian tengah yang mana jika sekali pandang seperti smartphone flagship. 

Bercakap tentang reka bentuk, bahagian tepi REDMI A3 kelihatan sedikit melengkung. Reka bentuk ini menjadikan smartphone bajet ini lebih selesa dan lebih grip apabila dipegang.

Untuk bahagian skrin pula, REDMI A3 menggunakan IPS LCD, 90Hz dengan saiz paparan 6.71 inci, 106.5 cm2 (~82.9% screen-to-body ratio) memberi pengalaman menarik bagi yang sukakan skrin yang besar terutama ketika menggunakan youtube atau bermain game.

Refresh Rate

Seperti yang sedia maklum, Xiaomi menggunakan paparan refresh rate yang agak tinggi pada REDMI A3 bagi kategori smartphone bajet iaitu sehingga 90Hz dengan kadar kecerahan 500nits. Dengan kadar refresh rate sehingga 90Hz , REDMI A3 mampu beralih daripada aplikasi lain ke aplikasi lain dengan cepat tanpa sebarang “Lag”.

Prestasi

REDMI A3 masih menggunakan chipset yang sama seperti generasi sebelumnya iaitu MediaTek Helio G36 chipset dengan octa-core processor pada 2.2GHz. Walaupun begitu, chipset ini boleh dikatakan antara chipset yang berkuasa tinggi yang ada pada smartphone dalam kategori bajet. Smartphone bajet ini juga diberi storan 128GB , 4GB RAM.

Kamera

Berbeza dengan generasi sebelum, rekaan panel belakang REDMI A3 memuatkan bonggol kamera bulat dengan 8MP kamera utama dilengkapi AI lens dengan autofocus dan 5MP untuk kamera depan memberi pengalaman hasil gambar yang lebih vibrant dan pemisahan subjek dengan latar belakang nampak lebih dramatik. Smartphone bajet ini juga mempunyai Dual-LED flash yang mana sangat sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar di tempat gelap atau kurang cahaya.

Bateri dan Charging

REDMI A3 dilengkapi dengan bateri yang besar iaitu 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 10W yang mana selain dapat menjimatkan masa, ia juga dapat memberi lebih banyak masa untuk penggunaan seharian. Smartphone bajet ini dikatakan boleh bertahan selama sehari tanpa perlu cas untuk penggunaan task ringan dan juga light gaming.

Maknanya, smartphone ini amat lah sesuai untuk mereka yang banyak bergantung kepada penggunaan smartphone dalam pekerjaan seharian tetapi memerlukan bajet yang rendah.

Kesimpulan

Apa yang boleh dirumuskan disini, REDMI A3 adalah salah satu smartphone bajet yang terbaik setakat 2024 ini dan menjadi pilihan dalam kalangan pelajar atau mereka yang hanya memerlukan smartphone untuk kegunaan harian semata.

Jadi, untuk anda yang sedang mencari smartphone bajet bawah RM500 untuk kegunaan sendiri atau untuk anak-anak, REDMI A3 adalah jawapannya. Bukan sahaja harganya yang murah malah spesifikasi yang digunakan juga sangat berkualiti tinggi walaupun tidak banyak beza dengan generasi sebelumnya.

4 thoughts on “REDMI A3 –  BEST SMARTPHONE BAWAH RM500 2024”

Leave a Comment