Xiaomi 15T vs 15T Pro Yang Mana Patut Korang Pilih?

Pernah tak korang rasa pening nak pilih antara dua model yang nampak “lebih kurang sama”?

Ha, itulah dilema bila tengok Xiaomi 15T dan 15T Pro. Atas kertas memang nampak serupa.

Sama-sama besar, sama-sama power, sama-sama ada nama Leica. Tapi bila tengok betul-betul, rupanya banyak beza yang menentukan berbaloi atau tidak duit keluar dari poket.

Jom abe bedah apa yang berbeza antara dua model ni.

Xiaomi 15T vs Xiaomi 15T Pro patut pilih yang mana?

Reka Bentuk: Slim & Premium

Kalau tengok dari luar, dua-dua nampak sama. Gorilla Glass 7i, bingkai nipis, dan IP68 kalis air & habuk. Tapi bila pegang, baru rasa bezanya.

Xiaomi 15T Pro sedikit tebal dan berat. Rasa dia “solid”, premium, dan stabil dalam genggaman.

Xiaomi 15T pula lebih ringan, senang nak guna satu tangan.

Kalau korang jenis suka telefon yang rasa mahal dan kukuh, ambil 15T Pro. Tapi kalau suka yang ringan dan selesa, 15T dah cukup padu.


Kamera: Siapa Menang?

Bila masuk bab kamera, baru nampak “Pro” tu betul-betul bermakna.

Xiaomi 15T Pro datang dengan 50MP utama + 12MP ultrawide + 50MP telephoto 5x optical zoom.

Color science daripada Leica memang nampak hidup dan realistik. Siapa fotografer atau kaki kamera, confirm jatuh hati dengan gambar yang dihasilkan.

Sementara tu, Xiaomi 15T pun tak kurang hebatnya. Masih ada 50MP utama, 12MP ultrawide dan juga 50MP telephoto, tapi zoom dia cuma 2x sahaja.

Kesimpulan mudah, kedua-duanya boleh menghasilkan gambar yang lawa, tapi Pro jauh lebih fleksibel dan hebat bila bab zoom dan portrait.

Hasil gambar daripada Xiaomi 15T:

Hasil gambar daripada Xiaomi 15T Pro:


Video & Paparan: Pro Untuk Content Creator

Kalau korang jenis suka rakam video, 15T Pro ni dah macam “mini studio” dalam poket.

Bayangkan, boleh rakam 8K 30fps dan 4K 120fps dengan 10-bit log.
Manakala 15T biasa hanya sampai 4K 60fps, tetap masih padu.

Paparan pun sama hebat, 6.83 inci AMOLED, resolusi 1.5K, brightness sehingga 3200 nits, HDR10+ dan Dolby Vision dua-dua model ada.

Tapi 15T Pro lebih sikit dengan refresh rate 144Hz display, berbanding 120Hz pada 15T.

Maka untuk gamer dan content creator 15T Pro memang pilihan utama.


Prestasi: Cip Baru, Kuasa Baru

Apa yang ada pada Xiaomi 15T Pro ialah dikuasakan oleh Chipset MediaTek Dimensity 9400 Plus.

Manakala versi Xiaomi 15T pula pakai Dimensity 8400 Ultra. Masih laju, tapi tak setaraf flagship.

Dua-dua guna HyperOS + Hyper AI, jadi pengalaman perisian tetap smooth.

Tapi kalau nak prestasi maksimum, Xiaomi 15T Pro memang bagi tenaga lebih yang kau akan rasa bila main game berat atau edit video.


Bateri & Pengecasan: Bezanya Terletak Pada “Tanpa Wayar”

Menariknya, dua-dua model guna bateri 5,500mAh, cukup mantap untuk penggunaan ringan selama lebih kurang 2 hari.

Tapi beza utama kat sini ialah cara pengecasan.

  • 15T Pro: 90W wired + 50W wireless
  • 15T: 67W wired, tiada wireless charging

Kalau korang jenis suka letak atas pad dan terus charge tanpa wayar, 15T Pro wajib masuk wishlist.


Connection : Siap Sedia Untuk Masa Depan

Xiaomi 15T Pro dah siap sedia untuk guna Wi-Fi 7, manakala 15T masih guna Wi-Fi 6E.

Tak besar sangat bezanya untuk masa sekarang. Tapi untuk jangka masa panjang, Wi-Fi 7 lebih stabil dan laju bila teknologi ni dah meluas nanti.


Kesimpulan: Pilih Ikut Gaya Hidup

Secara jujur, Xiaomi 15T dah cukup padu untuk kebanyakan orang.

Ia dah beri 90% pengalaman sama dengan badan yang lebih ringan dan harga lebih mesra poket.

Tapi kalau korang jenis:

  • Suka merakam video berkualiti tinggi
  • Nak kamera yang boleh zoom dengan jauh
  • Nak wireless charging dan cip paling baru masa ni

Maka Xiaomi 15T Pro memang pilihan yang betul, sebab dia flagship sebenar dalam siri T.

Kalau korang tengah cari telefon baru, dua model ni memang berbaloi untuk tengok depan mata dulu.

Korang boleh ke cawangan Factory Mobile untuk tengok dan rasa sendiri pengalaman menggunakan Xiaomi 15T Series ni sebelum buat keputusan.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI


Leave a Comment