Ramai yang tanya abe, berbaloi ke upgrade ke Reno15 Pro ni? Terutamanya bila nampak kamera “200MP” tu terpampang besar.
Bunyi macam gempak, tapi jom kita sembang santai, kita tengok apa yang betul-betul berubah dan apa yang sebenarnya “recycled” saja.

1. Kamera 200MP: Power ke atau Marketing?
Jujurnya, lompatan dari 50MP ke 200MP ni nampak besar atas kertas. Tapi korang kena faham, megapixel besar ni bukan bermaksud gambar terus jadi macam DSLR.
Kelebihan dia satu saja, bila korang tangkap gambar pemandangan, pastu korang crop (zoom) dalam-dalam, gambar tu masih nampak tajam.
Untuk kaki edit atau yang suka post gambar kat media sosial, memang seronok. Tapi kalau setakat nak tangkap gambar kucing kat rumah, 50MP kat Reno14 Pro tu pun dah lebih daripada cukup sebenarnya.
Reno 15 Pro ada OIS dan EIS camera, memang stabil kalau rekod video. Ia juga support rakaman video 4K HDR.
2. Chipset Tak Tukar?
Haa, ni yang ramai orang terlepas pandang. Reno15 Pro ni masih pakai Dimensity 8450, sama macam model lama. Jadi kalau korang harap bila tukar phone baru ni main game jadi makin laju, jawapannya sama saja.
Tapi ini pilihan yang bijak sebenarnya, Mediatek Dimensity 8450 lebih power efficient. Main game dalam keadaan network phone lemah pun masih lagi lancar.
Akhir sekali, chipset ni ada Super Intelligent AI yang boleh meningkatkan prestasi phone untuk edit gambar, edit video dan gaming.

3. Bateri Sama Juga?
Bateri masih lagi 6200mAh dan charging 80W SUPERVOOC seperti Reno 14 Pro. Kalau caj penuh korang boleh main Mobile Legend lebih kurang 11 jam.
Manakala, kalau korang caj sekejap dalam 10 minit, sekurang-kurangnya korang boleh guna Instagram selama 3.6 jam, 5 jam guna Whatsapp dan tengok Youtube selama 4.3 jam.
4. Saiz Skrin & Software
Satu benda yang agak menarik, skrin dia kecik sikit (6.78 inci). Tapi bila pegang, rasa lebih premium sebab bezel (bingkai hitam tepi skrin) tu makin halus. Pegang satu tangan pun cukup selesa.
Nampak lebih “full screen”. Dan yang paling penting, dia datang terus dengan Android terbaru. Jadi, jangka hayat phone ni memang akan lebih lama berbanding abang dia.

Oppo janjikan sistem akan lancar selama 6 tahun berbanding sebelum ni 5 tahun sahaja. Sistem Color OS boleh update sampai Color OS 21 serta security update pun selama 6 tahun.
Jadi korang boleh lenjan habis-habis sampai puas baru korang fikir nak tukar phone baru ke tak.

Jadi, Apa Abe Rasa?
Kalau korang sekarang tengah pakai Reno14 Pro, pendapat peribadi abe tak payah upgrade lagi. Beza dia tak jauh mana pun.
Tapi, upgrade lah kalau:
- Phone sekarang dah mula lag atau bateri dah kong.
- Korang masih pakai Reno 10 ke bawah.
- Korang nak pakai phone yang dijamin prestasi lancar selama 6 tahun.
- Korang seorang yang FOMO 😂
Kesimpulannya, Reno15 Pro ni bukan revolusi yang buat kita ternganga, tapi dia “polish” apa yang patut. Tak ada perubahan drastik, cuma lebih kemas.

Atau terus ke cawangan kami pun boleh, smart advisor kami sedia membantu anda buat pilihan yang terbaik.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI