Tak dinafikan, ROG Phone memang antara telefon gaming yang sentiasa jadi pujaan ramai.
Dengan kemunculan ROG 9 Pro, ramai tertanya-tanya, berbaloi ke nak upgrade dari ROG 8 Pro?
Sekali imbas, kedua-duanya nampak futuristik dan solid untuk gamers hardcore.
Tapi bila kita selami, ada beberapa peningkatan menarik pada model baharu ni. Jom kita bongkar perbezaan antara dua peranti ni!
Perbandingan ROG 9 Pro vs ROG 8 Pro
Ciri Utama | ROG 8 Pro | ROG 9 Pro |
---|---|---|
Cipset | Snapdragon 8 Gen 3 | Snapdragon 8 Elite |
RAM & Storan | 16GB + 512GB | Sehingga 16GB + 512GB |
Refresh Rate | 165Hz | 185Hz |
Anime Vision | 341 LED | 648 LED + mini game |
Bateri | 5,500mAh | 5,800mAh |
Harga | RM4,299 (Harga terkini) | RM4,999 |
Prestasi Mantap dengan Snapdragon 8 Elite
ROG 9 Pro benar-benar menyerlah bila masuk bab prestasi berbanding ROG 8 Pro.
Cipset Snapdragon 8 Elite tak main-main dengan lonjakan 45% CPU dan 40% GPU.
Kalau ROG 8 Pro dah cukup power dengan Snapdragon 8 Gen 3, model 9 Pro ni rasa macam naik level baru!
Apa yang best? Cipset ni bukan saja laju, tapi juga lebih jimat bateri. Maknanya, korang boleh main game lebih lama tanpa risau bateri cepat habis.
Gaming Jadi Lagi Lancar
Kedua-dua model hadir dengan skrin AMOLED 6.78 inci yang sangat cantik, dengan 720Hz touch sampling rate dan kecerahan 2500 nits.
Tapi, ROG 9 Pro membezakan dirinya dengan refresh rate 185Hz yang lebih tinggi.
Walaupun kebanyakan game masih terhad pada 120 FPS, gamers hardcore tetap akan hargai kelancaran tambahan ni.
Adakah perbezaannya ketara? Kalau korang gamer biasa, mungkin tak terasa sangat. Tapi untuk competitive players, setiap milisaat kira penting!
Anime Vision yang Lebih Wow!
ROG 8 Pro dah memperkenalkan sistem Anime Vision dengan 341 LED untuk grafik belakang yang boleh diprogram mengikut citarasa sendiri.
Tapi ROG 9 Pro bawa konsep ni ke tahap baru dengan 648 LED yang lebih ceria dan interaktif.
Lagi menarik, pada ROG 9 Pro korang boleh main mini game seperti Snake dan Brick Smasher terus pada panel belakang.
Bagi yang nak main game simple ketika menunggu bas, fungsi ini memang menarik. Fungsi ini tiada pada ROG 8 Pro
Gaming Lebih Lama
ROG 8 Pro dengan 5,500mAh dah cukup tahan lasak untuk sesi gaming yang panjang.
Tapi, ROG 9 Pro tampil lebih baik dengan 5,800mAh dan cipset yang lebih cekap tenaga.
Asus mendakwa model baru ni boleh bertahan sehingga 26 jam penggunaan biasa atau 4.5 jam gaming berat.
Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 65W.
Realitinya? Walaupun kapasiti naik sikit, penjimatan bateri pada ROG 9 sangat dirasai.
Berbaloi Ke Nak Upgrade?
Kalau korang dah ada ROG 8 Pro, upgrade ke ROG 9 Pro tak semestinya wajib—melainkan korang nak kelebihan prestasi padu dan ciri baru seperti refresh rate 185Hz atau Anime Vision yang lebih menyerlah.
Tapi untuk korang yang tengah cari telefon gaming terbaik, ROG Phone 9 Pro memang no-brainer.
Ia tawarkan prestasi terbaik, bateri tahan lama, dan rekaan unik untuk pengalaman gaming yang lebih gempak.
Pilihan di tangan korang! Tapi kalau nak flex dalam komuniti gamer, ROG Phone 9 Pro memang pilihan yang takkan mengecewakan. 😎
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- ROG Phone 9 Series: Lebih hebat dari yang lain?
- ROG Phone 8 siri smartphone gaming terbaik
- ASUS ROG 6D – MASIH RELEVAN UNTUK TAHUN 2024?
- Honor X9c 5G: Kuasa dan Ketahanan Hebat untuk Gaya Hidup Aktif!
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI