9 Teknik Ambil Gambar Guna Phone – Nampak Pro, Confirm Puas Hati

Teknik ambil gambar guna phone dah jadi kemahiran wajib untuk ramai orang.

Sama ada anda ambil gambar OOTD, makanan, pemandangan, atau moment harian, phone anda boleh hasilkan gambar yang nampak macam DSLR kalau tahu cara.

Tak perlu untuk beli kamera mahal. Guna phone pun boleh dapat hasil yang cantik!

Ini 9 teknik ambil gambar guna phone macam pro yang akan buat hasil gambar anda lebih tajam, cantik dan confirm puas hati.

teknik ambil gambar guna phone

1. Framing Semulajadi (Natural Frame)

Kredit: Evan Kirby

Gunakan objek seperti tingkap, pintu, pokok atau lengkungan sebagai “bingkai” kepada subjek.

Teknik ni bantu fokus mata penonton dan buat gambar nampak cinematic — macam hasil jurufoto profesional.


2. Leading Lines

Kredit: Nachiket Save

Cari garisan semula jadi seperti jalan, rel, jambatan atau pagar.

Susun supaya garisan tu bawa perhatian terus ke subjek utama. Gambar lebih dalam dan seimbang.


3. Golden Hour Lighting

Kredit: retouchme

Shoot masa awal pagi atau lewat petang, cahaya masa ni lembut & warm.
Tak perlu edit banyak pun, gambar dah cukup “vibe”.


4. Rule of Thirds (Aktifkan Grid)

Kredit: Fairphone

Aktifkan fungsi Grid dalam setting kamera. Letak subjek di antara titik sebelah kiri atau kanan frame.

Komposisi jadi lebih kemas dan sedap mata memandang.


5. Candid Lebih Hidup – Teknik Ambil Gambar Guna Phone Yang Ramai Abaikan

Tangkap moment spontan. Ketika orang tengah ketawa, berjalan, fokus pada sesuatu.

Gambar candid selalu ada feel yang real dan lebih menarik.


6. Refleksi Air atau Cermin

Kredit: Filmora

Lepas hujan, cuba tangkap refleksi dari lopak air, meja kaca, tingkap.

Simetri buat gambar nampak berseni & Instagram-ready.


7. Low Angle Shot (Ambil Dari Bawah)

Kredit: Pexel

Ambil dari aras rendah, paras tanah atau lutut.

Bagi subjek nampak lebih megah, epik & berbeza dari biasa.


8. Siluet – Gambar Backlight Paling Senang Tapi Power

Kredit: Pexel

Waktu sunset atau cahaya terang dari belakang, shoot subjek gelap (siluet).

Mood gambar jadi misteri, tenang & sangat estetik.


9. Isi Frame Dengan Subjek (Fill the Frame)

Kredit: Skyvik

Dekatkan phone dengan subjek. Tak kisah muka, makanan atau objek — bagi dia penuhi frame.

Kurang gangguan background, fokus terus pada point utama.


Bonus Mini Tips

  • Guna HDR Mode untuk gambar dengan langit & bayang
  • Elakkan zoom digital – dekat sendiri
  • Aktifkan Scene Optimizer atau AI Camera kalau phone support
  • Guna Burst Mode masa ambil aksi bergerak

Ha, padu ke padu tips teknik ambik gambar ni? Lepas ini dah tak perlukan kamera yang besar-besar, cukup dengan kamera smartphone je.

Nak lagi best, abe nak rekomen satu smartphone yang agak powerful daripada VIVO. Iaitu VIVO X200 FE. Model yang lebih rahmah daripada abangnya.

Pakai phone ni, confirm gambar anda jadi lebih lawa.

Atau kalau korang masih tak tau nak beli phone apa, boleh terus ke cawangan kami yang terdekat.

Smartphone Advisor kami akan bantu anda sebaik mungkin untuk buat pilihan yang terbaik.


Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.

Follow Channel kami untuk update artikel terbaru

FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI

Leave a Comment