Xiaomi sekali lagi meletupkan pasaran dengan siri terbaru Redmi Note 14, tapi persoalannya: Patut ke kita upgrade ke Redmi Note 14 Pro+, atau Redmi Note 13 Pro+ 5G masih padu untuk tahun 2025?
Jangan pening kepala, Abe dah buat perbandingan penuh untuk bantu korang pilih telefon mana yang betul-betul ngam dengan bajet dan keperluan.
Jom kita bedah dua model ni satu-satu!
Perbandingan Specs Redmi Note 14 Pro+ vs Redmi Note 13 Pro+
Aspek | Redmi Note 13 Pro+ | Redmi Note 14 Pro+ | Keputusan |
---|---|---|---|
Chipset | MediaTek Dimensity 7200-Ultra (4nm) | Snapdragon 7s Gen 3 (4nm) | Note 14 Pro+ lebih smooth untuk gaming! |
Paparan | AMOLED 6.67″, CrystalRes, 120Hz | AMOLED 6.67″, Gorilla Glass Victus 2, 120Hz | Gorilla Glass Victus 2 lebih tahan lasak! |
Kamera Utama | 200MP, OIS + EIS, f/1.65 | 200MP, AI ProCamera, OIS + EIS | Teknologi AI Note 14 Pro+ menang! |
Bateri | 5,000mAh, 120W HyperCharge (19 min penuh) | 5,110mAh, 120W HyperCharge (22 min penuh) | Kapasiti bateri Note 14 Pro+ lebih tahan lama. |
Ciri Tambahan | Dolby Atmos, IP68, in-screen fingerprint | Dolby Atmos, IP68, in-screen fingerprint | Hampir sama, tapi Note 14 guna Android 14. |
Harga | Dari RM1,599 | Dari RM1,699 | Perbezaan harga tak jauh, tengok bajet korang! |
1. Reka Bentuk dan Paparan
Bila pegang Redmi Note 13 Pro+ 5G, terus rasa premium.
Skrin AMOLED CrystalRes 6.67 inci dengan resolusi 1.5K dan refresh rate 120Hz memang smooth.
Ada IP68 untuk tahan air dan habuk – kalau rendam selama 30 minit dalam air pun tak ada hal.
Cuma bonggol kamera terlalu tebal, bila letak atas meja jadi tidak stabil.
Tapi, bila tengok Redmi Note 14 Pro+, rasa macam lagi padu la pulak hehe.
Dengan Gorilla Glass Victus 2, telefon ni lebih tahan calar dan tahan hentakan.
Reka bentuk dia pun lebih kemas dan moden. Dengan back panel yang menggunakan tema ala leather, membuatkan nampak mahal beb!
Bagi abe, kalau nak tahan lasak dan nampak premium, Redmi Note 14 Pro+ jawapannya.
2. Prestasi dan Gaming
Redmi Note 13 Pro+ 5G menggunakan Dimensity 7200-Ultra – chipset 4nm yang cukup power untuk gaming macam PUBG atau COD Mobile.
Tapi bila Snapdragon 7s Gen 3 digunakan pada Redmi Note 14 Pro+, memang terasa perbezaannya.
Lagi smooth, lagi cepat, dan multitasking pun tak jadi masalah.
Tambahan pula, Note 14 ada LiquidCool Technology untuk pastikan telefon tak cepat panas masa korang gaming lama-lama.
Untuk kaki game, Redmi Note 14 Pro+ confirm menang.
3. Kamera 200MP: Dua-dua Padu, Tapi…
Kamera utama 200MP pada kedua-dua telefon memang buat ramai orang teruja.
Gambar sharp, vibrant, dan OIS + EIS buat video korang stabil gila.
Tapi Redmi Note 14 Pro+ ada satu kelebihan – AI ProCamera. Teknologi ni boleh tingkatkan gambar low-light dan bagi hasil lebih cantik, walaupun korang tangkap gambar malam.
Kalau suka ambil gambar, Redmi Note 14 Pro+ memang patut anda miliki.
4. Bateri dan Pengecasan
Kedua-dua model ada 120W HyperCharge, yang mana Redmi kata boleh cas penuh dalam masa kurang 20 minit.
Tapi bateri Redmi Note 14 Pro+ besar sedikit iaitu 5,110mAh berbanding 5,000mAh pada Redmi Note 13 Pro+.
Maksudnya, penggunaan Note 14 Pro+ boleh bertahan lebih lama.
Ketahanan bateri ni tidak begitu ketara, tapi Redmi Note 14 Pro+ masih lebih baik.
5. Perisian dan Ciri Tambahan
Redmi Note 13 Pro+ 5G datang dengan Android 13, MIUI 14.
Tapi Redmi Note 14 Pro+ lebih advance, siap dengan Android 14 dan MIUI 15.
Nak guna apps terkini atau tunggu update sistem, Note 14 lagi future-proof.
Redmi Note 14 Pro+ menang dari segi lebih baru, akan tetapi Redmi Note 13 Pro+ masih lagi dapat update terkini.
Redmi Note 13 Pro+ Dah Tak Relevan?
Eh, jangan terus tolak Redmi Note 13 Pro+ 5G!
Dengan harga yang dah turun sehingga RM1399 daripada harga asal RM1,599, telefon ni sangat-sangat berbaloi.
Untuk korang yang nak jimat tapi tetap nak specs power. Kamera 200MP, skrin AMOLED CrystalRes, dan pengecasan pantas 120W – semua ni tak kurang hebatnya.
Tapi ada satu benda yang korang kena ingat: Redmi Note 13 Pro+ dah masuk fasa end-of-life.
Maksudnya, stok makin kurang di pasaran. Kalau korang berminat, kena cepat-cepat beli sebelum stok habis!
Kesimpulan: Mana Satu Pilihan Korang?
- Redmi Note 13 Pro+ 5G – Untuk korang yang nak specs power pada harga lebih rendah.
- Redmi Note 14 Pro+ – Untuk korang yang nak teknologi terkini, prestasi lebih smooth, dan pengalaman premium.
Jadi, tunggu apa lagi geng? Beli sekarang di website kami!
Atau boleh ke cawangan kami yang berdekatan dengan anda
Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Siri Redmi Note 13 – Revolusi 2024
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
- 5 Smartphone Kamera Cantik Dan Murah Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI