OPPO baru sahaja keluarkan Oppo Reno 14 Series. Nampaknya Oppo tengah sedia nak lancar satu lagi model dari siri Reno 14.
Kali ni model yang digelar Reno 14 FS 5G.
Tapi jangan excited sangat, info ni semua belum rasmi lagi, setakat maklumat bocor sahaja.
Jadi jom tengok apa yang “katanya” bakal dibawa oleh model ni.

Spesifikasi Reno 14 FS 5G Yang Dah Tertiris (Rumour)
Sumber dari YTechB dedahkan beberapa spesifikasi utama Reno 14 FS 5G:
- ✅ Cipset: Snapdragon 6 Gen 4
- ✅ RAM & Storan: 12GB RAM + 512GB ROM
- ✅ Skrin: AMOLED 6.57 inci, 120Hz refresh rate
- ✅ Kamera Depan: 32MP (punch-hole, tengah)
- ✅ Kamera Belakang:
• 50MP Sony IMX882 (utama)
• 8MP ultra-lebar
• 2MP makro - ✅ Bateri: 6000mAh + pengecasan 45W USB-C
- ✅ Lain-lain: IP69, Android 15, AI features
- ✅ Warna: Opal Blue atau Luminous Green
Harga jangkaan? Sekitar EUR450 (~RM2228). Tapi macam biasa, harga ni boleh berubah bila masuk pasaran Malaysia nanti.

Snapdragon 6 Gen 4 – Cip Midrange Yang Power?
Snapdragon 6 Gen 4 ni cip terbaru kelas pertengahan dari Qualcomm.
Gabung dengan 12GB RAM dan storan 512GB, boleh kata model ni memang bukan calang-calang.
Nak multitask, game ringan, atau buat kerja takde hal.

Bateri 6000mAh – Ada Powerbank Dalam Phone?
6000mAh ni dah masuk kategori “rare” untuk phone slim macam Reno.
Dengan pengecasan 45W, memang cukup untuk satu hari penuh penggunaan berat. Tak perlu risau nak caj di tengah hari.
Kamera Sony IMX882 – Boleh Harap Ke?
Sensor Sony IMX882 ni sebelum ni pernah ada dalam beberapa model OPPO dan Vivo.
Kualiti gambar daripada sensor Sony ni cukup cun, terutama dalam pengcahayaan yang cukup.
Ultra-lebar dan makro tu bonus je, yang penting kamera utama boleh deliver gambar yang cantik.
Tapi… Semua Ni Masih Belum Confirm!
Yang penting kena ingat, semua info ni setakat maklumat bocor.
OPPO sendiri masih belum umum model ni secara rasmi, dan belum jelas bila Reno 14 FS 5G ni akan dilancar (atau sama ada Malaysia akan dapat sekali ke tak).
Patut Tunggu Ke Tak?
Kalau benar specs macam ni dan harga bawah RM2,300, boleh kata ini model upper midrange yang agak menarik.
Sesuai untuk korang yang nak phone tahan lama, kamera cun dan bateri besar, tapi bajet bawah RM2,500.
Nak tahu bila Reno 14 FS 5G confirm masuk Malaysia?
Follow je kami di Factory Mobile, kami akan update bila stok dah masuk!
Atau kalau korang nak Oppo Reno 14F, kami dah readystock. Boleh beli terus di website kami!

Atau walk-in ke mana-mana cawangan Factory Mobile hari ni

Nak lebih menarik? Jom usha artikel-artikel kami yang lain.
- HONOR Magic V5 : Fon Lipat Paling Nipis Dunia
- 7 Tips Jimat Masa Guna Iphone
- 5 Punca Smartphone Tak Masuk Caj
- Vivo X200 Pro vs Honor Magic 7 Pro – Kamera Mana Lebih Padu?
- HONOR MAGIC 6 PRO – SMARTPHONE KAMERA TERBAIK 2024
- 5 Smartphone Kamera Cantik 2025 Dengan Harga Bawah RM1,500!
- 5 Sebab Redmi Note 14 Pro+ lebih padu daripada 13 Pro+
- Redmi Note 14 Pro Plus – Mid-Range Tapi Macam Flagship!
- Top 3 Smartphone Gaming Bawah RM1500 (2024)
Follow Channel kami untuk update artikel terbaru
FOLLOW MEDIA SOSIAL KAMI