Setiap tahun, ada model yang betul-betul ‘naik’ di pasaran, bukan sebab hype semata, tapi sebab ramai orang dah test, pakai, dan puas hati.
Di Factory Mobile, tiga model ni paling banyak terjual setakat pertengahan 2025.
Jom abe tunjuk, apa smartphone android pilihan pelanggan Factory Mobile.

No. 1 – Redmi Note 14 Pro 5G
Kombinasi Sempurna: Prestasi, Skrin & Nilai Untuk Wang
Ramai pembeli sebut benda sama bila pilih Redmi Note 14 Pro 5G:
“Saya nak phone yang smooth, nampak mahal, tapi harga tak lebih RM1500.”
Dan model ni tepat kena dengan kehendak tu.

Skrin AMOLED 120Hz + HDR10+
Nak skrol media sosial, tengok video atau edit gambar semua nampak lebih selesa di mata.
Chipset Snapdragon 7s Gen 2
Chipset ni antara yang terbaik dalam kelas harga dia. Kalau main game atau multitasking rasa lancar je.
Kamera 200MP
Gambar tajam dan cantik, bergantung kepada pengcahayaan. Sesuai sangat untuk student, peniaga online dan content creator.
Reka bentuk minimal & solid feel
Ramai pelanggan sebut, “tak sangka phone ni bawah RM1300.”
Kesimpulan:
Kalau anda cari phone yang “all around”, Redmi Note 14 Pro 5G ni memang susah nak lawan.
Ia bukan saja power di atas kertas, tapi terbukti tahan untuk pakai seharian.

No. 2 – Infinix GT20 Pro
Untuk Gamer & Power User Dengan Bajet Terhad
GT20 Pro ni ‘melekat’ dengan golongan muda, especially pelajar, streamer baru dan gamer casual.
Dimensity 8200 Ultimate
Performance padu untuk kelas harganya. Main Mobile Legends, COD Mobile semua boleh main dengan lancar.
Bypass Charging
Ciri ni sangat berguna waktu main game sambil cas. Power terus dari adapter ke phone, tanpa melalui bateri. Phone jadi kurang panas, bateri pun selamat.
AMOLED 144Hz
Lagi tinggi refresh rate, lagi lancar main game dan scroll aplikasi.
Design berinspirasikan e-sukan
Vibe ‘gaming’ jelas terasa dengan design futuristik dan ada lampu LED di belakang.
Sekarang, ramai mula beralih ke GT30 Pro, pengganti rasmi model ini.
Dengan ciri lebih advance seperti trigger button, mechanical lightwave dan design futuristik yang lebih matang, GT30 Pro juga mula jadi ‘top seller’ sejak dilancarkan.
Kesimpulan:
GT20 Pro sesuai untuk gamer atau pengguna aktif yang nak prestasi tinggi tapi masih dalam bajet. Nak lagi best, beli GT30 Pro pasti tak menyesal.

No. 3 – Honor X9c
Telefon Untuk Mereka Yang Pernah Trauma Skrin Pecah
Ini bukan model tercantik atau paling laju, tapi antara yang paling tahan, dan itu dah cukup buat orang beli.

Skrin ultra-tough
Honor claim boleh tahan hentakan tinggi dan tahan jatuh dari ketinggian 2 meter. Ramai yang datang kedai mengadu anak campak phone, jadi kami terus cadangkan X9c.
Rekaan slim & eksklusif
Tak nampak bulky walaupun ada perlindungan tambahan di setiap sisi phone.
Bateri besar 5800mAh + 35W pengecasan pantas
Dah tak risau nak guna untuk jangka masa yang lama, sesuai untuk rider Grab atau Foodpanda yang sentiasa berada di atas jalan.
Cip Snapdragon 6 Gen 1
Tak terlalu power, tapi memadai untuk kerja harian, media sosial dan game ringan.
Kesimpulan:
Kalau anda utamakan ketahanan, ini model terbaik dalam kelasnya.
Sesuai untuk mak ayah, orang yang bersukan ekstrim, atau rider penghantar makanan yang nak phone lasak tanpa kompromi reka bentuk.

Kesimpulan daripada pilihan ini.
Melalui Top 3 pilihan pelanggan di Factory Mobile ini, kita dapat simpulkan:
- Redmi Note 14 Pro 5G – untuk pengguna ‘seimbang’. Untuk kerja, sosial, gambar, semuanya cukup lengkap.
- Infinix GT30 Pro – untuk gamer atau pengguna berat, tapi masih nak jimat.
- Honor X9c – untuk pengguna yang utamakan ketahanan dan jangka hayat skrin.
Dan menariknya, semua bawah RM1,500.
Nak lagi menarik, sekarang ni ada peraduan Beli & Menang Yamaha 125ZR, hanya dengan pembelian RM30 dah boleh join peraduan ni.
Boleh beli di cawangan Factory Mobile atau beli je di website fmmall.my

Atau boleh terus ke cawangan kami yang terdekat, Smartphone Advisor kami akan bantu anda untuk buat pilihan yang terbaik.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI