SIRI XIAOMI 14 – Inovasi Smartphone Terbaik 2024

Baru-baru ni, Xiaomi telah bawakan satu inovasi terbaru dalam era productivity dan connectivity smartphone dengan memperkenalkan XIAOMI 14 Inovasi Smartphone Terbaik 2024 yang dijangka bakal menembusi pasaran Malaysia 7 Mac iaitu hari ini!

Jadi kali ni kami akan memperkenalkan Siri Xiaomi 14 yang terdiri daripada Xiaomi 14, Xiaomi 14 Pro dan Xiaomi 14 Ultra.

Umumnya, Siri Xiaomi 14 ini telah pun dilancarkan di Event Global MWC di Barcelona pada 25 Februari 2024. Namun hanya Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra Sahaja yang diperkenalkan di pasaran Global buat masa ini. Xiaomi 14 Pro masih kekal berada di pasaran China.

Xiaomi 14 hadir untuk redefine pengalaman telefon pintar dengan prestasi flagship-level, reka bentuk yang stunning dan ciri inovatif menarik korang semua masuk ke era baharu productivity dan connectivity.

Seperti sebelum ni, Xiaomi masih mengekalkan teknologi kamera Leica dan tambahan spesifikasi tercanggih dengan prosesor terbaru Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 chipset bagi menghasilkan kualiti yang tinggi untuk Xiaomi 14 Series pada tahun ni. Jadi mari kita lihat keistimewaan yang dibawakan oleh Xiaomi untuk Xiaomi 14 Series pada kali ini.

SIRI XIAOMI 14

Jom tengok kami unboxing Xiaomi 14

Prestasi Kamera Xiaomi 14

Apa yang menarik untuk Siri Xiaomi 14 adalah pada kameranya. Korang boleh dapat triple-camera dengan kamera utama 50MP Light Fusion 900 sensor digabungkan dengan f/1.6 aperture Leica Summilux lensa optic.

XIAOMI 14 berukuran 152.8mm x 71.5mm x 8.20mm yang mana bahagian tepi agak flat dan di bahagian belakangnya sedikit curved memberi grip yang lebih baik apabila dipegang.

XIAOMI 14 juga menampilkan paparan CrystalRes AMOLED 1.5K resolution (2670×1200 pixel) 6.36 inci memberikan visual yang lebih tajam pada brightness 3000 nits dan refresh rate dari 1 hingga 120Hz.

SIRI XIAOMI 14 ULTRA

Kita tengok pula bagi Xiaomi 14 Ultra. Uniknya untuk Xiaomi 14 Ultra, Xiaomi hadirkan dengan design nano-tech vegan leather bersama Xiaomi Shield Glass untuk reka bentuk yang berkualiti tinggi.

Bukan itu Sahaja, Xiaomi 14 Ultra juga didatangkan dengan skrin AMOLED yang lebih besar iaitu 6.73 inci dan mempunyai WQHD+ resolution (3200×1440 pixels) yang tinggi untuk hasil paparan yang ultra-sharp untuk korang semua.

Prestasi Kamera Xiaomi 14 Ultra

Seperti yang dijangka, Xiaomi 14 Ultra tertumpu pada kameranya dengan Quad-camera berbanding Xiaomi 14 yang hanya Triple-camera Sahaja. Xiaomi 14 Ultra dikuasakan oleh ultra-large 1-inch Sony LYT-900 image sensor pada kamera utamanya manakala 75mm floating telephoto kamera, 120mm periscope kamera, and 12mm ultra-wide kamera bagi 3 kamera yang lain.

KESIMPULAN

Apa yang boleh dikatakan di sini, Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra bukan Sahaja tertumpu pada kamera tetapi Xiaomi juga menawarkan chipset terkini yang memberi ketahanan bateri lebih lama dimana kedua-dua SIRI XIAOMI 14 ini menyokong 90W HyperCharge and 80W Wireless HyperCharge maka layaklah dengan Inovasi Terbaik 2024.

Korang mesti dah tak sabar kan nak merasai pengalaman yang ultra ni. Jadi jangan lupa untuk stay dengan update terkini SIRI XIAOMI 14 ini di Factory Mobile.



4 thoughts on “SIRI XIAOMI 14 – Inovasi Smartphone Terbaik 2024”

Leave a Comment