Dengan pasaran telefon pintar yang sentiasa berubah dan berkembang, korang mungkin tertanya-tanya, “Kenapa Sony Xperia 1 II masih berbaloi di tahun 2024 yang mana dunia gajet semakin canggih sekarang?” Jangan tergesa-gesa membuat kesimpulan, sebab telefon ni masih punya beberapa aspek yang boleh buat kita teruja.
Ciri-ciri & Spesifikasi Sony Xperia 1 II
Sony Xperia 1 II ni reka bentuknya memang unik. Dengan skrin CinemaWide 21:9, OLED HDR 4K 6.5 inci, bukan setakat rupa je yang cantik, tapi bila nak tengok movie pun rasa macam dalam pawagam betul. Plus, Sony Xperia 1 II ini dah dilengkapi dengan ketahanan air dan debu IP65/68. So, style dan tahan lasak, dua-dua ada dalam satu Sony Xperia 1 II ni!
Kelebihan & Kekurangan
KELEBIHAN
- Kualiti Kamera Profesional: Sony Xperia 1 II ni, kalau pasal ambil gambar atau rakam video, memang terbaik lah. Guna teknologi macam siri Alpha Sony, siap ada Eye AF dan boleh snap cepat sampai 20 fps
- Paparan Sinematik: layan movie atau game dengan screen OLED 4K HDR 6.5 inci, memang puas hati dengan warna yang jelas dan detail yang sharp.
- Prestasi Hebat: Nak main game ke, buka banyak app serentak ke, smooth je dengan Snapdragon 865 dan 8GB RAM.
- Audio Berkualiti Tinggi: Untuk yang suka dengar lagu, audio dia pun tip-top dengan 360 Reality Audio dan ada lubang audio untuk headphone lagi, jadi layan muzik pun best.
- Harga mampu milik: Yang best, semua ciri-ciri hebat ni datang dengan harga yang ramah poket. Memang worth it!
KEKURANGAN
- Bateri: Kalau dibandingkan dengan beberapa phone lain, bateri Sony Xperia 1 II agak cepat habis, terutamanya bila kita guna apps yang berat
- Saiz: Saiz Sony Xperia 1 II panjang (21:9), nak handle Sony Xperia 1 II ni susah sikit berbanding smartphone yang lain
- Sistem android: Sony Xperia 1 II hanya boleh update kepada android 12 yang mana sekarang sudah android 14, tapi masih lagi ok untuk digunakan pada tahun 2024
Prestasi Kamera Sony Xperia 1 II
Susunan kamera triple 12MP Sony Xperia 1 II memang power habis! Tak kira dalam gelap atau nak tangkap subjek yang bergerak laju, Sony Xperia 1 II akan bagi hasil yang cantik.
Kapasiti Storan
Kalau risau pasal tak cukup ruang storage, no need for that! Sony Xperia 1 II ada penyimpanan dalaman besar, 256GB, yang boleh expand sampai 1TB dengan guna kad microSD.
KESIMPULAN
Dengan segala ciri-ciri yang boleh kata setanding dengan smartphone kini, Sony Xperia 1 II masih berbaloi di tahun 2024. So, tunggu apa lagi? Jom serbu Sony Xperia 1 II sekarang di Factory Mobile- confirm tak menyesal!
Menarik
tunggu apa lagi, angkat satu hari ni 😀
nak walk in boleh ke cawangan kami : https://fmmall.my/cawangan/
Salaamun alaika bos,
Tiada less ke kepada pembelian yg berulang. Family saya byk beli Sony dari FM..
Waalaikumussalam, maaf cik lambat balas, sibuk beraya XD,
sekarang kat FM kami ada VIP Member, cik kena daftar sebagai VIP Member dan kami bagi harga yang cun untuk returning customer dan ada benefit2 lain lagi yang memang terbaik.
Mantap!
kan, phone ni pakai tahun 2024 pun masih lagi rasa premium
Camera lawoo wuuu!!!mantap
betul, kamera dia lawa, sony memang power kalau pasal kamera
Saya nk tgk review bervideo utk phone ni ada link youtube x?
buat masa ni, kami belum buat video review penuh untuk phone ni, sebelum ni hanya ada test gambar
https://vt.tiktok.com/ZSFaP1m95/
insyaAllah nanti kami usahakan untuk buat video review. Cik boleh follow tiktok & youtube kami untuk dapatkan update.
Tiktok: https://www.tiktok.com/@factorymobile
Youtube : https://www.youtube.com/@FactoryMobile