Xiaomi Buds 5 ni nampak macam “no brainer buy”. Tapi lepas Abe guna sendiri, ada benda yang Abe rasa kurang. Tak semua yang nampak best dalam kertas tu sama dengan realiti.

Design & Comfort
Mula-mula buka kotak, memang nampak premium. Macam Air Pod Pro. Finishing dia clean, dan case pun rasa solid bila pegang.
Benda pertama yang Abe perasan adalah ringan. Bila pakai lama pun tak rasa apa sangat. Kadang-kadang sampai lupa tengah pakai earbuds.
Yang menariknya, walaupun design dia semi in-ear, Abe rasa ‘fit’ dia memang kemas. Abe dah cuba goncang kepala beberapa kali, jalan laju, melompat, earbud masih melekat elok di telinga.
Tapi ini mungkin bergantung pada bentuk telinga. Sebab Abe ada juga nampak beberapa orang complain yang mana bagi diorang Xiaomi Buds 5 ni rasa longgar sikit.

So part ni memang subjektif. Ada orang rasa kemas, ada orang rasa tak.



Sound Quality
Bab sound ni jujur cakap, Abe agak impressed.
Bass dia ada. Bukan sekadar ada, tapi ada feel. Bila dengar lagu, memang boleh rasa punch tu.
Yang lagi menarik, spatial atau surround effect dia memang terasa. Abe boleh rasa arah bunyi dari kiri, kanan, depan atau belakang.
Cuma satu benda yang kurang bagi Abe, jarak sound tu macam dekat sikit. Dia bukan jenis luas sangat macam earbuds mahal. Tapi untuk harga dia, experience tu memang dah cukup padu.
Dalam masa sama, Abe juga ada baca review daripada user lain.
Ada yang kata sound dia biasa je masa first pakai, tapi lepas tweak EQ, terus jadi lagi sedap. So memang jenis earbuds yang boleh improve kalau adjust setting.
Kalau korang casual user macam Abe, mungkin dah ok dengan default sound, tapi kalau seorang ‘audiophile’ mungkin kena tweak sikit EQ supaya sound lagi padu.

ANC & Call
Untuk ANC, jujur Abe cakap… susah nak bagi verdict yang tepat.
Sebab kebanyakan masa Abe guna dekat office, yang memang tak bising sangat.
Jadi bila on ANC, tak ada perubahan yang terlalu ketara. Dia macam ada, tapi tak obvious.
Kalau ikut feedback orang lain, memang ramai kata ANC dia jenis sederhana. Boleh reduce bunyi background, tapi bukan tahap premium.
Untuk call pula, memang tak ada isu. Abe guna untuk meeting Google Meet berjam-jam, suara clear dan tak ada complaint daripada teammates dalam meeting.

Battery Life
Battery ni antara benda yang Abe rasa paling practical.
Abe selalu guna untuk meeting dari pukul 10 pagi sampai 1:30 petang.
Lebih kurang 3 jam lebih. Lepas tu tengok battery, masih ada sekitar 48%.
So untuk usage macam ni, memang boleh tahan. Bukan jenis cepat habis macam sesetengah earbuds murah.
Kalau tengok review lain, ada yang kata battery dia biasa je. Tapi untuk penggunaan Abe sendiri, dah cukup sesuai bateri yang dibekalkan.

Penggunaan Harian
Setakat ni, Abe guna Xiaomi Buds 5 ni lebih kepada dua benda:
Meeting dan dengar lagu.
Penggunaan untuk dua situasi ni, Xiaomi Buds 5 memang perform elok.
Cuma, untuk Gaming Abe belum sempat test lagi, jadi part tu Abe tak berani nak cakap lebih.
Akan tetapi, dari segi latency atas kertas memang ok, dan Abe test latency test pun tak perasan sangat latency tu. Jadi, kemungkinan besar untuk casual gaming tak ada masalah.
Kesimpulan
Xiaomi Buds 5 ni bukan jenis yang terus wow dari semua aspek.
Tapi bila guna lama-lama, baru nampak dia punya strength.
Xiaomi Buds 5 ni
- Ringan.
- Selesa.
- Sound dia ada feel, siap boleh rasa arah bunyi.
- Battery pun boleh tahan untuk daily usage.
Dalam masa sama, ada juga limit dia.
- ANC tak begitu menonjol.
- Soundstage tak terlalu luas.
- Dan experience dia boleh berubah ikut user.
Maka Xiaomi Buds 5 ni bukan untuk semua, yang casual mungkin best, untuk audiophile mungkin rasa biasa-biasa je.
FAQ
Xiaomi Buds 5 best untuk dengar lagu?
Ya, bass ada dan ada rasa surround.
ANC dia kuat ke?
Tak pasti sangat, tapi kebanyakan kata sederhana.
Boleh guna lama untuk meeting?
Boleh. Abe sendiri guna lebih 3 jam masih ada battery 48%. Mungkin boleh tahan 6 jam non stop.
Sesuai untuk semua orang?
Tak juga. Kekemasan bergantung pada telinga sesorang.

Factory Mobile ada Promosi Hari Raya sehingga 30 Mac 2026 ni. Kalau korang nak beli earbuds, korang dapat percuma satu lagi earbuds. Sebab promosi ni ada Buy 1 Free 1 Aksesori, Diskaun Smartphone sehingga 80%, Diskaun Repair sehingga 50%.
Datang terus ke cawangan Factory Mobile boleh bayar secara tunai, kredit, debit, shopeepaylater, grabpaylater atau ansuran lain. Bayar mengikut cara yang sesuai dengan anda dan terus bawa balik.
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI