Factorymobile.com.my

Pergi Haji Sekarang Wajib Ada Phone Power. Ini Pilihan Terbaik Ikut Bajet

Baru-baru ni bos abe pergi kursus pengurusan haji. Ingatkan cerita tawaf, saie, pantang larang ihram je. Sekali bos bagi gambar ustaz buka slide.

Rupanya banyak urusan di Tanah Suci perlukan Smartphone untuk guna aplikasi Nusuk.

  • Nak masuk Raudhah kena tempah slot.
  • Nak semak permit.
  • Nak tengok jadual umrah.
  • Nak contact mutawwif, share lokasi, buka map hotel.

Semuanya memerlukan smartphone.

Sekarang baru abe sedar. Phone hari ni bukan sekadar ambil gambar. Phone dah jadi alat untuk bantu dalam ibadah.

Kalau bateri habis tengah jalan, line hilang, app lag atau phone rosak… memang boleh mengganggu fokus dan emosi.

Sebab tu sebelum pergi haji, benda paling penting sekarang ialah, pilih telefon yang betul-betul sesuai untuk kegunaan di Tanah Suci.

pergi haji wajib ada phone power

Ciri Telefon Yang Sesuai Untuk Ibadat Haji

Sebelum tengok model, meh abe bagitau ciri-ciri yang wajib ada pada phone untuk Ibadat Haji atau Umrah.

Bateri besar
Minimum 5000mAh. Kat Mekah jalan jauh, GPS sentiasa on, data sentiasa on. Bateri besar memang satu keutamaan.

Fast charging
Nak cari plug elektrik bukan senang, dan kena berkongsi. Jadi perlukan caj pantas supaya caj 10 minit pun dah banyak topup bateri.

Skrin besar & terang
Ramai jemaah umur 50 ke atas. Skrin kecil memang agak susah nak baca. Jadi skrin yang besar dan terang jadi kewajiban.

Storage besar
Nak simpan gambar, video, WhatsApp group, aplikasi. Storage 128GB ke atas lebih selamat.

Tahan lasak
Habuk, panas, bersesak-sesak dan terlanggar orang. Phone fragile memang berisiko. Maka phone tahan lasak lebih selamat untuk digunakan.

Bila cukup semua ni, barulah sesuai untuk dibawa ketika Ibadat Haji.

Kat bawah ni abe dah sediakan senarai phone mengikut bajet. Abe dah pilih cun-cun, korang cuma perlu pilih je ikut bajet.


Bawah RM500

Redmi 15C pilihan paling berbaloi

Untuk bajet bawah RM500, abe dah banding beberapa model.

Akhirnya Redmi 15C paling masuk akal untuk kegunaan haji.

Sebab utama dia satu je. Bateri 6000mAh. Memang boleh tahan seharian penggunaan app Nusuk, WhatsApp, call mutawwif, tengok map dan sebagainya. Skrin pun besar, senang mak ayah nak baca kat skrin.

Kelebihan
βœ”οΈ Bateri besar – 6000mAh
βœ”οΈ Fast charging – 33W pengecasan pantas
βœ”οΈ Skrin besar – 6.9 IPS LCD Display
βœ”οΈ Harga murah – RM429 – RM529
βœ”οΈ Storage besar – Storage boleh tambah Micro SD sehingga 1TB
βœ”οΈ Cukup untuk kegunaan basic – Mediatek Helio G81 Ultra
βœ”οΈ Walaupun murah, tetap ada sekuriti – Fingerprint unlock dan AI face unlock
βœ”οΈ IP 64 – Tahan habuk dan percikan air.

Kekurangan
βœ–οΈ Performance biasa – biasa
βœ–οΈ Kamera simple
βœ–οΈ Hanya ada model 4G sahaja
βœ–οΈ Tiada eSIM

Kalau nak murah tapi tahan, ini memang pilihan selamat.


Bawah RM1000

Honor X7d bateri lagi padu + storage besar

Kalau ada bajet sikit, abe cadang naik taraf sikit ke Honor X7d.

Kenapa?

Bateri lagi besar sekitar 6500mAh.
Storage pula sampai 512GB. Ambil gambar 10,000 keping pun tak penuh lagi.

Kelebihan
βœ”οΈ Bateri besar 6500mAh – boleh tahan seharian penggunaan
βœ”οΈ Fast Charging 35w Super Charge – Nak caj pun laju, tak perlu risau kena tinggal bas ketika tengah caj phone
βœ”οΈ Storage besar – 512GB memang dah cukup besar untuk simpan gambar dan aplikasi
βœ”οΈ Skrin bersaiz besar – 6.77 inci cukup besar untuk ibu dan ayah.
βœ”οΈ Performance lebih smooth – cipset Snapdragon 685 cukup untuk daily use.
βœ”οΈ Ada fungsi NFC – Nak scan card, atau nak bayar kad guna phone pun boleh.
βœ”οΈ Kamera 108MP – Dah cukup cantik untuk gambar moment-moment ketika haji & umrah
βœ”οΈ Tahan lasak – 5 bintang SGS Drop Test. Kalau jatuh ketika bersesak-sesak memang tak ada masalah
βœ”οΈ IP69 – Dah diuji 24 jam air hujan dan phone ni masih boleh hidup

Kekurangan
βœ–οΈ Agak berat – sekitar 208g, tapi mungkin tak ketara sangat untuk sesetengah orang
βœ–οΈ Tak ada model 5G
βœ–οΈ eSIM tak ada

Honor X7d ni memang sesuai untuk yang suka rakam video dan ambil gambar kenangan.

Honor X7d 4G

Bawah RM1500

Redmi Note 15 Pro skrin & kamera premium

Kategori ni untuk jemaah Haji yang nakkan pengalaman penggunaan phone yang lebih baik.

Redmi Note 15 Pro hadir dengan skrin AMOLED. Tengok skrin bawah terik matahari Mekah memang tak ada masalah.
Tambah pula Fast charging 45W memang sangat laju.
Kamera pun cantik untuk simpan gambar kenangan.
Memang the best all rounder untuk julat harga ni.

Kelebihan
βœ”οΈ Skrin cun – AMOLED skrin, 3200 nits nak tengok bawah terik matahari memang tak ada masalah
βœ”οΈ Size skrin besar – 6.83 inci memang sangat besar dan siap dengan 120hz refresh rate lagi
βœ”οΈ Kamera sharp – 200Mp kamera, gambar jadi lebih sharp, cun dan menarik lagi ada AI untuk mencantikkan lagi gambar.
βœ”οΈ Bateri lebih besar – 6580mAh cukup besar dan tahan seharian lebih penggunaan. Tak risau nak caj selalu.
βœ”οΈ Fast charging – 45w Turbo Charging, lagi laju lagi padu
βœ”οΈ Storage besar – 512GB cukup besar untuk simpan gambar atau video kenangan
βœ”οΈ Performance padu – Mediatek Dimensity 7400, bukak app banyak-banyak, ambil gambar, rekod video, semua lancar je.
βœ”οΈ Tahan lasak – Tahan debu, tahan jatuh, masuk air, skrin pun tahan lasak, memang sangat-sangat selamat.

Kekurangan
βœ–οΈTak ada E-Sim
βœ–οΈAbe tak tau nak kata apa lagi kekurangan dia haha

Baca: Redmi Note 15 Series

Redmi Note 15 Pro

Bawah RM2000

Honor X9d 5G phone tahan lasak

Ni kategori β€œtak nak risau phone rosak”.

Kalau Redmi Note 15 Pro tadi dah padu, Honor X9d pula juara tahan jatuh dan lasak. Dalam suasana sesak kat Mekah, phone dilanggar orang tu biasa. Kalau guna phone ni, memang tak perlu risau phone rosak, boleh fokus pada ibadat.

Kelebihan
βœ”οΈ Tahan lasak – Kalau Redmi Note 15 Pro dah tahan lasak, yang ni lagi tahan. Dah test dengan Plasma Gun pun phone ni masih kukuh berdiri
βœ”οΈ Bateri besar – Sangat besar, size 8300mAh silap-silap caj full kat Malaysia, balik Malaysia lepas Haji pun masih ada bateri lagi haha
βœ”οΈ Fast charge – Caj pun lebih pantas 66W charging
βœ”οΈ Performance padu – Snapdragon 6 Gen 4 cipset baru dan guna app banyak pun masih lancar
βœ”οΈ Storage besar – 256GB dan 512GB dah cukup besar untuk kegunaan harian

Kekurangan
βœ–οΈ Kamera 108 Mp, sedikit kurang dengan Redmi Note 15 Pro, tapi hasil gambar masih cantik.
βœ–οΈ Size skrin dah cukup besar 6.79 inci tapi kalah dengan Redmi Note 15 Pro yang besar sedikit.
βœ–οΈ Tak ada eSIM

Baca: Review Honor X9d

Honor X9d 5G

RM2000 ke atas

Vivo V60 5G pengalaman flagship

Kalau nak paling selesa, paling laju, paling cantik gambar…

Vivo V60 memang syok guna.

90W flash charge memang padu. Cas sekejap je bateri dah naik banyak.

Kelebihan
βœ”οΈ Cas sangat laju – 90w Fast Charging, paling laju antara semua phone yang abe rekomen
βœ”οΈ Skrin smooth – Skrin dia pergh, merecik. Tengok gambar dalam phone ni memang lawa betul. 5000 nits, nak tengok bawah matahari memang tak ada masalah.
βœ”οΈ Kamera cantik – Ini senjata utama Vivo V60, kamera dia guna ZEISS. Ambil gambar memang lawa, macam professional.
βœ”οΈ Rasa flagship – Build quality dia memang boleh rasa ini phone flagship.

Kekurangan
βœ–οΈ Bukan dibina untuk tahan lasak. Ada water resistant 2 jam dalam air, tapi kalah dengan Redmi Note 15 Pro dan Honor X9d dari segi ketahanan.
βœ–οΈ Tiada eSIM
βœ–οΈ Harga agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan phone yang lebih all rounder.

Baca: Review VIVO V60

vivo v60 5g

Perbandingan Ringkas

BajetModelHarga
< RM500Redmi 15C429 – 529
< RM1000Honor X7d799
< RM1500Redmi Note 15 Pro1399
< RM2000Honor X9d1499 – 1699
PremiumVivo V601799+

Perlu ke eSIM untuk Haji?

Abe selalu tulis tak ada E-Sim kan kat review phone tadi. Penting ke e-sim? Jawapan dia tak lah penting sangat. Tapi, kalau nak paling mudah urus internet tanpa tukar SIM, eSIM memang best.

Kelebihan eSIM:

  • tak perlu buka tray
  • aktifkan pelan data terus
  • simpan banyak telco
  • senang roaming

Kalau fokus eSIM, biasanya iPhone dari Apple paling stabil dan paling mudah setup. Kalau nak beli iPhone, 12- 21 Febuari 2026 Factory Mobile ada buat harga Promo, boleh beli kat website fmmall.my atau datang je mana-mana cawangan terdekat.

Factory Mobile Chinese New Year Sale 2026

Cuma kalau tak biasa guna iPhone, mungkin kekok sikit sebab sistem agak berbeza dari Android.

Kalau pengguna biasa, Android dual SIM fizikal pun dah cukup memadai.

Baca: Apa itu e-SIM


Kesimpulan

Haji ni perjalanan sekali je seumur hidup.

Jangan sebab phone problem, ibadah jadi stress.

Pilihlah ikut bajet dan keperluan. Yang penting bateri tahan, skrin jelas dan phone boleh harap.

Nak beli smartphone baru tapi bajet belum cukup? Datang terus ke cawangan Factory Mobile dan guna Shopee Pay Later. Scan QR, pilih ansuran, terus bawa balik. Boleh juga layari www.factorymobile.com.my untuk semak model dan promosi terbaru.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top