Kalau korang jenis tangkap gambar & rakam video hari-hari, atau korang Fotografer atau Videografer, ini phone yang wajib korang usha!
Xiaomi 15 Ultra bukan sekadar flagship biasa – kamera dia memang luar biasa!
Dengan sensor besar, zoom power, rakaman 8K, dan AI edit gambar terus dalam phone, ini mungkin smartphone terbaik untuk korang.
Jom abe bedah satu-satu!

Apa Yang Best & Apa Yang Kurang?
✅ Kelebihan | ❌ Kekurangan |
---|---|
Sensor kamera 1 inci – cahaya masuk lebih banyak, hasil lebih detail! | Modul kamera besar – Letak dalam poket terasa sedikit janggal. |
200MP Periskop Telefoto – zoom jauh tapi masih sharp! | Banyak bloatware – kena rajin bersihkan apps yang tak guna. |
Mode Pro & RAW – kawalan penuh macam DSLR! | Tak ada Qi2 – aksesori magnetik macam MagSafe tak boleh guna. |
AI Suntingan – buang photobomber, kurangkan noise, dan auto-enhance! | |
Photography Kit – ada grip + bateri tambahan, dah macam DSLR! | |
Video 8K & Log Mode – lebih fleksibel untuk editing secara professional! |
Reka Bentuk & Paparan – Editing Pun Senang!


Pegang je Xiaomi 15 Ultra, terus rasa macam kamera sebenar!
Dengan kemasan ala Leica, memang nampak premium habis.
Cuma, kalau tak pakai casing, risiko calar tinggi sebab modul kamera dia agak timbul.

Bab skrin? Ini yang korang perlu tahu:
- 6.73 inci AMOLED, resolusi 3,200 x 1,440, refresh rate 1-120Hz
- Warna tajam & kaya, sokong HDR10+ & Dolby Vision!
- 3,200 nits kecerahan – tengah panas terik pun tak ada masalah!
Skrin besar dengan bezel yang nipis, memang memudahkan untuk edit gambar atau video terus menggunakan Xiaomi 15 ultra.
Speaker stereo pun kuat dan jelas, memang best kalau nak preview hasil editing sebelum eksport.
Prestasi & Bateri – Cukup Ke Untuk Shoot Seharian?
Kalau kerja korang melibatkan fotografi atau videografi, Xiaomi 15 Ultra memang cukup untuk tugas seharian!
- Snapdragon 8 Elite – multitasking rasa sangat smooth.
- RAM 16GB + storan 1TB UFS 4.1 – fail RAW besar? Tak apa, storage dia besar!
- Bateri 5,410mAh – boleh tahan lebih 12 jam rakam video tanpa risau low batt.
- Pengecasan 90W – caj penuh dalam kurang sejam!
Kamera – Ini Serius Monster!
Ni part paling penting untuk fotografer & videografer! Xiaomi 15 Ultra ada 4 kamera belakang, dan semuanya padu:
- 50MP utama – sensor 1 inci, bukaan f/1.63
Sensor besar ni serap lebih banyak cahaya, hasilnya gambar low-light lebih terang, tajam, dan penuh detail.
Ditambah dengan efek bokeh semula jadi, setiap shot nampak lebih profesional. - 50MP telefoto floating
Zoom 3X tanpa kehilangan kualiti, sesuai untuk portrait atau subjek jauh.
Tambah lagi, lensa ni boleh fokus dekat untuk macro shot yang ultra-detail! - 50MP ultralebar
Sesuai untuk pemandangan & group shot, sudut lebih luas tanpa herot. Warna pun nampak hidup dengan detail yang jelas. - 200MP periskop telefoto
Optical zoom 4.3X bagi hasil yang tajam tanpa kompromi.
Kalau nak lebih jauh, AI Super Zoom boleh pergi sampai 120X, sesuai untuk tangkap subjek dari jarak ekstrem.







Rakaman Video? Ini Yang Korang Dapat:
- 8K 30fps & 4K 120fps – Rakaman super sharp & cinematic!
- Log Mode – Videografer memang perlukan ini. Fleksibiliti untuk editing warna video!
- AI Video Enhancement – Membantu kurangkan noise & stabilkan footage!
Photography Kit dia wajib beli! Ada grip ala DSLR + butang shutter fizikal, plus bateri tambahan untuk rakaman lebih lama!

Perisian & AI – Workflow Editing Lagi Mudah!
Guna HyperOS 2 atas Android 15, Xiaomi tambah banyak ciri AI:
- AI Suntingan Gambar – buang objek tak diingini & enhance gambar secara automatik.
- AI Video Stabilization – elak gegaran tanpa perlu gimbal!
- Transkripsi & Terjemahan AI – memudahkan untuk buat konten pelbagai bahasa.
Tapi, AI dia masih baru maka masih memerlukan kemaskini terkini supaya AI Xiaomi dapat berfungsi dengan baik.
Mujurlah Xiaomi janji 4 tahun update Android + 6 tahun patch keselamatan!
Kesimpulan – Wajib Ke Beli Xiaomi 15 Ultra?
Kalau korang serius dalam fotografi atau videografi, Xiaomi 15 Ultra memang pilihan terbaik dalam dunia smartphone sekarang!
Lebih murah dari kamera mirrorless high-end, tapi hasil tak jauh beza.
Jadi geng, kalau nak naikkan level konten korang, Xiaomi 15 Ultra memang berbaloi untuk anda laburkan!

Kalau anda tak cukup bajet, anda boleh buat pembayaran secara ansuran di Factory Mobile.
Kami menawarkan ansuran melalui Shopeepaylater, Grabpaylater, Aeon Kredit atau Kad Kredit.
Yang menariknya lagi, anda boleh menebus Maybank Treatpoints dan gunakan untuk pembelian phone atau gajet lain di Factory Mobile.

Kalau anda masih ragu-ragu, jom datang ke cawangan kami!
Sales Advisor kami sedia membantu anda, lengkap dengan demo supaya anda boleh lihat sendiri kehebatannya sebelum buat keputusan.

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI