Beli Smartphone Ansuran Grab Pay Later (Grab Pay Installment)

Masih ramai tidak tahu anda boleh beli smartphone ansuran Grab Pay Later di Factory Mobile seluruh Malaysia. Dengan ansuran Grab Pay Later ini, anda boleh beli phone baru secara installment dalam ansuran bulanan yang lebih kecil tanpa faedah tambahan dikenakan.

Apa itu Grab Pay Later?

Jika anda merupakan pengguna tegar service Grab, mesti anda sudah dibiasakan dengan pelbagai ganjaran pulangan menggunakan aplikasi tersebut seperti Grab Rewards, dan Grab Rewards tier Membership. Dengan Grab Rewards ini, anda boleh redeem ganjaran tersebut untuk lebih penjimatan bila anda menggunakan Grab.

Dengan pembelian phone ansuran Grab Pay Later, anda boleh membeli telefon baru di Factory Mobile seperti beli iPhone 15 baru secara ansuran tanpa perlu membayar jumlah penuh sekaligus.

Sebaliknya, anda boleh memilih untuk membayar jumlah pembelian anda dalam ansuran bulanan yang lebih kecil tanpa faedah tambahan dikenakan sambil menikmati ganjaran Grab Rewards ini.

Bukan itu sahaja, bagi anda pengguna baru Grab Pay Later, Grab juga menawarkan discount sehingga RM30 untuk pembelian pertama pengguna baru Grab Pay Later (new user).

Kelayakan Grab Pay Later

Bagi menikmati ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan dari ansuran Grab Pay Later, anda terlebih dahulu perlu memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang digariskan oleh Grab, antaranya:

  • Telah pun menjadi pengguna Grab yang sedia ada sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  • Berumur 21 tahun atau lebih.
  • Akaun anda telah disahkan sepenuhnya.
  • Anda adalah ahli GrabRewards tahap Platinum, Gold, atau Silver.
  • Aplikasi Grab anda telah dikemaskini ke versi terkini.

Jika anda layak untuk PayLater, anda boleh mengaktifkannya di aplikasi, atau hanya buka aplikasi Grab anda, klik pada Finance, kemudian tekan pada Enjoy Now and Pay Later di bawah Explore Grab Pay.

Jika anda tidak melihat pilihan Pay Later, ianya bermakna Grab belum dapat menawarkan perkhidmatan ini kepada anda buat masa ini. Semua kelulusan untuk Grab Pay tertakluk kepada tinjauan dalaman atau internal review dari Grab.

Jangan risau, buat masa sekarang, Grab masih berusaha untuk menyediakan perkhidmatan Pay Later ini kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Anda boleh cuba pembayaran alternatif seperti Shopee Pay Later dimana konsepnya sama seperti Grab Pay Later..

Cara Menggunakan Grab Pay Later

Kelebihan cara pembayaran menggunakan ansuran Grab Pay Later ini adalah anda mampu menggunakannya di online store FMMall.my dan di mana-mana cawangan kedai Factory Mobile kami.

Pembelian Smartphone Dengan Grab Pay Later Secara Online

Sekarang, berikut adalah cara-cara membuat pembayaran ansuran menggunakan Grab Pay Later di online store Factory Mobile:

Langkah 1. Pilih Produk Pembelian

Apabila anda mengunjungi online store Factory Mobile (https://fmmall.my/), anda boleh membuat pilihan daripada pelbagai variasi telefon yang dipaparkan. Setelah membuat pilihan, cth- iPhone 15 Pro, anda kemudiannya boleh memasukkan produk tersebut ke cart anda untuk meneruskan pembelian.

Langkah 2. Checkout from Cart & Masukkan maklumat Penerima

Di cart, anda boleh menambah produk jika perlu. Namun, untuk meneruskan pembelian iPhone 15 Pro ini, anda perlu menekan checkout from cart dan kemudiannya masukkan maklumat anda sebagai penerima seperti alamat, cara penghantaran (self pickup atau delivery) dan nombor telefon untuk dihubungi.

Langkah 3. Pilih cara pembayaran (Grab Pay Later)

Setelah memastikan maklumat-maklumat penting anda dimasukkan, anda dikehendaki memilih cara pembayaran ‘Grab Pay Later’. Dari situ, anda akan dibawa ke aplikasi Grab yang ada pada device anda.

Langkah 4. Pilih Pelan pembayaran (Pay in 4 Instalments)

Di aplikasi Grab, anda kemudiannya perlu memilih pelan pembayaran ansuran ‘Pay in 4 instalments’. Di sini, jika anda ada mempunyai kod offer, boleh dimasukkan untuk penjimatan lebih dalam pembelian anda.

Langkah 5. Swipe to Proceed Payment

Kini, anda perlu swipe atau slide to pay untuk meneruskan proses pembayaran ansuran Grab Pay Later. Tahniah, anda telah selesai membuat pembelian handphone secara ansuran menggunakan Grab Pay Later di kedai online Factory Mobile.

Pembelian Grab Pay Later secara Fizikal

Di sebaliknya jika anda lebih menggemari untuk membuat pembelian handphone atau iPhone terkini secara fizikal di cawangan Factory Mobile kami, begini caranya andai ingin membeli smartphone seperti iPhone 15 Pro secara ansuran Grab Pay Later:

Langkah 1. Pilih Produk Pembelian

Apabila anda melawat kedai-kedai cawangan kami, pilih dari pelbagai tawaran produk yang ada di pasaran. Anda boleh merujuk staf jualan kami untuk sebarang pertanyaan mengenai spesifikasi telefon. Setelah anda membuat pilihan, contohnya ingin membeli iPhone 15 Pro, anda boleh terus ke kaunter pembayaran untuk ‘Checkout’.

Langkah 2. Checkout di Kaunter

Di kaunter pembayaran, anda perlu memaklumkan kepada cashier mengenai option cara pembayaran iaitu ansuran Grab Pay Later.

Langkah 3. Scan / Pamerkan QR Code Grab Pay

Setelah dimaklumkan, cashier akan meminta anda untuk buka aplikasi Grab anda dan scan QR code yang Factory Mobile paparkan atau anda diminta untuk pamerkan QR code Grab Pay anda untuk staf cashier scan pembayaran anda. 

Langkah 4. Pilih Pelan pembayaran (Pay in 4 Instalments)

Seterusnya, anda dikehendaki memilih pelan pembayaran di dalam GrabPay sebagai ‘Pay in 4 instalments’ untuk pembayaran ansuran Grab Pay Later. Jika anda mempunyai kod offer, anda boleh memasukkan kod tersebut untuk penjimatan atau discount yang ekstra.

Berikut adalah contoh pecahan bayaran bulanan seandainya anda membeli iPhone 15 Pro menggunakan ansuran Grab Pay Later dengan kami:

ROMHarga iPhone 15 ProAnsuran bulanan (4 bulan)
128GBRM5,999RM1,619.73
256GBRM6,499RM1,754.73
512GBRM7,499RM2,024.73
1TBRM8,499RM2,294.73

Baca: Beli iPhone 15 secara ansuran

Langkah 5. Swipe to Proceed Payment

Proses pembayaran anda hampir selesai. Slide atau swipe button hijau di bahagian bawah paparan skrin untuk mengesahkan pembayaran. Kini, anda sudah membayar dan selesailah proses pembelian iPhone ansuran Grab Pay Later!

Beberapa tip yang perlu diambil perhatian seandainya ingin membuat pembelian ansuran Grab Pay Later:

  • Tetapkan atau set reminder untuk membuat pembayaran ansuran bulanan anda tepat pada masanya.
  • Jika anda mempunyai beberapa pelan ansuran, pertimbangkan untuk menggabungkannya menjadi satu untuk memudahkan pengurusan pembayaran anda.
  • Jika anda menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran ansuran bulanan, hubungi Grab Help Centre untuk menjelaskan pilihan sama ada ingin sambungan pembayaran atau penstrukturan hutang.

Dengan menggunakan cara pembayaran ansuran Grab Pay Later ini mudahan boleh membantu anda membuat pembelian yang anda tidak mampu dibayar secara sekaligus. Namun, anda harus beringat untuk menggunakan kemudahan ini dengan bertanggungjawab. 

Dengan mengikuti tip-tip di atas, anda boleh mengelakkan masalah hutang dan memanfaatkan sepenuhnya Grab Pay Later.

Kesimpulan

Grab Pay Later adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh peniaga kepada pengguna seperti anda! Tiada bayaran awal (upfront) atau faedah dikenakan.

Satu-satunya caj yang mungkin dikenakan adalah caj admin fee sebanyak RM10 dikenakan untuk mengaktifkan semula akaun anda yang digantung atas setiap pembayaran yang lewat atau terlepas due date. Akaun Grab Pay Later anda boleh digantung jika anda mempunyai bil Pay Later yang tertunggak dan anda tidak membuat sebarang pembayaran selepas diberitahu oleh perkhidmatan Grab.

Anda juga boleh beli smartphone baru secara ansuran dengan pinjaman Aeon Credit atau kad kredit.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau kekeliruan mengenai cara pembayaran di Factory Mobile, anda boleh menghubungi kami atau mengunjungi cawangan Factory Mobile kami yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Comment