Redmi Note 15 Pro Series – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ni?

Sub-jenama popular Xiaomi iaitu Redmi dah pun umum tarikh rasmi pelancaran siri terbaru mereka, iaitu Redmi Note 15 Pro series pada 21 Ogos 2025 iaitu ESOK.

Siri ni dijangka akan hadir dengan dua model:

  • Redmi Note 15 Pro
  • Redmi Note 15 Pro Plus

So, apa benda baru yang boleh kita expect kali ni?

Redmi Note 15 Pro Series akan dilancarkan esok

Rekaan Masih Familiar Tapi Lebih Kemas

Kalau tengok teaser, Redmi Note 15 Pro series masih kekalkan rekaan kamera bulat di tengah belakang phone, sama macam generasi sebelum ni.

Bezanya, kemasan kali ni nampak lebih premium dengan sisi yang rata (flat edges) tapi skrin masih jenis melengkung.

Kombinasi ni bagi pengalaman genggam lebih selesa sambil nampak elegant.

Kredit gambar: Fuzz.my

Spesifikasi Yang Dijangka

Walaupun detail sepenuhnya akan keluar masa pelancaran nanti, info awal yang dah bocor setakat ni:

  • Cipset Snapdragon 7s Gen 4 – lagi power, lebih jimat bateri
  • RAM sampai 16GB – multitasking, gaming, semua boleh jalan smooth
  • Bateri 7000mAh – sekali charge boleh tahan lama, sesuai untuk heavy user
  • Pengecasan pantas 90W – walaupun bateri besar, masa charge tetap laju

Apa Yang Menarik?

Bateri 7000mAh tu memang gempak kalau betul confirm, sebab biasanya phone midrange susah nak dapat bateri besar macam ni.

Tambahan pula ada Snapdragon 7s Gen 4 yang fokus pada keseimbangan power + efficiency, memang ngam untuk user harian.


Tunggu Tarikh Rasmi

Macam biasa, info ni semua masih “early leak”. Jadi jawapan sebenar pasal spek penuh, harga rasmi, dan promosi pelancaran hanya akan terjawab pada 21 Ogos 2025 nanti.

Abe akan update lepas event tu untuk bagi korang detail penuh.


Nak jadi orang pertama dapat Redmi Note 15 Pro?
Datang terus ke cawangan Factory Mobile atau pre-order melalui www.fmmall.my.

Boleh pilih pelbagai pilihan gateway payment untuk ansuran mudah.

Alang-alang tu, sekarang ni Factory Mobile ada buat Promosi Hari Merdeka, dan kami nak lelong phone REDMI yang ada dalam stok kami.

Kalau nak ke cawangan kami pun boleh, kami sedia membantu anda buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment