Sub-jenama popular Xiaomi iaitu Redmi dah pun melancarkan siri terbaru mereka, iaitu Redmi Note 15 Pro series pada 21 Ogos 2025 yang lepas. Untuk pasaran Malaysia dijangka akan dilancarkan pada 15 Januari 2026.
Siri ni akan hadir di Malaysia dengan tiga model:
- Redmi Note 15
- Redmi Note 15 Pro
- Redmi Note 15 Pro Plus
So, apa benda baru yang boleh kita expect kali ni?

Rekaan Masih Familiar Tapi Lebih Kemas
Kalau tengok, Redmi Note 15 Pro series masih kekalkan rekaan kamera bulat di tengah belakang phone, sama macam generasi sebelum ni.
Bezanya, kemasan kali ni nampak lebih premium dengan sisi yang rata (flat edges) tapi skrin masih jenis melengkung.
Kombinasi ni bagi pengalaman genggam lebih selesa sambil nampak elegant.

Spesifikasi Redmi Note 15 Series Malaysia Set
Redmi Note 15
- Cipset Snapdragon 6 Gen 3 – cukup power, dan jimat bateri
- Skrin 6.77-inch FHD+ AMOLED – Full HD+ AMOLED memang jimat bateri dan warna lebih pop
- Bateri 5520mAh – cukup besar untuk penggunaan harian
- Kamera 108MP – gambar lebih sharp dan cantik
Redmi Note 15 lebih fokus pada ketahanan.
Redmi Note 15 Pro
- Cipset Dimensity 7400 Ultra – lebih power daripada sebelumnya
- Skrin 6.83-inch AMOLED – Corning Gorilla Glass Victus 2 lebih tahan lasak
- Bateri 6580mAh – besar sikit berbanding Redmi Note 15 Pro+. Sekali charge boleh tahan lama, sesuai untuk heavy user
- Pengecasan pantas 22.5W – berbeza dengan Pro Plus yang support 90W
Jom tengok Team Creative Factory Mobile unboxing Note 15 Pro kat bawah ni
Redmi Note 15 Pro Plus
- Cipset Snapdragon 7s Gen 4 – lagi power, lebih jimat bateri
- Skrin 6.83-inch AMOLED – Corning Gorilla Glass Victus 2 lebih tahan lasak
- Bateri 6500mAh – sekali charge boleh tahan lama, sesuai untuk heavy user
- Pengecasan pantas 100W Hypercharge – walaupun bateri besar, masa charge tetap laju
- Kamera 200MP – gambar lebih sharp dan cantik
Jom tengok Team Creative Factory Mobile unboxing Note 15 Pro Plus kat bawah ni
Berapa Harga Redmi Note 15 Series?
Redmi Note 15 4G: RM799
Redmi Note 15 5G: RM849
Redmi Note 15 Pro: RM1599 RM1399 (Harga pre order)
Redmi Note 15 Pro Plus: RM1899 RM1699 (Harga pre order)
Apa Yang Menarik?
Bateri 6500mAh tu memang gempak, sebab biasanya phone midrange susah nak dapat bateri besar macam ni.
Tambahan pula ada Snapdragon 7s Gen 4 yang fokus pada keseimbangan power + efficiency, memang ngam untuk user harian.
Lagi best, pre oder sekarang sehingga 21 Januari 2026 dapat Freegift Redmi Pad SE 8.7 untuk model Pro dan Pro Plus. Nak beli, beli terus di website fmmall.my. Nak bayar secara tunai atau pun ansuran pun boleh, ikut bajet korang.

Kalau nak ke cawangan kami pun boleh, kami sedia membantu anda buat pilihan yang terbaik.

- HONOR Magic V5 : Fon Lipat Paling Nipis Dunia
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI