Nothing Phone (3) akhirnya rasmi masuk pasaran Malaysia.
Dan kali ni Nothing betul-betul cuba buktikan yang mereka mampu bersaing dalam liga telefon flagship.
Tapi persoalannya, adakah Nothing Phone (3) cukup padu untuk harga RM3,299?
Kalau anda tengah berkira-kira nak angkat flagship terbaru ni, meh abe terangkan pasal Nothing Phone (3) ni.

Tarikh Pelancaran Nothing Phone (3) Di Malaysia
Nothing Phone (3) dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 11 Julai 2025, dengan pre-order bermula 12 Julai 2025.
Kalau anda jenis suka jadi antara yang terawal, ada juga ‘first drop’ eksklusif di Crossover Sunway Pyramid pada 19 Julai 2025, pukul 11 pagi.

Harga & Varian Nothing Phone (3)
Nothing Phone (3) datang dalam dua varian:
Varian | Harga |
---|---|
12GB RAM + 256GB Storage | RM3,299 |
16GB RAM + 512GB Storage | RM3,799 |
Pilihan warna: Putih dan Hitam.

Spesifikasi Nothing Phone (3) Yang Perlu Anda Tahu
Skrin | 6.67″ Flexible AMOLED, 1260 x 2800, 120Hz adaptive, HDR10+, 4000 nits |
Pemproses | Snapdragon 8s Gen 4 (4nm) |
RAM & Storan | 12GB/256GB atau 16GB/512GB (tiada slot microSD) |
Kamera Belakang | Triple 50MP (utama OIS + periskop 3x OIS + ultra lebar) |
Kamera Depan | 50MP |
Bateri | 5150mAh, 65W pengecasan pantas, 15W wireless, reverse charging |
Ciri Lain | Glyph Matrix, Glyph Toys, IP68, NFC, stereo speaker, fingerprint bawah skrin |
Sistem Operasi | Nothing OS 3.5 (Android 15), 5 tahun update OS, 7 tahun patch keselamatan |
Pre-Order Sampai Bila?
Pre-order Nothing Phone (3) dah bermula 12 Julai sehingga 31 Julai 2025.
Kalau pre order sekarang, anda akan dapat freegift eksklusif dari Nothing, iaitu Nothing Cap, Nothing Ear (a) dan juga Nothing Lanyard.

Nothing Phone (3): Cantik, Unik Tapi Mungkin Bukan Kegemaran Ramai
Rekaan Yang Lain Dari Yang Lain
Kalau anda peminat rekaan pelik tapi menarik, Nothing Phone (3) memang sesuai.
Dengan Glyph Matrix dan Glyph Toys, ia bukan sekadar telefon, tapi satu pengalaman visual yang interaktif.
Tapi kalau anda jenis tak suka rekaan yang pelik-pelik, mungkin Phone (3) nampak macam “prototype yang belum siap”.
Binaan memang rasa premium. Kaca belakang + bingkai aluminium dan sekarang dah ada rating IP68 iaitu tahan habuk dan waterproof.
Satu lonjakan besar dari Phone (2) iaitu IP54 yang hanya water splash proof.

Skrin Cantik Tapi Bukan LTPO
Skrin AMOLED 6.67” ni memang tajam dan sangat cerah – 4000 nits tu bukan main-main.
Tapi kekurangan besar, tiada LTPO. Dalam kelas flagship, benda ni kira penting untuk jimat bateri dan pengalaman smooth.

Cipset Flagship Tapi Bukan Yang Terpantas
Snapdragon 8s Gen 4 memang ‘power‘ dan boleh main game berat macam PUBG dan ML tanpa sangkut.
Tapi skor benchmark menunjukkan ia masih di bawah cip Gen 3 dan Dimensity 9400e. Dalam erti kata lain, chipset ni boleh tahan tapi bukan terpantas.

Kamera – Gambar Okey, Tapi Tak ‘Wow’
Tiga kamera 50MP tu memang bunyi gah, tapi dalam penggunaan sebenar, hasil gambar okay-okay je untuk smartphone harga Flagship ni.
Kadang-kadang gambar yang dihasilkan jadi lembut sikit selepas diproses. Mod malam pun tak konsisten.
Kamera periskop bagus pada 3x hingga 6x zoom je, lebih dari tu gambar dah mula pecah.
Kalau anda mahukan smartphone dengan kamera yang cantik, mungkin boleh pilih VIVO X200 FE atau Samsung S23 dalam julat harga yang sama.

Bateri & Pengecasan – Salah Satu Kekuatan
Bateri 5150mAh + 65W wired charging memang best. Cas penuh dalam sejam.
Tambahan 15W wireless dan reverse charging buatkan Phone (3) ni tak kalah dari segi kuasa dan fleksibiliti.
Nothing OS 3.5 – Clean, Laju, Banyak Widget
Kalau anda pernah guna Nothing Phone (2a), anda akan rasa familiar. OS dia clean, ringan, banyak widget dan customization.
Tambahan lagi, ada Essential Space & Essential Search yang bantu anda rekod nota, reminder dan search info tanpa buka apps lain.
Paling best anda akan dapat 5 tahun update OS, 7 tahun patch sekuriti. Memang tahan lama kalau anda jenis tak suka tukar telefon tiap tahun.

Jadi, Berbaloi Ke Beli Nothing Phone (3)?
Kalau anda nak peranti flagship yang lain dari yang lain, ada rekaan unik, nak OS yang clean dan smooth.
Dan anda tak kisah sangat pasal kamera atau performance ekstrem, ya, ini telefon untuk anda.
Tapi kalau anda cari flagship dengan kamera terbaik, skrin LTPO, dan cipset terpantas, mungkin anda kena tengok pilihan lain macam OnePlus 13, vivo X200 atau Samsung S24.
Kalau anda masih ragu-ragu nak buat pilihan phone apa, boleh datang ke cawangan kami. Phone Advisor kami akan bantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI